Tuesday, August 31, 2010

Happy Aidilfitri

Tuesday, August 31, 2010 14
Sorry kat mak n adik-beradik semua sebab Amat tak dapat balik beraya tahun ini.
By the way,jangan lupe kutipkan duit raya untuk orang ek. 

Kepada kengkawan INTIAN batch 08, 
selamat hari raya juga gua ucapkan.
Study sungguh2.Dah bergaji besar nanti jangan lupe buat donation kat orang2
yang memerlukan.(perrh...ayat Imam muda beb)
dan jangan lupe jemput gua bile korang buat open house nanti.ehe.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri juga kepada
blogger2 yang selalu berkunjung kemari dan rajin mengomen:
Aisumi,Eliza,Kimi Hashim,Hamzah Ian,Kimmy,Anys-ann,Wanie,Yatre Hayati,
dan banyak lagi.(tak larat gua nak taip sorang2 nih.
Hope blogger2 lain yang tertinggal tak kesah ea)

Kepada bakal awek a.k.a isteri, jaga kandungan gula tu sikit.
Maksud gua jangan selalu sangat makan n minum benda manis.
Gua takut nanti lu demam.
(ape kaitan gula dengan demam?)

dan kepada  rakan2 Imam Muda dan bebudak bola Kampung Sialang Tangkak...

p/s: Owh damn,ak tersilap.Hari ini hari merdeka rupanya bukan raya.
(Malaysia awal 13 jam lah sengal.Bukan 13 hari)

Kesimpulan: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53
kepada semua rakyat Malaysia. B)

Sunday, August 29, 2010

berbuka puasa dgn Miley Cyrus

Sunday, August 29, 2010 29
Petang tadi gua dan member gua jalan di sekitar university
dengan harapan Miley Cyrus akan pelawa kitorang bukak puasa dekat rumah dia.
(ingat US tu kocik hape? Sengal)

sambil2 tengah berjalan itu,member gua tanye soalan Physics kat gua.

Cendol : Agak2 ko nak kahwin bile?
Hensem : Bile aku sudah grad n ade kerja yang tetap.Dalam 26 or 27 tahun kot.
Cendol: Ko dah ade calon belum?
Hensem: Haa itu yang kita pun tak tahu.
Cendol: Ko nak kahwin,tapi takde calon.Macam mane tu?Mane nak cari?
Hensem: Alaa,ko jangan risau.Next few years ade program realiti baru,BINI MUDA.

Kesimpulan: Tadi gua ke program berbuka puasa anjuran student2 Malaysia kat sini.
Best2.Sebab dapat makanan free.ehe.

p/s: sape sini tengah mencari balak? Korang boleh tanya kat mane2 hutan simpan berhampiran.

Saturday, August 28, 2010

Pressure dan depressed dgn formula pressure depth

Saturday, August 28, 2010 18
Berblogging sebentar setelah tension dengan formula physics yang mengelirukan.
Aritu gua belajar P(Y) = Po - rhoGY
Tapi kat dalam buku tulis lain pulak P(Y) = Po + rhoGY.
Hanya kerana perbezaan simbol,gua dah stuck berjam-jam.Dammit.

Physics diperingkat universiti memang susah.
Tak caya cube korang tanya Anney2 yang kerja kat kedai mamak tu.
Probably diorang akan cakap...

"Saya dulu mahu jadi  itu Energizer (Engineer),
tapi fizikal (physics) die manyak susah la machaa...
sebab tu saya sekarang tebar rotai canai sajaa."

p/s: Akibat kempunan tak dapat mencipta BMW,Lambhorgini,Boeing dan sebagainya.
Anney2 ini yang telah mencipta berjaya mencipta
Roti Nan,Roti Nan Tandoori, Roti Tisu, Roti Bakar dan sebagainya.
Hebat kan diorang.

p/s: giler panjang aku mengarut.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Physics macam math jugak.
Kena masukkan value ke dalam formula dan kira.
Tapi sebelum itu,lu kena berimaginasi dahulu untuk
mengetahui formula manakah yang sesuai digunakan.

Contohnya seperti: Mengapakah bola ping pong terapung atas air?
so lu imaginelah yang Mia Sara jadik lu punyer adik.
(takde kaitan.Suke tengok budak ni.Comel.ehe)

Mase gua kat Malaysia dulu,
gua sempat ke tadika adik Mia Sara dan bergambar dengan die.

Gua yang pakai topeng tu. :P

p/s: Sudah lari daripada tajuk asal.Damn lu PhatLee.

Wednesday, August 25, 2010

Bila Enthusiasm di Skala Richter 6.53

Wednesday, August 25, 2010 31
Ke kelas physics 2 tadi.
dan si lecturer itu berkata,
"So today I'll pass up the worksheet n u may start to
work on the problem".

Mula2 jeling2 sekejap worksheet tu,
then belek2 pulak.
Selepas 10 minit...
"What the Fahrin Ahmad!"
"Subhanallah.Pehal susah sangat nih?"

p/s: Susah dowh soalan die.baru day 1.emm....
-----------------------------------------------------------
Semalam...
Excited sangat sebab hari pertama gua mula belajar kat sini.
Hinggakan bile tengah free takde kelas,
gua selamba je masuk kelas yang lain.
Rajinkan gua? (Siap dengar lecture sampai habis lagi beb)

p/s: Padahal ak silap tengok jadual.Kelas sepatutnya start pukul 11.
Ak gi masuk yang pukul 10 punyer.Nak keluar segan.So lepak sampai habis lecture.grr...

Sunday, August 22, 2010

Alkisah si Alien.

Sunday, August 22, 2010 31
Honestly last week
gua tak pegi solat Jumaat.
Bukan salah gua ataupun kaki Kak Shiro yang injured.
Tapi salah admin kat sini.
Ade ke patut diorang buat test time tu.

Tempat ibadat orang islam adalah masjid.
Jumaat tempoh hari bolehlah pulak gua terpegi church.
Memang damn lah kan.
Ni gara2 salah yahoo map yang salah bagi info.
Tapi,alhamdulilah gua sempat buat turning point dan sampai ke masjid
tepat pada waktunya.

p/s: kat sini masjid hanya ada satu.saper yang tak pegi memang confirm kantoi.
--------------------------------------------------------------------------------
Kalau kat Malaysia ade iklan pandang kiri,pandang kanan dan barulah melintas.
Tapi kat sini,lu lintas jalan sambil tutup mata pun gua boleh jamin
lu masih lagi boleh tengok cerita ultraman esok petang sambil korek hidung.

p/s:Kalaulah kat Malaysia buat macam tu...
Probably lu sedar2 je terdengar word "Marobbuka?" ehe.
---------------------------------------------------------------------------------
Gua dah enrol dah subjek untuk sem ini.Hari Isnin ni dah start kelas.
1. Calculus 3
2. Physics 2
3. Engineering Problems with Computer Application Lab
4. Principle of Materials Science and Engineering
5. English

total: 17 cr.

p/s: Masing2 name nak gerun je(except no 5).Especially yang no 3 and 4 tuh.

p/s: mungkin akan drop satu subjek.

p/s: wondering if there is a subject like NAD374.
(NAD stands for Nasi Dagang) Mengidam ni beb.ehe.

Wednesday, August 18, 2010

Smotharella kekasih baratku

Wednesday, August 18, 2010 30
ditulis oleh: A Smart Sioot
Cuaca kini dingin2 bagai aircond 16 tolak 1 celcius.
Itu tandanya musim panas 3.21 saat hampir tiba ke garisan penamat.
Dan fenomena bunga2 mengering jatuh berguguran di taman
kentuckyfriedchickendisinitakdijaminhalal akan bermula.

Tadi di luar hujan turun renyai-renyai.
Tanpa payung pelangi bazaar ramadhan,
aku dengan baju nipis selapis selamba sahaja menongkah jalan.
Ya Allah.Sejuk ya amat.
Rasa seperti makan stik smotharella di Jeff's pizza shop
sambil dicicah dengan sos garlic buatan alien.
(macam biasa.takde kaitan)

smotharela stick

Kini aku dirumah bersweater cokelat.
Sedang cuba menstabilkan kembali suhu badan.

Kesimpulan: Kejap lagi nak bukak puasa kat pizza shop. XD

p/s: Entry ini ditulis begini
hasil inspirasi daripada blog member gua FATAH. B)

Sunday, August 15, 2010

The iron chef dan Blog List Ben Ashaari

Sunday, August 15, 2010 13
Aritu gua masak air.
Semalam gua masak nasi goreng.
Sebulan lagi...sure dah pro kan.
Ayam masak 3 rase lah jawabnye.huhu.
Bangga dengan diri sendiri sebab
hamster gua pun tak semaju ini.ehe.

Bagus jugak gua dah berjinak-jinak dalam dunia memasak ni.
Sebab bile dah kahwin nati senang.

Bini gua. "Bang,I mengidam nak makan masakan 3 rase lah"
Gua."Takdehal lah yank.Bisa diatur itu..."

time tu barang dapur banyak yang abis,
yang tinggal hanyalah tepung gandum.
So 15 minit kemudian...

"Ini dia yank,roti nan masak 3 rasa".

p/s:Tak sangka imaginasi aku boleh pergi sejauh ini.ehe
------------------------------------------------------------------------------
kalo sebelum ini Ben Ashaari pernah keluarkan entry bertajuk
klik banner atas nih utk join Blog List Ben Ashaari

Gua rase bile gua dah kahwin nanti bolehlah gua keluarkan entry
"Siapakah bersalah jika isteri boroi?"
(Saper otak kuning mesti dia fikir mende lain)

p/s: Brother Ben, lain macam skit tajuk entry gua nih.Hope lu tak kesah.ehe.
Kategori gua: Personal. B)
-------------------------------------------------------------------------------
New song update!
Lagu baru daripada Hijau Daun bertajuk
Aku Dan Air Mata.

untuk mendownload lagu ini
Sila klik di sini.

Friday, August 13, 2010

Fasting

Friday, August 13, 2010 20
Bile korang start belajar berpuasa?
Gua start darjah satu lagi.
Namanya puasa setengah hari.
Kire bile dah tengahhari dah boleh makanlah.
Tapi lain jadinya...
Pukul 7 pagi gua dah bukak dah.haha.
Mane leh tahan,banyak ancaman.
Abang gua. "Mat,kat dalam peti ais ade puding jugung woo.
Sedap woo.ak baru je makan tadi".
Dammit.
Nak tak nak gua kena try jugaklah,
mane tau mak gua lupe taruk gula kan.

Gua start puasa penuh mase darjah enam.
Itupun setelah mendapat kata sepakat dengan mak gua.
iaitu satu hari puasa bersamaan dengan 5 ringgit.ehe.
Gua rase care ni paling efektif.
Boleh lah nanti gua apply kat anak gua...

"Ahmad Beckham,abah nak kamu puasa penuh tahun ini,
satu hari abah bagi 50 ringgit.Amacam?"

p/s: kalo 10 orang anak macam ni.Bankrupt aku.
-------------------------------------------------------------
p/s: sini puasa lame.
subuh pukul 4.53am bukak pukul 8.20pm.
-------------------------------------------------------------
New song update!
dengarkan sebuah lagu baru
daripada D'bagindas bertajuk
Ampuni Dosaku

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

Tuesday, August 10, 2010

Blogging from the other side of the world

Tuesday, August 10, 2010 18
Alhamdulillah.
My friends and I have a safe journey,and now we're in Ames,
a city of Iowa,United States of America.

sedikit kisah tentang perjalanan:

1. Perjalanan kami mengambil masa selama 30++ jam.
Memang muaklah naik flight lepas nih.

p/s:Makesure korang makan dalam flight nanti.Nanti perut masuk angin
lagi masalah.Tiap2 mase rase nak buang angin je.
Kesian orang sebelah.

2. Di Los Angeles:

gua bertemu dengan satu pasangan American.
Dan hampir 1 jam lebih gua telah ditemu duga oleh mereka.
at one point they said.
"You speak a very good English"
(Ehem2....hihihi)

Seramai 7 orang rakan kami ditahan di imigresen.
Ini memang random pick.Jadi jangan gusar.Doa2lah
korang tak kena.

SERUNDING gua lepas beb.huhu.

3.Di chicago:

Member seislam gua beli burger Macdonald
dan didalamnye mengandungi pork.
Tak jadi makan.terus buang burger tuh.

sedikit kisah di sini:

1. Di sini 13 jam lebih lambat daripada waktu Malaysia.

2. Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam.
pukul 8.30 malam baru nak gelap.

3.Apartment ktorang memang best.Macam hotel beb.
Jarak dengan kampus pun dekat.

4.Seniors kat sini memang baik2.
thanx K. Nabiha n K. Shira.
Buat beberapa hari ni kitorang makan kat rumah diorang.

5.Dah shopping dah sedikit barang2 kat Walmart.
Memang murah2 di sini.
But makesure don't convert it to rm or you will end up won't
buying anything.

6.Gua dah dapatkan a new phone number
Its from AT&T service provider.
To my friends who wants it,please alert me later.

p/s:kalo kat malaysia kite ade nampak bangla2 berkerumun+
bising2 kat depan kedai handset.
Kat sini ktorang jadi macam diorang pulak.
Baru gua paham sebab ape diorang jadi macam tuh.

7.Bank account pun gua dah bukak.
dalam masa seminggu nanti dapatlah debit card.

8.Game2 ps3 kat sini murah2.Ketar lutut gua sekarang ni.
Nak beli.Nak beli.Nak beli.huhu

-----------------------------------------------------------------------------------
Our orientation will start on august 13.
Therefore we have a plenty of time to go around and
play around.hahaha.
So,until here.
Karang nak pegi bestbuy beli barang. [edit]

Friday, August 6, 2010

flying

Friday, August 6, 2010 28
FLY.
Korang pernah tak fly mase sekolah dulu?

Gua?
Tak pernah.

Nak kemane kalo fly pun.
Keliling sekolah gua ladang kelapa sawit
and depan sikit ade kubur India.
Huh,sape nak.
Lainlah kalo pakcik2 undertaker kat situ
bukak arcade kat sebelah kubur tu.
Kalo adelah macam tu,rase nak fly mungkin ade.

Plus gua dulu prefek.
Eheh,malulah saya kalau kena lucut jawatan dan
gantung sekolah.

Jadi,
Karektor sebagai budak baik gua teruskan
sampai akhir F5.
Dan ianya melekat sampai sekarang.ehe.
(terperasan sikit.Sory2. XD)

kesimpulan: Katakan tidak pada merokok.
(ape kaitannya pun gua tak tahu XD)
------------------------------------------------------------------------
Off to Serdang this afternoon and
tomorrow:
KLIA - Taipei - Los Angeles - Chicago - Des Moines - Ames
Expected time: 34 hours.

"Ya Allah ya rahman ya rahim,permudahkanlah perjalanan kami,
semoga kami selamat tiba ke destinasi yang kami tujui".
Amiin.
---------------------------------------------------------------------
Dengarkan lagu daripada Kangen band
bertajuk terbang bersamaku. B)

Tuesday, August 3, 2010

Garam

Tuesday, August 3, 2010 20
"Kedekut,tahi hidung masin!"
korang mesti pernah dengarkan mende ni.
tapi apa pasal masin?
Orang yang keluarkan pepatah ni pernah rase ke tahi hidung sendiri?

Gua pernah buat eksperimen mase kecik2 dulu.
dan gua setuju dengan pepatah melayu ini.

p/s: Jangan tipu diri sendiri.Gua tau korang pun pernah buat jugak. XD
-----------------------------------------------------------------------------------
Apakah benda yang masin?
Kicap masin.
lagi?
Air laut.
lagi?
Garam.

Penat mengarut.
Just nak cakap gua dah tengok cerita Salt tadi.Rating 8.2/10 XD

Review:Good storyline with unexpected ending.Memang nice.
Gua rase ade sambungannye nanti.


-------------------------------------------------------------------------------------
new song update.
Lagu Baru daripada Sheila On 7
bertajuk Hari Bersamanya.
Sila dengarkan. B)

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates