Monday, September 27, 2010

Love is Cinta

Monday, September 27, 2010 26
Busy sikit minggu ini.Anak2 dah nak start bersekolah,bini tetiba demam,
kucing gua pulak buat hal pegi buntingkan arnab parsi jiran sebelah.
Haiya.Manyak betul masalah.
Hope korang tak percaya mende2 nih sebab gua tipu je tu.ehe

Kembali kepada topik asal.
Apakah itu Love?
Anonymus "Cintalah bongok.Ko reti ke tidak tengok kamus nih?"
PhatLee "Owh yeke? tu bukan cokelat ke?"

Bak kata Ustaz  Kazim Elias
Cinta adalah penyatuan dua hati menjadi satu.
Tapi bagi gua CINTA adalah movie arahan Khabir Bhatia yang kakak2 gua tengok kat rumah.
Sampai dah nak tido pun meleleh lagi air mata diorang teringatkan 
Jack yang mati tenggelam kat dalam iceberg tu.(tu bukan titanic ke?)

Adelah gua baca kat facebook status2 cinta daripada member2 gua contohnye:
"Arnab tu dah beranak belum?" (owh silap.bukan ini)
"Oit,dah siap homework roger aku ek" (eh2, bukan jugak)
"Mat, online skype jap.Mak nak cakap"
arrrgh....tak jadilah nak cerita 
gua lupelah ayat tu.

p/s: Korang pernah bercinta tak?share lah story korang kat sini.
Nanti boleh gua compile kan sekali buat novel.(Iyolah tu)
------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: tak dapat nak lepak blog korang sebab gua memang buzy minggu nih.

Friday, September 24, 2010

first time pegang apple

Friday, September 24, 2010 33
Mase kat Lab English tadi...
Tu first time gua pakai iMac.Seriously gua tak biasa.
dan paling tak best time kelas dah habis,gua jadi macam orang giler mencari button shutdown.
kat mane ek die menyorok?.Dammit.Cari gula dalam tepung pun tak sesusah ini.

Tension2.
So gua pegi bukak youtube jap tengok ceramah Ustaz Kazim Elias (yolah tu)
Agak2 dah tenang sikit baru gua tanye awek Korea kat sebelah gua.
"Macam mane ek nak shut down komputer ni?"
Gua tau awek tu tak paham bahasa Melayu.Tapi saje je gua tanye.Haha.
Cute beb awek2 Korea bile diorang buat muka blurr.

Taknak kaco awek ni lagi,kang die menangis gua pulak yang susah.
Dah jadi satu scene korean drama nanti.
So gua pun tanye kat sorang laki African ni."Did you know how to shutdown this computer?
Mamat tu tak jawab soalan gua.Die mengangguk je.Bisu kot gua rase die nih.
Pastu die pun pegilah kat tempat gua dan dengan selambanya die cabut plug computer tu.
"Setel dah" Die cakap kat gua.

p/s: die Indian Malaysia rupenya.(apelah ko ni PhatLee)

p/s: tapi memang macam tu ke nak shutdown iMac? Giler senang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
okeh.new song update!

lagu ini daripada Taxi bertajuk Hujan Kemarin
versi AKUSTIK

lentok beb lagu ni
sila dengarkan

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini

Sunday, September 19, 2010

bila kau jadi pacarku

Sunday, September 19, 2010 42
Perrh.tajuk entry nak jiwang je en.
Standard lah tu.Orang2 tua bangka berjanggut 
macam gua ni mestilah terlintas di hati bile nak ade awek.

Untuk perempuan2 single yang dah tua berjanggut (errk?) pun same jugak.
Mesti terlintas di hati korang bile nak ade balak jugak betol tak?
Yang tengah dok bercouple pulak korang sure pikir bile nak kahwin.

Ape2pun sebelum nak ade awek/balak mestilah kena cari dulu diorang.
Ini bukan macam cerita hindustan.Lahir2 je mak bapak lu dah carikkan lu pasangan.
Tapi best jugak en kalau macam tu?
Adelah modal nak borak bile dah tua nanti.
Laki."Yank,apsal mase you umur sehari hingga setahun you jual mahal kat I?Langsung taknak bercakap pun dengan I.
Kata bini dalam hati. "Bengap punyer husband.Aku mane reti cakap lagi time tuh".

Kalo ikut budaya kita,lelaki lah yang kena mengurat pompuan.
Yang pompuan2 pulak.Korang relax je kat rumah.
Tolong mak masak ke,takpun tolong siram pokok bunga kat rumah.
Sedar2 je korang dah berumur 70 tahun dah dan tak berkahwin lagi.ehe

So khas untuk lelaki,ini dia gua bagi contoh ayat power untuk  tackle perempuan...
"Assalamualaikum wak.Saya PhatLee.
Sekarang berkerja sebagai engineer di syarikat computer Apple.
and itu dia bmw I. Yang kat sebelah scooter buruk tu. 
Perempuan tu. "Woi,selamba je kau cakap scooter aku buruk.Damn you!!!"
Then pompuan tu blah.

p/s: Power en?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------.
Actually gua nak introduce satu lagu baru ni je.

Bila kau jadi pacarku oleh Taxi

Untuk mendownload lagu ini.
sila klik di sini

Saturday, September 18, 2010

48hrs to infinity mencari cik Jamilah Swatchzenberg

Saturday, September 18, 2010 17
Sebelum2 ini die selalu teman gua ke mana sahaja gua pergi.
Tapi start semalam awek gua ni tetiba menghilangkan diri.
Risau beb.Kena kidnap hape.
Dah merata-rata gua cari,tengok kat dalam tong sampah tak jumpa,
search kat google tetiba google tulis "your search did not match any documents".
Try buat miscol, yang kedengaran hanyalah bunyi roommate gua berdengkur.

Haiya.Kat mane lagi mau cari lu ni beb.
Gua ingat,esok gua nak buat report polis lah pulak.


p/s: sungguh janggal hidup gua lepas die ni takde.

p/s: Saper2 ade nampak member gua ni roger2 lah ek.

Friday, September 17, 2010

Apple tu tak boleh makan lah

Friday, September 17, 2010 24
Fuhh...akhirnya.kerja gua yang bertimbun-timbun sudah setel.
Minggu depan macam biasa homework banyak balik.
Haih.tensen2.
Buat kerja sampai ke lewat pagi,tido sejam dua
then ready untuk pegi class.
Perrh letih.
kalo setahun macam ini boleh jadi fit gua nih.
Takyah nak struggle jogging petang2.Emm nice jugak en?
--------------------------------------------------------------------
Hari ni dah raya ke barapa ek? ketujuh?
Citer sikitlah pasal raya gua kat sini,
Mase raya kedua aritu gua pegi ke majlis sambutan aidilfitri anjuran student2 kat sini.
Memang meriah.Siap masuk newspaper lagi beb.
Gua pun masuk jugak.haha.saje highlight.Ini dia link.
saper2 nak autograph, sila buat appointment dulu ye. :P
(saper nak baling selipar sekarang.dipersilakan)
--------------------------------------------------------------------
pasal ipod plak.
ramai yang tak tahu bahawa apple dah keluarkan
ipod touch yang baru yang dinamakan ipod 4 generation.
ipod ni resolution die lagi mantap daripada yang dulu dan yang bestnya ialah
die ade kamera kat depan dan belakang.
So kire kalo korang boring2 buang air besar kat jamban,
boleh lah korang skype2 jap dengan member2.
Cuma satu jelah kekurangan ipod ini ialah, dia tak dapat nak detect bau.Tu je.

Gua dah test pakai selama seminggu.Perrh layan beb.Main tolak2 je pilih lagu.
Giler senang.Nak bangun tido pun tak sesenang itu. (ape kaitannye?)
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal ipod touch ini,sila ke website apple.

p/s: Apple kena bayar gua lepas nih sebab dah tolong promote.
To Mr Apple please take note this entry and to Mr Big Apple,this has nothing to do with your doughnut.
-------------------------------------------------------------------------
p/s: masalah playlist gua dah setel.korang dah boleh dengar kesemua lagu2 gua balik XD

Sunday, September 12, 2010

Raya Pertama PhatLee

Sunday, September 12, 2010 36
Habis je solat raya, gua gi pekena juadah2 raya kat rumah family kat sini.hoho
Pagi2 raya dah pekena kuah kacang dan rendang ayam,
so kire raya gua untuk tahun ini sudah sempurna sudeyh.

Tak cukup dengan itu,petangnya gua pegi sambung raya di...
Juadahnye ialah electric flux dan gaus's law

Selepas kelas tamat,gua balik rumah dan
jeng...jeng...jeng...
inilah dia ipod touch yang paling latest di muka bumi sekarang ini.
Special nye ipod ini berbanding dengan ipod2 yang lame ialah die ade
kamera kat depan n belakang.

p/s: bolehlah aku letak berbakul2 lagu indon aku kat situ. XD

Friday, September 10, 2010

sambut raya di Medan Perang

Friday, September 10, 2010 14

Kepada member2 yang mengenali gua,
sorry andai gua pernah sakitkan hati korang secara sedar ataupun tidak.
Kepada member2 yang perasan makun die kena ambik, mintak halalkan jugak ek.
Kat saper lagi korang nak kongsikan makun2 tu kalo tak kat member2.ehe.

Dan kepada sesiapa yang rase die tak puas hati dengan gua,stop2 lah rase tak puas hati tu.
Gua manusia jugak macam lu,tak boleh nak puaskan hati semua pihak.

Kepada para blogger,stop2 lah berblogging untuk beberapa hari ni.
Laptop korang nak cuti jugak raye nih.ehe.

Kepada awek2 kat luar sana,nak cross jalan nanti baik2 ye.
Kurang sorang awek gua kalo ade yang kene langgar nanti.
Dan kepada brother2 kat luar sana pulak, lu boleh jaga diri sendiri gua rasa.

Kesimpulan: Selamat Hari Raya.! XD

malam raya the story

Malam ini malam raya.
Kalo gua kat kampung dulu time2 macam inilah best giler main meriam buluh.
Perang satu kampung.
Kalo kampung Sialang buat bunyi Jazz, kampung Sengal pulak lawan dengan bunyi dangdut.
Perang berterusan sampailah mak bapak kitorang bising suruh balik.

Gua ingat nak bawak mercun dulu dari Malaysia.
Tapi takut imigresen kat sini kecam gua sebagai terrorist pulak.
Sebab muka gua dahlah ade iras2 Pak Arab(ade ke?)

Cerita pasal mercun. 
Gua galakkan korang main mercun.
Baikkan gua? Korang tengok iklan2 kat TV or radio
"Mercun membawa padah!"(ade ke?ke aku main reka je ni?)
Tapi gua plak bagi korang main mercun.
Memang jelas terang dan nyatalah yang gua ni baik.
Cuma satu je nasihat gua,korang study dulu nak cara2 nak main mercun tu.
Gua taknak lu orang salah main.
Orang lain baling mercun bola jauh2.
Korang pulak yang tak reti main pegi masukkan mercun tu dalam seluar.
Kan dah cari penyakit namanya tu.

p/s: gua dah lame dah stop main mercun.
--------------------------------------------------------------------------------------
Sini raya hari jumaat jugak.
Cuma lambat sedikit daripada korang.
Mase korang pegi solat raya,gua baru nk bukak pose yg last kat sini.

p/s: Major paper ak tak siap lagi.damn.

Wednesday, September 8, 2010

ceritera raya PhatLee

Wednesday, September 8, 2010 19
Ape ek lagu raya latest kat Malaysia sekarang ini?
Daripada Siti Nurhaliza ade tak? Kalo ade roger gua ek.

Teringat gua mase Siti Nurhaliza keluarkan album raya dulu(tahun 2003 tak silap).
Perrrh...sumer lagu2 die memang layan.Gua siap beli kaset ori die beb.
Giler suke lagu2 die.Sampai sedara mara datang beraya pun gua tak layan,
sebab gua tengah busy kat bilik dengar lagu2 siti.ehe.
Sambil dengar sambil berangan...
 "bilelah Siti nak pinang aku nih" (saya dulu tak matang XD)

Itu dulu.Sekarang gua minat dengar lagu2 nasyid je.
Tak caye cube korang dengar lagu2 kat blog gua nih.
(Ko memang nak kena pukul PhatLee)

Bila raye,benda wajib untuk orang2 perempuan adalah baju raya.
Kalau boleh diorang nak berpasang-pasang banyaknya.
Tapi takpe,sebab time inilah korang dapat tengok awek/bini korang 
melawa dengan baju2 kurung atau kebaya.
Kalau tidak,baju t-shirt dengan seluar jeans lah rutin diorang.

Atok2 kat kampung pun happy jugak time2 raye ni sebab diorang cakap...
"Akhirnya,dapat jugak atok tengok nenek ko pakai baju kebaya hari ni.
Mane taknye,tiap-tiap hari kain batik je.Nak muntah aku tengok."

p/s: ade homework tak siap lagi.nanti gua sambung lagi. XD
----------------------------------------------------------------------------------
New song update!
lagu raya baru
daripada Gita Gutawa bertajuk Idul Fitri
untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

Tuesday, September 7, 2010

bace slow2,cerita suspens ni. Part 2

Tuesday, September 7, 2010 20
sambungan kepada Part 1.
member2 gua terperanjat bile tengok minah2 salleh masuk ke
rumah kitorang tanpa segan dan silunya.
"Bila mase pulak rumah ni organize kenduri tahlil?"
persolan yang bermain difikiran masing2.

nak dipendekkan cerita.
Diorang sebenarnye tersalah bangunan.Haha.Apelah.
Sebelum diorang keluar sempat lagi tu snap gambar rumah kitorang.
Takpe2 kitorang tak kesah.
Rumah bebudak Imam Muda semestinye perlu menjadi rumah contoh.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu lagi cerita baru:
cube korang tengok pic kat bawah ini...



Okeh ini adalah ruang tamu gua.Macam biasa rumah bujang memang bersepah.
(tak nampak sangat pun.tapi gua saje nak kantoikan.ehe)
Datuk Fadilah Kamsah mase bujang2 dulu rumah die macam ini jugak.
So hal ini memang korang pun tak boleh dipertikaikan.
Tapi yang peliknya cuba korang tengok pompuan yang tido tu.Haa...pelik kan?

jeng...jeng...jeng

p/s: lagi sekali gua buat macam ini.
Sape rase nak baling BMW or nasi kerabu daging kat gua.silalah.
gua sambut dengan tangan yang terbuka.ehe 

Monday, September 6, 2010

when a blogger start to write an essay

Monday, September 6, 2010 14
Aritu gua dapat satu assignment daripada lecturer english gua.
dia suruh gua buat journal dan based on a story that we have read on that day.
Dan ini adalah soalannya:

Did you recognize any aspects of yourself in the way 
Zhao(character dalam cite tu) reacted to her academic challenges?

Everytime die nampak budak stop writing, 
dia akan cakap "Keep on writing dude.Don't stop". 
Disebabkan gua suka tengok cerita Korea dan lecturer gua tu pun Korean,
gua berazam taknak hampakan harapan die,so gua pun tulislah macam ini...
(non stop writing ni beb)

Inception is one of the latest Hollywood movies that I have watched.
I love to watch Western Movies because of the way they represent their Ideas.
By watching them, I start to believe that there is someone out there 
who can extract information from others subconscious mind while they are sleeping.
However,I admit this paragraph does not answering the given question
because I really have no idea what to write right now.Damn it.

p/s: err...err....boleh ke macam ni? emm....

Sunday, September 5, 2010

bace slow2,cerita suspens ni.

Sunday, September 5, 2010 16
2 hari yang lepas ade game American Football kat sini,
keadaan agak bising sedikit sebab apartment gua berdekatan dengan stadium.

Belum sempat gua nak jawab lamaran Taylor Swift yang mintak gua jadi BF die
(syok beb dapat mimpi Taylor Swift),
dan sedang member2 gua busy menjalankan project sepanjang hayat aka main dota,
tanpa memberi salam, tetiba satu group pompuan mat salleh
masuk rumah kitorang dengan selamba badaknye.

Jeng...jeng...jeng.

suspens kan?

p/s: Kitorang lupe nak kunci pintu rumah
p/s: Cerita suspens biasanya jadi menarik kalau endingnye tergantung.

aku busy

Baru je 2 minggu gua start blajar
quiz,assignment,homework dan project dah berlambak dah.

Kalau dulu di sekolah kalo tak siap homework...
"Alah,sebat je.Paling teruk pun kena kira bulu ketiak cikgu jogging keliling sekolah.
Tapi di peringkat universiti ini kalo lu tak buat,lu tanggung sendiri akibatnya.

p/s: kerja banyak tak siap lagi dan aku pulak sempat lagi berblogging.
-------------------------------------------------------------------------------------
Mostly lagu2 kat playlist gua tak dapat dimainkan beberapa hari ini
sebab File hosting gua ade sedikit problem.
Tapi Alhamdulillah problem ini dah pun gua atasi.

p/s: gua akan upload balik lagu2 yang lama secara ansuran mudah.(beransur-ansur)
So stay tuned. XD
--------------------------------------------------------------------------------------
New song update!
Lagu baru daripada Taxi bertajuk Demi kamu.

Best jugaklah lagu ni.so layann...
Untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates