Thursday, November 25, 2010

Bestnye cuti

Thursday, November 25, 2010 51
Gua kat US ni cuti tak banyak.Sepanjang tiga bulan lebih gua kat sini,cuti yang gua dapat hanyalah cuti pekerja (selama satu hari) dan thanksgiving day(seminggu).
Berbanding dengan korang di Malaysia : hari kebangsaan,hari raya puasa,deepavali dan aidiladha.
Banyak en cuti korang? 
Jadi bersyukurlah anda kerana menjadi rakyat Malaysia.

Kelantan menang Liga Malaysia pun korang dapat cuti.(untuk orang kat Kelantan je maksud gua). Pasukan bola sepak Malaysia dapat masuk worldcup pun insyaAllah nanti korang akan dapat cuti.
Sultan mangkat pun...cuti lagi.Perrh....best tak best jadi rakyat Malaysia nih.
Hinggakan birthday sultan pun ade cuti jugak tu.Fuyyoo...
Kat sini birthday Britney Spears pun takde cuti beb.haih.

Ape2 pun sekarang ini gua tengah cuti bersempena dengan thanksgiving day.Gua pun tak tahu apekah itu thanksgiving day tapi yang pasti gua dapat cuti selama seminggu.Owh yea...

Jalan2 di nebraska tempoh hari.

di omaha zoo,nebraska

Bersama Paul The Octopus

p/s: esok berjalan-jalan di Missouri pulak.he he he.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
New song update!

Tadi gua check2 balik folder januari 2010 gua dan gua terjumpa sebuah lagu ini.
Tajuknya adalah dua cincin daripada Hello.
Boleh tahan jugak lagunya(bagi gualah).Sayang dulu gua boleh pulak terlepas pandang.

Untuk mendownload lagu ini.
Sila klik di sini.

Sunday, November 21, 2010

selamat ke syurga kambing2 sekalian....

Sunday, November 21, 2010 38
Burrrpppp....
Perrhh kenyang giler gua hari ni.
Sup gearbox,daging kambing masak kurma dan daging kambing BBQ.
Semua itu gua telah gua sebat hari ni.
Puas oh puas....
Berape trip entah gua makan tadi gua pun dah lupe.
Mungkin lebih daripada sepuluh kali gua rase pasal angka sepuluh itu nampak macam banyak dan gua saje nak poyo kat korang semua yang gua makan banyak hari ini.he he he.
Saper bilang perut kecik macam gua ni tak boleh makan banyak? Saper bilang? Siti Sifir? Jangan percaya cakap die pasal dia tak reti bilang,die reti bersifir je.hoho.(giler hambar lawak lu PhatLee)
Sory2 semua...lawak gua tak berapa nak menjadi hari ni mungkin pasal gua banyak ratah lemak kambing kot tadi.ehe.

Karim :Aku makan lima pinggan tadi beb.Ko berapa banyak?
PhatLee :Memang sah ko giler.Orang semua makan daging kambing.Ko pulak makan pinggan.Haih.
Karim : grr....

Ape2 pun tahniah kepada budak2 Drake University kerana buat julung2 kalinya berjaya mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan jayanya.Terasa sungguh kemeriahan di sini tadi dengan kehadiran kesemua student2 daripada Iowa yang meramaikan suasana....bergotong royong melapah dan memasak daging2 kambing yang telah disebelih pada pagi tadi.(untuk pengetahuan semua,sebanyak lapan ekor kambing telah berjaya dikorbankan.Alhamdulillah)

Meriah en?
Tulah saper bilang sambut raya haji di us tidak meriah? Saper bilang? 
SIAPA BILANG GADIS MELAYU TAK MENAWAN.TAK MENARIK HATI,TIADA MEMIKAT...(sambung sampai habis lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdilah)

Anonymus: Ko ape kes ni Phatlee? hambar dowh lawak ko.Takkan kerana lemak kambing yang ko makan tadi kot.It doensn't make sense.
Phatlee : Lah,lawak ni aku copy paste daripada blog ko jugak.
Anonymus: Oh ea? Damn damn.

p/s: Bau asap BBQ sudah melekat kat rambut gua.Emm....seminggu lebih lah nampaknya rambut gua bau asap.owh yea. 

Tuesday, November 16, 2010

Esok rupenye raya haji

Tuesday, November 16, 2010 49
Tadi gua check facebook gua.Gua terlihat ucapan2 'Selamat Hari Raya' memenuhi newsfeed facebook gua.Owh damn.Baru gua sedar yang esok rupenye hari raya haji.

Mungkin pasal gua ni orang Johor kot sebab tu gua tak amek kesah sangat pasal raya haji ni.Almaklumlah orang2 johor ni biasanya sambut raya haji tak semeriah mereka2 di utara sana.Ape2 pun sebagai seorang Imam muda merangkap  bekas ajk keselamatan kelas 5 khaldun(errk?),gua terasa rugi sebab gua terlepas puasa sunat hari ni.Arrrggghhhhh....(Muke penuh kekesalan)

Anonymus "Huh, iyolah tu kesal."

Tambah2 sekarang ni maghrib masuk dalam pukul lima petang.Jadi kalau berpuasa tu serious tak terasa.Yela....lepas sahur tidur.Bangun2 tidur tau2 je dah bukak puasa dah.haha.
Tapi janganlah ek buat macam tu.Solat subuh,zohor dan asar burn macam tu je betul tak? Jadi kepada member2 gua kat us ni,kita pikirlah same2 ok.ehe.

Phatlee : Weyh Karim.Raya haji yang mendatang ni ko tak terasa nak contribute sesuatu ke kat masyarakat?
Karim : Err...ak mane ade duit dowh nak beli lembu.Sekarang ni pun ak hidup dengan berhutang dengan orang...
Phatlee : Emm...aku tengok perut ko dah macam perempuan mengandung 12 bulan...Sihat pun pun sihat.Cacat....emm sempurna je ak tengok ko nih.Ape kate ko....
Karim : *&^%$#@!

Hassan : Apelah Karim.Kalaulah manusia ni boleh dibuat daging korban,serious ak nak.Sah2 masuk syurga beb.
PhatLee : Tapi ak rase ko tak bolehlah pasal ko pakai spek.
Hassan : Ape kaitan spek dengan korban?
PhatLee : Ko rabun jadi ko ni dikire cacat.So tak bolehlah buat daging korban.
Hassan : *&^%$#@!
(ini hanyalah gurauan semata-mata yek. ehe)

Jadi sebelum gua akhiri entry gua kali ini terimalah serangkap pantun daripada gua...

Cik Irine Nadia bertudung pelangi,
Selamat Hari Raya AidilAdha.

p/s: gua dah lupelah format nak tulis pantun camne.Damn damn.
---------------------------------------------------------------------
Bersempena dengan hari raya aidiladha ini,marilah sama2 kita dengarkan sebuah lagu baru
bergenre religi daripada Taxi bertajuk Sebelum Menutup Waktu.

untuk mendownload lagu ini
Sila klik di sini.

Thursday, November 11, 2010

PhatLee Cipta Lagu?

Thursday, November 11, 2010 42
Ehem Ehem by PhatLee

Lagu gua tu.Gua sendiri yang cipta.
Tak caye en?
Gua tau korang tak percaya,tapi gua tak kesah pasal lecturer psychology gua pernah cakap dulu...

"Humans tend to deny something extraordinary created by an ordinary person."
Paham tak ni? Maksudnya "Manusia cenderung untuk menafikan sesuatu yang luar biasa yang dicipta oleh orang biasa".
'Sesuatu yang luar biasa' itu adalah lagu yang gua cipta dan
'Orang biasa' di sini adalah gua.Paham tak?
Tak paham salahkan google translator pasal die yang translate kan untuk gua.he he he.

Walaubagaimanapun lagu ini masih belum boleh diperdengarkan lagi di sini
pasal gua hanya sempat buat tajuk die je tadi.Haha.

dan belum sempat gua nak jadi composer lagu gua dah ade dah peminat...


Ok yang bab nak sebar2 kan nombor gua kat tiang trafic tu korang abaikan.
Yang selebihnya itu korang amek.

Amacam?
Ehem ehem.haha.

Section tiang trafic light Irine dah amek.Ade saper2 lagi yang nak volunteer distribute nombor gua?
Section2 yang masih lagi kosong :seksyen 7 shah alam,seksyen 506 kanun keseksaan dan ...(Alamak terlebih suda...Damn damn)

p/s: Hati riang  pasal minggu test 2 dah abis.Rase macam dah habis final je.hohoyea...

Tuesday, November 9, 2010

Gak mau....

Tuesday, November 9, 2010 41
Mase rehat2 jap lepas habis main badminton dengan senior2 gua...

Mr obese "Confirm berat aku banyak turun arini.Mesti kalori aku banyak dah burnt"
Mr overweight "Dietitian aku cakap,satu hari memang kena exercise lebih kurang satu jam.Baru berat boleh turun"
Mr Normal (gua) "Err macam mane nak gemuk?"
Mr underweight "Tetiba aku rase nak berak". (Apsal aku pegi cerita pasal mamat nih?Damn Damn.)

Mr overweight "Tak payah buat pape.Ko kahwin nanti confirm gemuk punyer"
Mr obese "Betul2.aku dulu sebelum kahwin kurus giler kot.Tengok haa sekarang..."

Kiranya Gua yang normal nanti akan jadi overweight.
Saper2 yang overweight akan jadi obese manakala mereka2 yang overweight akan...???
Fuhh....satu rantaian makan yang menarik.haha.

Bile gua fikir balik.Bile kita kahwin.
Isteri pasti akan buncit.  PASTI.
Dan secara tidak langsung suami pun turut buncit.

Emm...seimbang2.
Memang satu gaya hidup yang sihat.haha.

PhatLee "Ko nampak tak orang yang tengah makan sup gearBox tu?"
Karim "Nampak.Tapi kenape kau tanye?"

PhatLee "Cube ko tengok cara mamat tu makan.Dia letakkan straw kat dalam tulang yang berlubang tu dan kemudian dia sedut..."
Karim "Lah.Memang macam tu pun cara nak makan sup gearbox.Cakaplah ko tak pernah makan lagi".

PhatLee "Emm,kalo aku pakai cara tu untuk sedut lemak ko boleh tak? Ko kate nak buang lemak tadi en".
Karim "*@#$%^ ! "
------------------------------------------------------------------------------
Mahu gemuk?
Enggak mau en?
So ini dia lagu baru daripada Duamata bertajuk Gak Mau

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

Saturday, November 6, 2010

dating laju-laju

Saturday, November 6, 2010 57
Tadi gua check emel gua
dan gua dapat satu invitation daripada universiti gua:
'Speed Dating Event'.
Fuyooo.menarik beb.

Tapi sebelum tu korang tau tak apekah 'Speed Dating' nih?
'Speed dating' ni adalah dating dalam masa yang singkat. (biasanya masa yang diberi adalah tiga minit)
Dalam masa tersebut korang bolehlah borak2,mintak no telefon,tanye soalan fizik ataupun untuk imam muda macam gua nih,berdakwah dan sebagainya.

Paham en? 
Cantek.Esok kalau korang kena buat karangan pasal pembangunan modal insan ataupun ataupun 
faktor2 hakisan tanah,korang ceritalah pasal 'speed dating' nih.
Sah2 markah korang kosong sebab takde kaitan.haha.

Ade ke event macam ni kat Malaysia? takde en?
Pasal ape?
Susah beb nak tackle awek2 Melayu.
Dalam tiga minit.Ape je lu boleh dapat.No telefon?
Nurlela "Sorrylah beb,you nak nombor telefon I ,you kena jumpa mak bapak I dulu".

Nampak tak?Susah en?
Contoh lain...

Tambun. "Ko gay ape mintak no telefon aku ni?"
(Grr...ni padahnya kalau lu dapat member yang sengal macam nih.)

"Nak mengurat...die jual mahal.
Nak kahwin pun...mahal jugak.Hantaran bukan sikit beb sekali diminta dalam tiga puluh ribu" kata Tambun lagi.

Jadi langkah penyelesaian?
Gua kena kumpul duit banyak2 nih.ehe.

p/s: takdapat nak lepak2 blog korang pasal macam biasa,gua busy.
---------------------------------------------------------------------------------
okey new song update!
Lagu baru daripada Mahkota bertajuk Rindu Yang Terlarang

Untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

Monday, November 1, 2010

siti nurhaliza dan lisa surihani pun datang comment...

Monday, November 1, 2010 58
Dalam entry gua yang lepas gua perasan Irine Nadia Marcello comment kat situ.Perrh...
Lepas tu terus gua pegi makan roti cicah peanut butter sebab gua lapar.(macam biasa takde kaitan.ehe)
Thank you Irine sebab datang lepak dan comment kat sini.Terharu beb.

Kalaulah lepas nih Siti Nurhaliza ataupun Lisa Surihani datang lepak pastu comment kat blog gua...

emm...bersempena dengan cerita Saw 3D yang baru je gua tengok kat panggung tadi...
gua ingat gua nak bagi kat anak gua name 'Jigsaw'. (watak pembunuh dalam cerita tersebut)

Anonymus "Palotak ko,name anak jangan dibuat main"
Phatlee "Emm,nampaknya terpaksalah aku berbalik semula kepada 
idea asal aku: 'Optimus Prime'. "

p/s: Dah2.sumpah gua gurau je tuh.

p/s:Gua baru perasan mende ni beberapa minit yang lalu.Irine ade post entry terbaru bertajuk Indo bukan sebarang indo dan kat situ die ade sharekan sekali lagu2 indon daripada blog gua.
Cantek.Kini usaha2 meng'indon'kan orang bukan sahaja gua sorang yang handle.haha.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gua dah letak lagu ni beberapa ari yang lalu kat playlist gua.
Cuma tajuk lagu dan link mendownload je gua tak bagi lagi.
Sorry ye Puteri sebab lambat.

So ini dia lagu baru daripada Kangen Band bertajuk Jangan Bertengkar Lagi.
Untuk mendownload lagu ini 
sila klik di sini.

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates