Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

hoo..hoo..hoo...balik kampung...

Saturday, March 12, 2011 42

Cube korang tengok pic kat atas.Ape yang pelik? Ade mamat tengah korek hidung? Salah.Takde orang korek hidung kat situ.Ade robocop? Salah gak.robocop dah lame mati....die kat kubur sekarang.The answer is....kelas lengang.Kosong...cam tin air mirinda strawberry yang dah abis diminum.Tak paham kan...takpe..tak masuk exam benda ni.

Actually kelas gua kosong harini sebab mostly American2 sumer bersiap-siap nak balik ke kampung halaman mereka bersempena dengan cuti Hari Raya Haji.Kat sini memang macam ni...raya haji kitorang lambat sikit daripada korang kat Malaysia.Nape? Tak caye? Ok memang gua tipu pun.haha.Diorang sebenarnya bersiap-siap nak balik kampung bersempena dengan spring break(cuti mid-sem) yang akan bermula mulai hari ini.(gua pun cuti jugak ok).Maksudnye lepas cuti ni berakhir....gua kena hadap balik assignment2,homework,lecturer dan yang paling gua tak sabar...group recitation gua.*Kedua-dua mereka adalah pompuan dan dua2 cun.hehe.

Lepas je habis kelas DE(differential equation) tadi...gua jalan2 kat sekitar bangunan utama universiti gua...Gua tengok berbondong2 parents datang bawak kete tuk amek anak diorang balik.Bagi mereka2 yang duduk jauh...diorang naik bas express.Yang kaye sikit naik flight.Amacam? Same kan situasi balik kampung ni cam kat Malaysia? Haa...kan gua cakap dulu (pernah lah pulak kan) diorang mat salleh manusia macam kite jugak...tahi same2 cokelat...bau kentut same2 busuk.Takdenye tetiba ade student melompat dari satu building ke building yang lain cam spiderman tuk balik kampung.

Melihat situasi ni semua membuatkan gua terfikirkan mat2 negro yang belajar kat negara kite.Korang pernah terpikir tak...time korang balik kampung...negro2 ni buat ape bile cuti? Nak balik negara diorang...takkanlah kot...harga tiket dari Malaysia ke Afrika sangatlah mahal.Buktinye....Korang ade nampak tak orang2 Malaysia kat TV time worldcup Africa tahun lepas? Tak nampak kan? Yang korang nampak pakcik referee Subkhiddin sorang je kan? haa...kan gua dah cakap tadi.harga tiket flight ke Africa mahal.Subkhiddin sorang je yang mampu beli.

So...ape yang mat2 negro ni buat time cuti? Berjalan sudah tentulah en.Kat Malaysia kan banyak tempat2 yang menarik sampaikan kite sendiri warga Malaysia tak pernah tersampai kat tempat2 tersebut.(Tu dia.Aku cam dah jadi menteri pelancongan lah pulak kan). So gua pun mungkin akan berjalan-jalan kat2 sini...tapi tak sure lagi jadi ke tidak.Tu semua bergantung kat member gua Luqman.*ak tau ko bace entry ni Luqman.haha

In the meantime....plan gua sekarang ni...nak tengok citer Secret Garden(Korean drama).Dengar orang citer..cam best.Nanti gua try tengok.Kalo best...dua hari gua boleh habiskan cam gua tengok dream high haritu.he he he.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Wahai kengkawan.Gua dah disabled autoplay system kat playlist gua.So pasni...kalo korang nak dengar lagu kat blog gua.Korang kena tekan butang play sendiri ok? Cun.

New Song update!
Kangen band - Jangan Merasa

Saturday, December 18, 2010

Hangat! PhatLee ke Hollywood?

Saturday, December 18, 2010 59
Gua mula menceburi bidang lakonan ini semenjak daripada gua kecil lagi.
Contoh paling mudah bila gua terpecahkan pasu bunga mak gua...gua akan berlakon buat muka tak bersalah supaya kesalahan yang gua lakukan tak terkantoi dengan beliau...
"Mat,ko pecahkan pasu bunga mak ye?"
"Aaah mak".Sambil buat muka tak bersalah.         *Apekah...?

Selain berlakon...gua turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian...
Sebut sahaja Kapten Un Phat Lee.Mesti semua penghuni2 blog Saidina Umar akan kenal gua..Seorang Kapten rumah Laksamana yang terkenal dengan kenyaringan suaranya menanyikan lagu "lights off...lights off...lights off" tepat jam 11 pm setiap malam.
Bukan sekadar itu sahaja....gua juga pernah dinobatkan 'the best singer of the year' bagi tandas aras 2 blok saidina Ali mengalahkan 'the best singer of the year' pada tahun sebelumnya,M Daud Sengau yang akhirnya terpaksa berpuas hati ditempat yang kedua.

Kebolehan bermain alat muzik? 
Selain reti bermain congkak dan pandai memasak maggi gua turut berkebolehan bermain kompang menggunakan kedua-dua belah tangan gua.
Pendek kata..bila tangan kiri gua lenguh memalu kompang..gua akan switch ke tangan kanan.dan bila tangan kanan rase lenguh pulak gua akan switch balik ke tangan kiri .Begitulah yang akan berlaku seterusnya sehinggalah Mak Bapak pengantin sound suruh stop.

Jadi bersempena dengan ujibakat rancangan realiti televisyen  'Omaigod You Ade Talent ke?' Bakat terpendam gua ini telah dikenalpasti dan gua telah ditawarkan untuk mengikuti band2 yang terkenal di dunia seperti band 'Muthusamy','Mayatmu di bahu jalan' serta band 'Kusarung cincin di ibu jari kakimu' ke west coast(bahagian barat) Amerika Syarikat untuk mengadakan persembahan.

Ok dah cukup.Penat mengarut.Kembali ke cerita yang sebenar....
Esok gua akan mengikuti satu roadtrip bersama dengan member2 gua ke West coast Amerika Syarikat (Ke Texas,Arizona,Los Angeles,Las Vegas dan bla bla bla) Dan roadtrip ini akan mengambil masa selama tiga minggu.Lame pasal US ni besar dan kitorang travel naik kereta bukan helicopter.Jadi kira tiga minggulah lepas ni gua tak update blog? 
Itu gua tak pasti.Jika tiada kekangan masa.,ada tenaga dan yang paling penting ade internet connection di mana2 tempat gua beristirehat...gua akan update blog ini.
Ape2 pun doakan keselamatan perjalanan gua dan member2 gua yek.

Ok gua nak gi check balik doa menaiki kenderaan.Kang tak pasal2 esok gua terbaca doa masuk tandas.

"Kau Tunggu Hollywood!!!"


 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates