Wednesday, January 18, 2012

Ku hustler skiing

Wednesday, January 18, 2012 31
Melalui tingkap bilik.Gua pandang ke luar rumah.Gua lihat salji dah cair...
Jalan2 yang disandwichi ais semalam semua basah.
Ibarat seperti diorang mandi wajib *jadah?
Gua tengok laptop gua pulak.Usha suhu tempat gua tinggal: empat celcius.
Patutlah....[sigh]

Tiba2...
"Phatlee...siap.pukul 3 karang kite gerak" kate megat roommate gua.

"Hah? Jadi ke? Salji bukan dah cair ke?"

"Tak kot.Tempat tu kalo takde salji.Die buat sendiri salji die."

"Tapi takkan tak cair...suhu lebih kosong kot sekarang"

"Emm.entahlah.kite tengok jelah nanti"

************

Di bellybutton skii (Pusat skii) ....

Ya benar.Salji memang tak cair.
Gua rase owner tempat tu letak bedak sejuk(impurities) kat salji tu...pasal tu tak cair.
Ibarat seperti Lisa Surihani diletakkan kat depan Arif Alfian.Rase2 korang die cair ke? Takkan?
Samelah macam salji tadi. *Damn anologi nih.damn

Dah bersiap segala dengan kelengkapan untuk bermain skii.
Gua pun berjalan ke tempat main skateboard. =.=
Maksud saya....ke tempat bermain skii.
Sebelum naik ke puncak bukit.Gua di ajar cara2 nak pakai alat2 tersebut,cara untuk break,cara untuk bangun bila jatuh dan cara untuk berjalan supaya tak jatuh.
Maka selepas itu...gua pun naik ke puncak bukit.

************

Di puncak bukit...

Gua pilih untuk turun di bahagian tengah bukit.
Sebab kalau gua turun dari tepi...gua pikir gua akan mudah tercampak ke luar trek.
Tambahan pula mase gua sekolah dulu...gua sikat rambut belah tengah. *watefish?

Jadi menggunakan teknik berjalan itik pulang petang
gua pun ke bahagian tengah bukit.
Di situ...gua ternampak seorang mamat cina berambut belah tengah.Damn2.
Gua rase macam nak kapak je kepala die dengan pembaris besi.grrr.....
Sangat lurus line dikepalanya.grrr....

Gua tolak skii gua pelan2 ke cerun bukit dan secara otomatik...skii gua menggelungsur ke bawah....

**********

Srrooot....srooot...srrooot *bunyi skii langgar ais..

"Pergggh.laju..Tapi pehal aku makin ke kiri nih?" carut gua.cemas.
Gua cube bengkok-bengkok kan badan gua ke kanan.Tapi masih gua menuju ke kiri.
Tiba2...gua hilang kawalan.Skii gua bergerak makin laju dan laju....
akhirnya....
'Gedebuk...buk...buk'
Gua jatuh terduduk macam nangka busuk.
Dahi gua yang tegang...licin lagi berkrim ni...berkerut ibarat dahi Dr Rozmey membuang tahi di jamban office beliau.

p/s: seminggu ni ku buang hadas compem tak smooth.grr...

Itu adalah papan snowboard.Bukan skii.Gua poyo je nih.tak main pun.haha. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------
New song update!
Zivilia - Aishiteru 2  *Sambungan lagu Aishiteru gua rase

Wednesday, January 11, 2012

Sekolah? haih malas nye...

Wednesday, January 11, 2012 25
Hari itu hari pertama semester baru bagi tahun 2012.
Kelas gua start pukul 8 pagi.Kelas Engineering measurement and Instrumentation.
Sumpah orang minyak rase tak semangat,kepala rase berat nak beralih daripada bantal wangi + rase buntu macam orang hilang sepatu kat masjid.
Terase masam pun ade jugak time tu (terminum air liur basi sikit.grrr...)
Rase homesick apatah lagi.Dah setahun lima bulan gua kat sini.Tak balik2 lagi.haih.

Gua pun bangun dari katil.Tak ikhlas.
Saper suke bangun jam 8 pagi.
Ayam pun tak suke k
Diorang berkokok pukul lima..enam pagi korang tau sebab ape?
Sebab diorang taknak berkokok pukul 8.Diorang nak tido time tu.  *Damn statement nih.grrr...

Di kelas...lecturer memberikan ucapan introduksi kepada pelajar2
Daripada segala kata2 beliau.
gua dapat simpul manuk kan bahawa kelas ini adalah berkenaan tentang measurement.
Contoh perkara2 asas yang akan diajarkan kepada gua adalah ..mengukur saiz turbine bersama toleransi-toleransinya....mengukur berat badan cacing kerawit serta mengira had laju kentut awek bertudung yuna.  =.=

*************
Pukul 11.Kelas english.
Gua datang lambat tiga minit sebab gua kena tinggal bas *grrr....
Sebaik sahaja gua membuka pintu bilik darjah
Beberapa orang murid salleh menoleh ke arah gua dan memerhatikan gua sambil dalam hati menyindir...
"Ow.Handsome"  =.=

Sebelum duduk.mata gua melilau-lilau ke pelosok kelas.
Mencari Miyabi...
"Aloh die takde." *hampa

Lecturer memberikan sekeping kad kecil kepada gua.
Gua disuruh menulis 2 perkara yang benar...dan satu perkara yang salah tentang gua disitu.
Gua pun menulis...

1. My height is 5'10"
2. My first languange is mandarin
3. My favorite sport is soccer

"Now form a group of three.Tell the members what you wrote and ask them to predict what is not true about you" kate lecturer gua.

Gua pun form group dengan 2 orang budak lelaki.
Sorang Mexican.Sorang British.
Selepas membacakan ketiga-tiga perkara yang gua tulis tadi kepada diorang.
Si Mexican tadi membuat guessing...
"I think you height is not 5'10"  " 
gua mengeleng kepala.Tanda jawapan die salah di sisi undang2.

dan kemudian si British pulak men'guessing'
"Your favorite sport is not soccer"
Kali ini juga gua menggelengkan kepala.
"Nahi...nahi..." kate gua dalam hati.

grrr.gua rase diorang men'doggy' (menganjing) gua.
tahulah mate gua sedikit sepet.
-------------------------------------------------------------------
Okeh.Triple kill arinih.
Gua kasik link 3 lagu sekaligus.

Sunday, January 8, 2012

Perutmu...perutmu.Perutku..sixpack.

Sunday, January 8, 2012 28
Member2 gua ajak gua main bola petang tu.
Jam 5.30 petang janji diorang.
Walaubagaimanapun gua plan datang lambat sedikit.
Janji Melayu kan.Kalau kata 5.30 petang...pukul 6.30 petang baru start main.

Setibanya gua ke padang futsal...
Gua disapa oleh seorang member...

"Eh...bukak baju...bukak baju" kate beliau.
"hah?" kening sebelah kiri gua terangkat...macam kening Ziana Zain mase menyanyikan lagu Puncak Kasih.
Gua tengok awek2 salleh kat padang sebelah...diorang tengah main frisbee.
"Diorang tak bukak baju pun.Kenapa ak main bola kena bukak baju? Kang aku merajuk main frisbee kang.haa..haa...haa..." kata hati kecil gua.  *bajet star.haha

Dengan muka yang haru ibarat muka budak kecil yang kehilangan mak bapak di shopping complex.Gua berdiri tegak kat penjuru padang.Berpikir...
"kalau auku dipinda...maka mahasiswa2 pun ... "
Maka gua pun bukak jugaklah baju gua.  *gile takde kaitan.grr...
"Argghh.SEJUKKKK!"
Gua lihat ke bawah....tengok perut gua...
"Perrgh.Tough gak.Ini kalau masuk pertandingan HERO Remaja...kompem menang."  (==)

Masih lagi dalam keadaan menunduk.
Gua tengok perut member gua yang lain...

"Ini makan kurma je ke tiap2 hari?"

"Yang ini...breakfast makan lembu rasanya"

"Eh yang ni apsal texture die lain semacam?".Gua pun medongak ke atas.nak tengok muka tuan empunya badan.
"Cis.Perut awek frisbee rupenye."  *astaghfirullahalazim

Kemudian datang dua orang mat salleh.Nak join main jugak.Kitorang pun suruh diorang bukak baju.
Diorang pun bukak baju diorang...

"Perrgh...perut2 macam ni boleh ganti papan chopping ayam nih"

Kesimpulan bahasa 1:
Lain orang lain perutnya.
Lain perut..lain nafsu makannya.

************

"Weyh Alip....bola...bola! " tempik gua.
Alip pun menge"umno"/menge"pas"/menge"pkr" bola kepada gua. *ku tak bias sebab tu ku letak semua parti.heh
Gua terima bola tersebut dengan kemas...lalu mengerling sedikit ke arah gol lawan.

"Sebelah tiang kanan kosong!" bisik hati gua laju.
Gua pun menyepak bola tersebut dengan kudrat kuasa kuda setinggi 5 megapixel.
Dengan kelajuan 5 hela per jengkal bola itu meleret....dan menerjah masuk kedalam gol lawan.

"HEH...Kacang jo jang" poyo gua.

Kesimpulan bahasa 2:
Man U patut beli gua.
------------------------------------------------
New song update!
Velvet - Arti mimpi semalam
Charly ST12 - Stasiun kereta
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates