Keadaan meja study yang messi barcelona ngan makun(makanan).Messi sebab gua malas nak kemas.Untuk pengetahuan anda...skop malas gua tak terbatas setakat ini sahaja.Ia terangkum sekali dengan kemalasan gua untuk mengupdate blog.
Cube korang tengok balik gambar kat atas nih.Banyak kan junk food? Inilah rahsia kejayaan gua sebenarnya...
"berjaya keww?" tetiba ade seorang makcik bertanya *gua tengah berimaginasi nih.korang jangan kecoh2.takde mane2 makcik kat bilik gua sekarang nih.
Relaks2 makcik relaks.Saya tak habis cakap lagi.(masih lagi tengah berimaginasi nih.keh keh keh).Inilah sebenarnya rahsia kejayaan saya menaikkan berat badan.Dulu kan dah naik 3 kilo.Sekarang naik lagi 2 kilo beb.Amacam? 3 kilo + 2 kilo tak ke sejuta? K dah...aku dah mula buat balik habit lame aku nih.(habit lame = buat lawak hambar)
TAHUKAH ANDA?
Phatlee adalah antara pelawak2 hambar yang disegani ketika di sekolah dulu.
Gua rase kalau pasni gua workout...gi gym..gua ingat next year time gua menjejakkan kaki kat KLIA...gua rase gua akan nampak awek2 sumer bawak banner yang berbackgroundkan gambar gua dan sambil2 tu jugak diorang menjerit....
"Oppaa..oppaa..." kah kah kah....jauh sangat imaginasi gua nih kan?.kah kah kah.
Sambung balik cerita pasal junk food.Junk food sangat enak dimakan tidak kira dimana jua kita berada....sama ada selepas kite brake dengan balak/awek kite....mahupun selepas kena sebat dengan ustaz/ustazah pasal lewat bangun subuh.Walaubagaimanapun...pengambilan junk food yang berlebihan boleh membawa kita terdedah kepada berbagai penyakit contohnya seperti....pancur air...diebetes...kencing manis...sweet pee...
"Bukan tu sumer same maksud ke?"Makcik fantasi gua tetiba bertanya.Sibuk tol makcik ni --'
"Bukan tu sumer same maksud ke?"Makcik fantasi gua tetiba bertanya.Sibuk tol makcik ni --'
Sebelum makcik ni pop out lagi dalam minda gua...gua nak akhiri entry gua dengan serangkap pantun yang iramanya obviosly sumbang:
makanan hamster itu koci
makanan perut itu roti nan cheese..nasi...nasi goreng belacan..nasi kerabu....
makanan ruji itu makanan asas
dan makanan hati itu ibadat. *hihi
kepada saper2 yang tengah makan nasi kerabu time baca entry ni...ingat2lah gua di sini. *apsal aku tetiba rasa sayu ni?
Owh patutlah...aku tengah dengar lagu raya rupenye...
--------------------------------------------------------------------------------
New song update!
Best woo...lagu2 nih.cedengar...cendengar...