Thursday, December 30, 2010

The dahmengantuktidurjelahder band

Thursday, December 30, 2010 21
Dah lame dah en gua tak update lagu2 baru? Korang mesti boring punyer tiap2 hari dengar lagu yang same saje...
gua paham....gua paham....tiap2 hari makan nasi lemak sambal sotong kadang kala membuatkan kita rase nak tukar kepada sambal udang.

Sebenarnye boleh je kalau gua tukar playlist gua setiap kali gua online
tapi sajer gua tak buat pasal gua nak member gua dengar banyak2 kali lagu pe'lampi'asan cintamu-butterfly tu...
nak kasi die sedar betapa 'lumpy' nyer cinta die...ehe.

Jadi sebagai penutup bagi tahun 2010....
Khas untuk korang semua...gua telah rekod sebuah lagu baru...
Gua rekod sendiri lagu ini pasal tak banyak lagu indo2 best di penhujung tahun ini...
mungkin sebab diorang nak tunjuk protes agaknya atas kekalahan diorang untuk untuk piala AFF aritu

ini dia band gua: dahmengantuktidurjelahder.Baru sahaja ditubuhkan tempoh hari di bawah Hollywood sign

dan lagu baru yang gua update ni bukan lagu daripda band gua.
Ini single terbaru daripda Wali Band untuk tahun 2011 bartajuk Aku Bukan Bang Toyib *keling en gua?
Sila dengarkan...fresh lagi lagu ni....baru je keluar semalam kat indon.Kat Malaysia pun tak masuk lagi...

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini,

p/s: nikmat beb dengar lagu2 yang masih lagi fresh.

Wednesday, December 29, 2010

pengalaman saya menaiki 'roller coaster'....

Wednesday, December 29, 2010 25
Untuk soalan gua yang lepas....ramai yang jawab bunyi kebaaabooom tu bunyi kentut
tapi korang silap bunyi tersebut adalah bunyi bunga api.Tahniah kepada Kimmy Ai kepada jawapan yang tepat lagi padat daripada anda.Hadiah nanti lu claim bile lu jumpa gua nanti okay? 

Tadi gua ke Six Flags...sebuah theme park yang terkenal dengan roller coaster nye....

Superman The Escape...antara roller coaster terlaju dan tertinggi di dunia

Goliath...antara roller coaster ke tertinggi di dunia....

Dahsyat en kedua-dua roller coaster ni?
tapi sayang...satu pun gua tak naik...
Gua tak naik pasal yang roller coaster superman tu tetiba lak tak bukak harini...
mungkin sebab cuaca hari ini yang windy2 gitu....

Yang goliath tu gua tak naik pasal.....
hehe....
Cube korang tengok balik gambar kat atas ni...kalau koranglah...korang nak naik ke?
Jangan naik roller coaster tinggi2...Ingatlah orang yang tersayang. *tetiba

Jadi gua main yang biasa2 sajer.First timer macam gua ni kang naik yang extreme2 terus trauma taknak naik roller coaster lagi.
Selain roller coaster...gua main bumper car...
Pastu gua ingat gua nak main yang kuda pusing2 tu....tapi segan pulak...kang member2 gua taknak mengaku gua member diorang pulak.haih....

p/s: sorry kengkawan...takdapat lepak blog korang.Gua kene checkout motel sekarang...lepas ni nak gi santa barbara...tengok laut pastu tengok permandangan2 indah di tepi pantai.ehe...

Monday, December 27, 2010

Kebaaaaboooommmm!

Monday, December 27, 2010 23
Errr...dah berapa hari dah gua tak update blog ni?
Baru seminggu en? Emm...tak cukup lame lagi...
Gua baru ingat nak buat rekod tak update blog sampai tiga minggu.
Haih...apsal lah kat sini ade internet connection...kan gua dah terupdate blog ni harini.

Tadi gua jalan2 kat downtown Disneyland..gua tengok idola zaman kanak2 gua: Mickey Mouse dan Donald Duck.
Walaupun binatang2 ni hanyalah sekadar costume yang dipakai oleh orang2 biasa...tapi gua macam kanak2 kecil....masih lagi teruja ya amat tengok diorang2 nih.
Percaya atau tidak...dalam mase 2 jam gua kat sane...5 minit mase gua dihabiskan dengan melihat diorang je...
lagi 1 jam 55 minit....gua tertengok awek2 cun yang gua agak...sengaja jalan2 depan gua....
ade yang sanggup buat u-turn lagi beb...haih...
Memang betullah cakap Karim Cibai(member gua)...memang besar betul dugaan jadi orang hensem ni.

Di dalam kesibukan gua memerhatikan keindahan ciptaan tuhan...tiba2 gua terdengar bunyi 'kebaaabom' berdentum di langit.
eeeeiiiiiu...kebaaaabooommm
eeeeiiiiu....kebaaabooommmm
pssss pssss prrroootttt... tetiba terselit sekali bunyi member gua kentut

Jeng jeng jeng....

agak2 korang bunyi apekah itu?

Saturday, December 18, 2010

Hangat! PhatLee ke Hollywood?

Saturday, December 18, 2010 59
Gua mula menceburi bidang lakonan ini semenjak daripada gua kecil lagi.
Contoh paling mudah bila gua terpecahkan pasu bunga mak gua...gua akan berlakon buat muka tak bersalah supaya kesalahan yang gua lakukan tak terkantoi dengan beliau...
"Mat,ko pecahkan pasu bunga mak ye?"
"Aaah mak".Sambil buat muka tak bersalah.         *Apekah...?

Selain berlakon...gua turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian...
Sebut sahaja Kapten Un Phat Lee.Mesti semua penghuni2 blog Saidina Umar akan kenal gua..Seorang Kapten rumah Laksamana yang terkenal dengan kenyaringan suaranya menanyikan lagu "lights off...lights off...lights off" tepat jam 11 pm setiap malam.
Bukan sekadar itu sahaja....gua juga pernah dinobatkan 'the best singer of the year' bagi tandas aras 2 blok saidina Ali mengalahkan 'the best singer of the year' pada tahun sebelumnya,M Daud Sengau yang akhirnya terpaksa berpuas hati ditempat yang kedua.

Kebolehan bermain alat muzik? 
Selain reti bermain congkak dan pandai memasak maggi gua turut berkebolehan bermain kompang menggunakan kedua-dua belah tangan gua.
Pendek kata..bila tangan kiri gua lenguh memalu kompang..gua akan switch ke tangan kanan.dan bila tangan kanan rase lenguh pulak gua akan switch balik ke tangan kiri .Begitulah yang akan berlaku seterusnya sehinggalah Mak Bapak pengantin sound suruh stop.

Jadi bersempena dengan ujibakat rancangan realiti televisyen  'Omaigod You Ade Talent ke?' Bakat terpendam gua ini telah dikenalpasti dan gua telah ditawarkan untuk mengikuti band2 yang terkenal di dunia seperti band 'Muthusamy','Mayatmu di bahu jalan' serta band 'Kusarung cincin di ibu jari kakimu' ke west coast(bahagian barat) Amerika Syarikat untuk mengadakan persembahan.

Ok dah cukup.Penat mengarut.Kembali ke cerita yang sebenar....
Esok gua akan mengikuti satu roadtrip bersama dengan member2 gua ke West coast Amerika Syarikat (Ke Texas,Arizona,Los Angeles,Las Vegas dan bla bla bla) Dan roadtrip ini akan mengambil masa selama tiga minggu.Lame pasal US ni besar dan kitorang travel naik kereta bukan helicopter.Jadi kira tiga minggulah lepas ni gua tak update blog? 
Itu gua tak pasti.Jika tiada kekangan masa.,ada tenaga dan yang paling penting ade internet connection di mana2 tempat gua beristirehat...gua akan update blog ini.
Ape2 pun doakan keselamatan perjalanan gua dan member2 gua yek.

Ok gua nak gi check balik doa menaiki kenderaan.Kang tak pasal2 esok gua terbaca doa masuk tandas.

"Kau Tunggu Hollywood!!!"


Friday, December 17, 2010

Dia gay...benarkah dia okay?

Friday, December 17, 2010 43
Tadi gua tengok satu video kat youtube bertajuk 'saya gay saya ok'.Relaks je mamat dalam video tu confess "Saya gay".Waduh kok.Apekah...
Dari sudut kotak penalti otak gua berkata...takkan sebab harga minyak naik tetiba mamat ni mengaku jadi gay?.Dari sudut islamiknya pula adakah dia lupa bahawa dia beragama islam? Errmmm...

Gua pernah cakap dulu gua sekolah lelaki.Tiap2 hari bila kami nampak cikgu...kami akan beri salam tanda hormat.Tapi bila kami jumpa sesama member "Kelepekkkkkkk.....", kami tampar punggung masing2.
Panas...memang panas.....Panas bontot satu.Panas hati pun satu.
Kadang2 diorang strike tepat2 kat tempat kene sebat dengan ustaz pasal lewat bangun subuh.Grrr....

Walaubagaimanapun itu tak bermaksud kami gay kerana tujuan kami melakukan kegiatan tersebut hanyalah untuk bergurau semata-mata,bak kata falsafah urban lelaki kurungan 'friendship", itu adalah sebagai satu cara mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami.Di luar...kami normal seperti lelaki2 yang lain kecuali mamat gay tadi.

Ali: Ko tak sekolah hari ni?
Sapek : Aku cuti dua minggu
Ali : Pasal Ape?
Sapek : Aku strike punggung cikgu.

p/s: dah habis final.hoyeah...

Monday, December 13, 2010

Fungsi kamera kepada jejaka-jejaka

Monday, December 13, 2010 46
Lusa exam tapi hari ni gua relaks sajer...sangkut jawab satu soalan physics...
gua tarik bantal gua sambung tido...mane tau nasib gua baik tetiba Taylor Swift  datang kat dalam mimpi gua bagi solution.

Tadi gua bukak amazon.com.Gua usha kamera
Dah dekat dua minggu gua usha kamera nih tapi gua tak beli2.
Tiap2 hari bukak laman web ni macam gua bukak wallet gua tengok gambar mak gua.
Gua takde awek lagi    *tetiba
Tapi hari ni gua nekad....
"Aku mesti beli jugak"  *muka penuh berwawasan sambil tahan gelak.tak tahan tengok muka sendiri macam nih.hahadoi.

"Nak beli tak nak..nak beli taknak"  Gua was2.Gua rase niat gua tadi dah batal.
Macam ustaz gua ade cakap dulu "Kalau kamu was2,wuduk kamu itu dikira batal ye..."
Errm memang sah niat gua batal.

Gua fikir dalam2.Fikir baik2.Beli kamera untuk ape?
Pertama boleh amek gambar banyak2 pastu simpan buat kenangan...
Kedua boleh buat baling kat mamat2 gay kalau tetiba diorang datang kejar gua...
Ketiga....boleh amek gambar member gua tido pastu hantar kat salam perantaun.haha. *ini yang sodap nih

Tak nak fikir panjang lagi...laju2 masukkan nombor debit card gua.
Dan muktamad...gua dah beli.


ini baby kedua gua selepas ipod touch gua aritu.Name die Lumix bin PhatLee.
Comel en? Tali pusat die tak nampak sebab baru je kena potong tadi.

sambung study balik...

Sunday, December 12, 2010

hujan panas di LembahKelang hujan ais dekat sini tadi

Sunday, December 12, 2010 24
Hari ni gua bangun pagi laju2 gua usha luar rumah gua.Nasib baik rumate gua takde kat bilik mase tu kalau tidak gua pasti die terkejut beruk bagai melihat michael jackson yang mati hidup semula.

Putih....semua putih.
Kalau semalam gua boleh nampak Ibrahimovic saper entah kaler pink kat halaman apartment gua...
tapi hari ni gua tak nampak dah....
Jadi ada tiga teori yang bemain difikiran gua...
Pertama,same ade tuan empunya dah amek balik.
Kedua,ia sudah ditengelami salji.
Tiga...orang2 nomad dah bawak balik jadikan mangkuk maggi...

Jalan raya yang semalamnya hitam kini sudah bertukar menjadi putih....
rumput yang kehijau-hijaun turut jadi putih...
tetiba gua terlihat sorang mamat black melintas sebatang jalan.
Owh yang ni special case.Die pakai fair and lovely pun belum tentu putih.haha *astaghfirullahalazim

sambung study balik...

Saturday, December 11, 2010

Kejap lagilah study...

Saturday, December 11, 2010 38
Penat gua cari instructor lab gua tadi...tapi sayang gua tak jumpa.Kalau tidak memang sah dahi die melekat kat bibir gua.kah kah kah.....ok gua gurau.Walaupun dulu gua sekolah lelaki...tapi gua normal.
Hanya tiga benda sahaja yang pernah gua cium setakat ini... (setakat yang gua ingat)
Pipi mak gua...hamster gua dan stokin  gua.
Kalau busuk gua basuh...kalau tak berapa nak busuk gua letak je balik kat dalam kasut.
Macam cogankata Malaysia jugak 'Satu bangsa untuk satu Malaysia' jadi satu mesin basuh untuk satu stokin yang tak busuk....ermm membazir air.

Gua ingat gua nak study...next week final exam.Semangat ni datang bermula daripada pagi tadi lagi...
"kejap lagilah study...lepak dulu" hati gua berkata.
Jadi gua pun usha blog...usha je gua malas nak update.
Lagu indo takde yang best.Ade band macam kugiran untuk majlis kahwin pun boleh lepas syarat buat album.Hadoyai....lagi sedap gua nyanyi gua rase (gua raselah...biasa nyanyi dalam toilet)

"Kejaplah lagilah study" hati gua berkata lagi.
Gua tengok pulak video Johan dan Zizan yang sampaikan "Hot Chick Award" kat shout award  aritu.Perrhh.Best2.Saper tak tengok lagi sile tengok.Korang boleh search kat youtube.
Bile dah habis gua klik video lain pulak...
Klik punyer klik....sampailah akhirnya gua terklik video Megan Fox.Omaigod.

Baik gua study sekarang....

Wednesday, December 8, 2010

rase macam nak cium je dahi die

Wednesday, December 8, 2010 44
Fuhh...habis jugak lab physics gua hari ni...lab terakhir gua untuk semester ini.Perrrhh.....
Kerja lab yang susah,complicated lagi mencabar minda membuatkan gua seringkali menjadi orang yang terakhir meninggalkan lab.Jadi hari ini adalah hari yang paling gua tunggu2 selama ini....

Yehaaa...
Tiada lagi adengan2 gay yang akan berlaku selepas ini...gua tengok member gua...member gua tengok gua.Pastu member gua senyum.Damn.

"Sejak bile lu jadi gay ni?"
"Pale mu...kawe pun takdo ideo(idea) nak buat bondo ni..tu pasal kawe senyum" **die bukan orang kelantan mahupun orang negeri sembilan

Bace lab manual pulak macam bace karangan member gua, Kodak bertajuk "Pengalaman ngeri di Sungai Congkak". Bace dua tiga kali tapi masih tak paham2.haha.


Lab physics dah habis jadi sekarang gua dah rase seronok...rase bebas....
Rase macam nak cium je dahi instructor lab gua (seorang lelaki Chinese daripada China) sambil berkata: "Omaigod omaigod finally I'm free to fly like a bird"

kah kah kah......


Tuesday, December 7, 2010

gua.... kahwin bulan ni....

Tuesday, December 7, 2010 43
"Sebab ape bulan dua belas adalah bulan favourite untuk orang berkahwin?", tanye member gua kat gua.Grrr....die ingat gua tok kadi hape nak explain benda2 ni semua.

"Sebab biasanya orang akan bertemu dengan jodoh pada bulan januari.Rase kasih berputik semase Februari 14 valentine's day,gaduh2 kejap pada bulan march, berbaik2 semula mase bulan april, terpaksa stop jap berdating pasal ade midterm exam mase bulan may, june bertunang, july melatih diri berjauhan dengan tunang ,ogos busy dengan latihan kawad kaki untuk hari kebangsaan, september fokus belajar...mak cakap tak dapat dean list tak boleh kahwin, october final exam, november result exam keluar.....dapat dean list.Terus buat persiapan berkahwin, december kahwin."

Memang dah jadi satu budaya dalam masyarakat kita....perempuan mahupun lelaki.....akan pakai cantek2 hensem2 bila ke majllis2 perkahwinan.Yela...kang pakai baju tidur ade pulak yang tak mengaku member nanti en.Walaubagaimanapun pengaplikasian budaya ini yang telampau (perrh ayat...) kadang kala boleh menimbulkan kekeliruan pada sesetengah pihak...

Mak cik bedah : Wah Limah cantiknya baju pengantin kamu...ade labuci2 gitu..Semoga berbahagialah ye kamu di samping suami....Nah ini die hadiah untuk kamu daripada makcik sekeluarga....
Ain : Err makcik..saya ni tukang basuh pinggan je.Yang pengantinnya ade kat sebelah sana.
Mak cik bedah: Owh ea? damn damn.

p/s: Tiga orang sedara gua akan berkahwin serentak pada 11hb ni.Harapan gua...semoga mereka bertiga tak tertukar pasangan semase bersanding nanti.ehe.

Sunday, December 5, 2010

Nak mama nak mama...

Sunday, December 5, 2010 46
Comel en tajuk gua? he he he.

Hujung2 minggu macam ni biasanya gua akan skype dengan mak gua.
dan soalan biasa yang beliau akan tanya kat gua....

"Mat...subuh tadi amacam?"
Gua."err....macam biasa lah mak burn".(Alamak kantoi imam muda burn subuh)

Tanpa mengelipkan mata....laju2 beliau bagi ceramah kat gua.
Arrghh....gua memang susah bangun subuh weekend2 macam nih.

Tapi untuk weekend ni...gua rasa gua terpaksa miss ceramah beliau pasal takde saper kat rumah yang boleh 'on'kan skype untuk beliau.Nak harapkan abang2 gua...semua busy kerja.
Nak harapkan kakak gua...die pulak takde kat rumah minggu ni.(Damn lu kakak...lu pegi Turkey tak ajak gua).

Jadi izinkanlah gua nangis sorang2 sekarang ni...
Waaaa...nak mak....rindu mak.....(comel tak? comel tak? ehe)
Ape2 pun gua yakin boyfriend kakak gua sekarang ni mesti macam orang giler sebab tak dapat nak mesej dengan kakak gua.haha.(Padan muka lu kena tinggal)

Malas nak tulis panjang2 lagi pasal gua nak berehat.Penat main badminton tadi tak habis2 lagi beb.Jadi akhir kata....dengarlah cakap mak...jangan keras kepala dan jangan buat mak terguris hati...kerana ingatlah...walau ade tahi cicak melekat kat bawah kaki mak korangpun...syurga tetap di bawah telapak kaki ibu.

p/s: Rase macam bagi tazkirah pulak.
------------------------------------------------------
New song update!
Lagu baru daripada Hello bertajuk Keras Kepala
Sila dengarkan....

untuk mendownload lagu ini.
Sila klik di sini.

Wednesday, December 1, 2010

duit owh duit,bile lu nak masuk ni...

Wednesday, December 1, 2010 62
Gua rase gua nampak hensem kat dalam gambar ni.Jadi gua pun letaklah gambar ni kat sini.
(sumpah takde saper hack blog gua sekarang)
- gambar ini diambil mase gua kat Hollywood house of wax tempoh hari.

Okeh,kembali kepada tajuk asal....
Duit elaun tak masuk2 lagi.
Dan kini kebanyakan member2 gua kat sini semua tengah sengkek(takde duit)

"Kalau kat Malaysia sekarang nih,nasi bujanglah makanan aku tiap2 hari..."
"Duit Tinggal 17 dollar sekarang ni,please sponsor please...."
"Homeless lah aku lepas ni sebab takde duit nak bayar sewa rumah ("- -") "

Itu antara status2 member2 gua kat Facebook.
[status telah diedit sedikit supaya kelihatan tidak memburukkan mane2 pihak dan supaya difahami oleh semua pembaca]

sedeh en?
lagi2 status nih ....

"Handphone Nokia N-series yang baru aku beli semalam terjatuh kat dalam lubang jamban.sob sob sob.(T_T) "
Walaupun takde kaitan dengan topic sebenar,tapi gua rase status ni yang paling menyayat hati.haha.

Ape2 pun gua taknak complain akan kes duit elaun yang lambat masuk sebab gua dah cukup bersyukur kerana diberikan biasiswa untuk belajar di sini.
dan lagi satu sebab...duit gua sebenarnya banyak lagi nih.he he he.Ini berkat gua tak beli PS3 aritu.ehe.

Sebagai seorang insan bergelar kawan kepada member2 gua...gua tak lupe peranan gua membantu mereka2 yang yang memerlukan bantuan kewangan.
Yela...duit dengan friendship mane lagi penting?
Duit boleh cari beb.Kawan? Pun senang je nak cari.
Jadi terpulanglah.Nak tolong...pegi tolong
Taknak tolong...lu buat2 pengsan bile diorang datang nak pinjam duit lu orang.
(giler nice idea gua nih)

Irine: Assalamualaikum
Phatlee: Waalaikumussalam
(Sorry semua.gua dah abis idea dah.haha)

p/s: Mee maggi Harmee perisa udang gua dah abis.haih.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Okeh.New song update
Lagu baru daripada Butterfly bertajuk Pelampiasan Cintamu

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates