Jadi masa2 akhir ini perlulah digunakan
sebaik-baiknya bersama keluarga.
so pagi tadi gua lepaklah dengan mak gua.
"Mat,ko nak pegi kat negara orang nanti mak hanya nak bekalkan
kamu dengan 1 benda sahaja.InsyaAllah kamu akan sentiasa dilindungi."
Mak gua bagi kat gua buku tafsir Al-Quran.
p/s: Toucing beb.Rase macam nak masuk Imam muda je bile balik
Malaysia nanti.
-------------------------------------------------------------------
Adik beradik gua takde.
Semua pegi kerja.
So gua lepaklah dengan anak sedara gua,Afiq.
"Chu, satu tambah satu bape?"
Gua. "sebelas"
Gua lagi. "satu tambah kosong berapa?"
Afiq. "Sepuluh"
p/s: lu memang bijak macam pakcik lu jugak.
-------------------------------------------------------------------
then gua borak2 dengan member gua,Tutu.
"Aku nak pegi sambung blajar ni Tutu,nun jauh di sana.
Lepas nih tak dapatlah kita jumpa lagi ek.
Lu jangan sedih2 pulak.Kalo ade duit nanti,next year gua baliklah.
Tapi lu jangan lupe,jogging tiap2 petang.Badan lu dah montel dah gua tengok."
p/s: Apelah nasib dapat member bisu.Takde respon langsung.Haih.
Btw,Tutu adalah hamster gua.
---------------------------------------------------------------------
p/s: berlari kencang sekencang-kencangnya tuk merangkai mimpi cinta dan harapan.
- tema untuk perjuangan kita selepas ini,wahai rakan2. B)