Saturday, July 31, 2010

luang masa bersama keluarga

Saturday, July 31, 2010 21
Tinggal seminggu sahaja lagi gua kat Malaysia nih.
Jadi masa2 akhir ini perlulah digunakan
sebaik-baiknya bersama keluarga.

so pagi tadi gua lepaklah dengan mak gua.
"Mat,ko nak pegi kat negara orang nanti mak hanya nak bekalkan
kamu dengan 1 benda sahaja.InsyaAllah kamu akan sentiasa dilindungi."
Mak gua bagi kat gua buku tafsir Al-Quran.

p/s: Toucing beb.Rase macam nak masuk Imam muda je bile balik
Malaysia nanti.
-------------------------------------------------------------------
Adik beradik gua takde.
Semua pegi kerja.
So gua lepaklah dengan anak sedara gua,Afiq.
"Chu, satu tambah satu bape?"
Gua. "sebelas"

Gua lagi. "satu tambah kosong berapa?"
Afiq. "Sepuluh"

p/s: lu memang bijak macam pakcik lu jugak.
-------------------------------------------------------------------
then gua borak2 dengan member gua,Tutu.

"Aku nak pegi sambung blajar ni Tutu,nun jauh di sana.
Lepas nih tak dapatlah kita jumpa lagi ek.
Lu jangan sedih2 pulak.Kalo ade duit nanti,next year gua baliklah.
Tapi lu jangan lupe,jogging tiap2 petang.Badan lu dah montel dah gua tengok."

p/s: Apelah nasib dapat member bisu.Takde respon langsung.Haih.
Btw,Tutu adalah hamster gua.
---------------------------------------------------------------------
p/s: berlari kencang sekencang-kencangnya tuk merangkai mimpi cinta dan harapan.
- tema untuk perjuangan kita selepas ini,wahai rakan2. B)

Wednesday, July 28, 2010

Spectacle

Wednesday, July 28, 2010 21
Gua lapar sesangat.
Tapi alang2 dah kat depan kedai spek nih.
Baik gua teruskan je niat gua nak buat spek baru
Sebab mak gua ade pesan tadi
"Mat,balik kang beli ayam seekor dengan roti gardenia satu"
(takde kaitan.Damn)

So gua masuklah kat satu kedai spek nih
Akak lawa."Selamat datang encik,nak beli spek ke?"
Gua."Set Big Mac satu.Medium Size".

Akak lawa terdiam.
Gua pun terdiam.
Kami sama2 diam.

Gua pandang dia.
Dia pandang gua.
Kami saling memandang antara satu sama lain

Kesimpulan: (Err...segan nak cakap)
Mungkin gua nampak hensem agaknye hari ni. XD

p/s: apsal lah ak boleh tersilap cakap.Haisyh.
---------------------------------------------
new song update!
lagu baru daripada The Face
bertajuk Melupakanmu
sila dengarkan.

untuk mendownload lagu ini.
sila klik di sini

Tuesday, July 27, 2010

Rumah yang ideal

Tuesday, July 27, 2010 21
dulu mase gua kerja kat seremban
Gua duduk kat satu rumah sewa ni:

rumah tu ade 2 bilik.
Bilik yang pertama takde kipas dan lampu.
Bilik yang kedua,dah macam taman rama-rama.
ade lipas,cicak,5 kg tahi cicak,sawang dan labah2.
(tapi rama2 gua tak jumpa lagi)
Malam2 bolehlah jugak gua dengar tikus
buat open chatroom kat situ.

So,gua tido kat ruang tamu jelah.
Kat ruang tamu tu, adelah satu tv 14 inci.
Tapi malangya aerial kat rumah tu takde.
Kire kalo gua nak tengok tv,gua tenung jelah tv tu lame2.
(hensem jugak mamat dalam tv tuh)

Tandas ade satu.
Setiap kali gua lepak kat situ.
Gua tak dapat nak beza time tu siang atau malam.
Sebab tandas tu gelap takde lampu.

Tempat paling best ialah dapur.
Singki air tersumbat.Paip pulak portable.
Boleh bukak2 batang paip tuh.
So agak2 nak rase main air macam kat sunway lagoon.
Di situlah tempatnya. XD

kesimpulan: Korang nak duduk ke rumah yang ideal macam ni?
Huh.Janganlah.Tandas PICC lagi best. XD

p/s: gua duduk 3 bulan je kat situ+ free lagi.
so xleh nak complain pape.ehe. B)

kesimpulan 2:bersyukurlah dgn apa yg ada. B)

Sunday, July 25, 2010

Perempuan siap lambat

Sunday, July 25, 2010 47
Perempuan memang siap lambat ek?

Korang takyah jawab.
Itu memang common sense.
Anak sedara gua 6 tahun pun tahu.
Ustaz gua selalu cakap kat sekolah dulu
al fitnatul ashaddul minal qatl.
(takde kaitan.tetiba gua teringat balik benda nih.
Ustaz,lu memang power.)

Gua cerita benda ni pasal
petang tadi.
Mase gua tengah busy menangis tengok
citer cinderella's sister tetiba kakak gua.
"Amat,cepatlah siap.Kate nak pegi beli luggage"
Gua. "Alah.Ko siaplah dulu.Orang siap sekejap je"

30 minit selepas itu...

Akak gua siap semua.
then mase die tengah makeup2
"Mat,orang dah nak siap dah.Ko mandi pun belum.haisyh"

Gua capai seluar jeans gua.
Pakai.
"Tadaa.dah siap dah.Jom".

Haa...korang tengok.beza orang laki ngn pompuan.

Kesimpulan: Lelaki.Lu kena paham pompuan.
Perempuan.Cepat skit make up tuh. XD
-----------------------------------------------------------
p/s: Gua seriously tak tau ape kebendanya nuffnang tu.
Nampak macam cool je menatang tuh.So gua pun letaklah.

p/s: Gua dah beli luggage. XD

Saturday, July 24, 2010

Misteri baju raya

Saturday, July 24, 2010 11
Puasa pun belum lagi,tapi baju raya gua dah siap dah.
Actually gua yang mintak kat mak gua dulu...

"mak,b4 amat fly,amat ingat nak baju raya satu".
(ayat nak macam dalam drama je)
Itu benda first gua mintak.
Sebab dah 5 tahun gua beraya pakai baju yang sama.
Sedeh en? XD

Relaks2.
Nak kate takde duit,hamster gua tiap2 hari makan twisties.
Kadang2 gua bagi die minum 100 plus lagi.
Amek ko record terbaru die:
8.32 minutes non-stop running kat hamster-wheel tu.
haa..kan dah melalut.Damn.
Sambung cerita balik....

Paksaan? ade je.
Mak gua. "Mat,nak raya dah ni,pegilah beli baju raya tuh"
Setiap tahun ayat yang sama.
Orang datang nak ukur badan pun gua tak layan.
Inikan nak pegi beli yang dah siap kat shopping2 complex tu.
Gua pun tak tau pasal ape boleh jadi macam ni.
Misteri kan? XD
-----------------------------------------------------------
p/s:asyik2 korang dengar laki je yang nyanyi kat sini.
So gua dah rearrange playlist gua.
Gua letakkan beberapa lagu drpd penyanyi pompuan.
mari kita dengarkan ape diorang nak ckp... B)

P/s:luggage.jap lagi gua pegi beli.
Gua nak amek 28inch punyer.
(boleh sumbat hamster dengan anak sedara gua sekali.
Mmg nice.) XD

Friday, July 23, 2010

Aishiteru

Friday, July 23, 2010 22
Bahasa ape ek Aishiteru tu?
English kot.
Singkatan untuk I Shit through... gua raselah
(dah macam nak mencarut pun ade.)
Maksud die?
Haih.Korang translatelah sendiri.
Kotor plak gua rasa. XD
--------------------------------------------------------------
Tadi gua tengok2 balik folder jun,may,april n march gua.
dan terjumpa satu lagu nih.

from Zavilia bertajuk aishiteru.
sila dengarkan...

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.
--------------------------------------------------------------
p/s: Gua tak beli lembu@luggage lagi.
Confuse nak amek saiz ape. B)
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates ►