Wednesday, February 23, 2011

big mac untuk mak

Wednesday, February 23, 2011 35
"kruukkkk" damn lapar.jam pukul 3 pagi...makun apelagi yang ade kat dapur? Emmm....gua pun keluar jap ke dapur...tengok ape lauk yang ade lagi.Takde.meja dapur sudah kosong.Gua inspect pulak peti ais dua tingkat mak gua....belacan...ayam mentah...daging mentah...ikan...adoi..aku tak reti masak.Gua check peti makanan...adoyai...maggi dah abis."Better aku tidor terus je." Hati gua berkata macam tu.Dengan muke yang frust macam muke tengok Man U kalah...gua naik balik ke bilik....

"Kruuukkk" bunyi lagi.Cis,takleh jadi ni.Laju2 gua capai kunci 'bmw' mak gua....vrrooomm....

30 minit selepas itu....gua pulang dengan 2 set besar big mac di tangan.Korang sure ingat gua nak makan burger tu sorang2 en? tak2 satu set tu untuk untuk gua...lagi satu tu gua belikan untuk mak gua.Anak yang baik adalah anak yang membelikan ibunya makanan ketika die membeli makanan untuk dirinya sendiri. *ayat imam muda.haha.

"Mak...oooo...mak...orang belikan Big Mac untuk mak ni...."

mak gua yang muke mamai2..."aaa? ape2? "

"Ni haa...orang ade belikan big mac untuk mak ni"

"Takpelah mat...ko makan jelah.mak tak nak". Mak gua sambung tido balik.Tulah...tebiat ape bagi mak Mcd pukul 4 pagi.

Dah mak gua taknak.Nampaknya....terpaksalah gua telan big mac-big mac tu sorang2.keh keh keh....

p/s: nak makan big mac.nak makan big mac....

Friday, February 18, 2011

register emel,aku friendster & facebook.Jom tweet2

Friday, February 18, 2011 21
Time tu gua form one.Gua bersama-sama dengan member2 kelas 1 ungku omar dibawa ke sebuah bilik yang dipanggil MAKOBE (Makmal Komputer Bestari)."Okjektif kelas kita pada hari ini...adalah belajar macam mane nak buat emel" kata cikgu Azlan.Serious gua rase excited time tu.Buat emel beb bukan buat milo (rumah orang takde internet memang macam nih).

Gua diarah ke laman web yahoo dan register emel disitu.Nama penuh...nama mak.....nama bapak...no telipon rumah...alamat rumah....pekerjaan....(dulu nak register emel memang macam ni.banyak benda nak kena isi) Gua pun isi details2 yang die mintak pelan2...takut tersilap.Gua ibaratkan isi form ni macam isi kertas jawapan UPSR. Sampai kat satu details...die mintak tarikh lahir mak dan bapak....gua sangkut.Tak boleh nak jawab sebab gua tak ingat.Memandangkan hati gua suci murni lagi time tu...tak pandai menipu....gua keluar jap gi public phone call mak gua...tanye die ngan abah lahir bile.haha.

Tahun yang sama jugak.Satu sekolah gua...semua heboh dengan frienster.Dapat jumpa budak tkc kat situlah...budak stf...ssp...(budak2 sekolah lelaki memang macam ni.Sangap nak pompuan).Dek kerana terpengaruh dengan diorang...tak pasal2 gua pun terbuat jugak akaun friendster.Benarlah kata2 cikgu BM gua...pengaruh yang paling kuat kat dunia ini selepas ibu bapa adalah pengaruh rakan2 sebaya.

Tahun 2008/2009.Mase gua tengah buat preparation untuk ke us.Demam facebook mula melanda.Tapi sebab gua bajet nak setia kat frienster...gua tak buat lagi fb time tu."Tak cukup duit nak buat account fb lah"  "Duit jpa tak masuk lagilah". Itu alasan2 yang gua bagi kat member2 yang suruh gua buat facebook.Akhirnya...awal tahun 2010...gua telah berjaya mendaftarkan diri gua sebagai pengguna  ke 300 juta facebook (gua raselah.haha) dan akaun friendster telah dihapuskan buat selama-lamanya.(giler sedeh)

Sekarang muncul pulak twitter.(fuhh sampai jugak kat point sebenar).Gua eloborate entry ni panjang lebar just nak cakap yang gua sekarang dah ade akaun twitter tu je.Gua dah lame dah buat akaun twitter ni.Cume sekarang baru gua rase nak aktif dalam dunia tweet2 nih.So...kalo ade saper2 nak add twitter gua.....jom..link:  http://twitter.com/#!/phatleeos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
A few songs update.
Lagu2 baru yang best:

Papinka - Dimana Hatimu
SET14 - Secepat Itu
De Meises - Dengarlah Bintang Hatiku

Sunday, February 13, 2011

Rambutku keras...jadi ais.

Sunday, February 13, 2011 31
Suhu hari ini 1 celcius...2 celcius....agak ok lah banding dengan hari2 sebelum ni....negative 17...negative 23.giler sejuk.Sekali angin bertiup...bukan setakat bulu2 roma gua menegak...segala macam bulu pun semua naik.

Di pagi beberapa hari yang lalu....

Dengan rambut yang basah...gua lekas turun ke ground floor apartment gua...menuju ke tempat menunggu bas.Tiba-tiba...(bunyi suspens keluar) angin winter sonata mula bertiup-tiupan.Rambut gua yang tadinya 'steady still' mula berterbangan kesana kemari.Perrrhh.......feel gua ketika itu...rase macam tengah berlakon sebuah scene cerita korea je...

Sedang gua menggeletar kesejukan...bas 'cyride' bernombor 23 pun tiba betul2 dihadapan gua dan tanpa membuang masa...gua pun terus naik bas tersebut laju2.

Di atas bas...

Gua menarik keluar ipod touch yang tersorok rapi di pocket wind breaker gua...lalu gua tekan butang play di screennya...maka lagu2 indo gua pun mula berkumandang di earpiece.

Sambil duduk mendengarkan lagu 'tentang perasaanku'...gua mengangkat tangan ke atas kepala...nak baiki sikit posisi rambut gua....dan tatkala jari-jemari gua menyinggah ke rambut....omaigod....keras.Rambut gua sudah jadi ais lah beb.haha.

Bercerita pasal rambut.masuk bulan ni...dah dekat tujuh bulan dah gua tak potong rambut gua.Ini kalau mak gua nampak ni....confirm...tazkirah bersama Ustazah Azizah Ayob(mak gua) selama setengah jam.hahadoi.

p/s: This entry is just for the sake of updating this blog.

sedikit snippet di sini...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
A few songs update!
Semua lagu baru....

Mahkota - Angin
Mahkota - Aku Punya Pacar

Matta - Jambu
Radja - Call Me
Melly Goeslaw - kembalikan senyumku
Melly Goeslaw - Apa bagusnya dia

Tuesday, February 1, 2011

love story part 2

Tuesday, February 1, 2011 62
[background sound] lagu yang tengah korang dengar sekarang ini.

love story tempoh hari bersambung....

semenjak daripada peristiwa bermesej -mesejan tempoh hari...persahabatan gua dengan si dia semakin akrab.Ade sahaja mase free di malam hari...kami akan ber calling-calling an.Cukup sebulan kami berhubung...kitorang berjumpa.Hasilnya...dua2 puas hati...die cakap gua hensem...gua tengok die...cantik..comel.Perhubungan kami diteruskan sehinggalah pada tahun berikutnye...die call gua sambil menangis....

"Phatlee...I ade something nak bagitau you...i harap you dah ready untuk menghadapi apa jua keadaan lepas I cakap benda nih."

"Apa die? Cakaplah.You ni...buat I rase suspen lah...haih"

"I sebenarnya....sebenarnya....sakit perut".

"Ape..you mengandung???"

"Pale you.I saket perutlah.Gastrik."

Itu adalah satu antara ribuan gurauan kami.Gua saje letak satu kat sini nak kasi dramatik sikit cerita nih.haha.Sambung cerita balik...

Pada tahun _____ setelah tiga tahun kami berhubung...keputusan SPM diumumkan dan....alhamdulillah keputusan gua cemerlang tapi dia....kelihatan kecewa ya amat dengan keputusannya.Gua curious.Gua ade cube bertanyakan keputusan yang die dapat...tapi jawapan yang diberikan adalah .. "secret".

Mungkin disebabkan oleh kekecewaan yang teramat sangat...die dah tak contact2 gua lagi selepas tu.Segala call,miscol,sms,mms,video call gua semua diabaikan...tidak berjawab.

Gua pasrah.

muke tak boleh blah.kah kah kah...

Dua tahun sudah berlalu dan sampai kini gua masih lagi tidak menemui dirinya sama ade secara fizikal mahupun digital(facebook,friend finder).Dengar2 cerita...dia kini berada di Russia...menyambung pembelajarannya dalam bidang kedoktoran.Alhamdulillah...gua tumpang gembira...karna itulah cita2 yang dia idam-idamkan sejak dahulu lagi...

Andai kata umur gua panjang...dan gua diperjodohkan bertemu dengan si dia kembali.Gua berhasrat nak luahkan satu ayat yang telah lama gua pendamkan kat dalam hati ini sejak daripada dua tahun yang lalu.Ayat itu adalah.... "You dapat brapa SPM dulu?"

p/s: boleh ke macam tu? haha.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagu background cerita ini adalah single terbaru daripada Irwansyah bertajuk Tentang Perasaanku.

Nak download klik sini.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates