Sunday, August 28, 2011

Hari keluarga di bulan puasa

Sunday, August 28, 2011
semalam gua dengan housemates gua buat sukaneka untuk family2 kat sini.Aktiviti ini pada awalnya dipikirkan tuk dibuat pada siang.Tapi sebab bulan ramadhan tak habis lagi kitorang buat malam sikit.lepas masuk waktu maghrib.

Jom tengok dulu gambar2 yang sempat gua ambil dengan DSLR gua.*DSLR lah sangat.

aktiviti pertama: hadirin mengambil makanan

aktiviti kedua: abang2 menjamah makanan

aktiviti ketiga: awek2 mengunyah makanan

Kesimpulannya: Ini bukan sukeneka.Ini bukak pose okay?

Majlis ni diadakan berdasarkan permintaan ramai daripada kakak2 graduate.Diorang nak tengok rumah kitorang(gua,ayoot,asri dan megat) kerana mereka mendapat khabar angin bahawa rumah kitorang ni cantek.

"Cantek kew?"

Tak tahulah.Lepas kenyang secara berlebihan dan pabila sixpack gua menjadi one pack gua terus lupe nak  tanye diorang soalan ni.Jadi adakah benar rumah gua cantek? Gua takde jawapan die.Tapi yang pasti....siti nurhaliza cantik lagi sampai sekarang.

Akhir kate...kepada memember yang tak dijemput ke majlis berbuka puasa ini....sila berkecik hati.Dah kecik hati dah? Cantek.Nanti raye ade gak point tuk mintak maaf ngan korang.

11 comments:

Puteri Iqa Izyan

mesti lu kemas dulu sebelum dioerang datang sebab tu rumah lu nampak hensem. eh. silap. cantik =)

Un Phat Lee

iqa izyan: mane ade.kitorang tak kemas pun.ok tipu.

syasya

ok la boleh la.cantik la gak rumah ang hehe

Elie Lily

adakah entry ini diwujudkan untuk cari point nk mintak maap time hari raya nnt? cet! :D

p/s: selamat hari raya ya? duit raya untuk elie jangan lupa! :D

BENA

dari cara tengok gamba lu tayang . rumah lu macam besaq jek kannnn . ;)


selamat hari ghaye ye patlee oiii ;)

Unknown

oh meriah sungguhmu kat us sane ekk!

duit raye nnti kawe tapau dgn komen2 kat blog boleh?hihihi

salam lebaran..slmt hari rayo buat PHAT LEE..

**citer KPB bile nk smbg...gwe suke beb bce tue...

ILA HonEyBuNNy

cantik la rumah lu....heheheh

selamat hari raya...;-)

Alan

Selamat hari raya bro

lady-D

ni rumah sewa ko ker?seploh kali ganda cantik dr rmh sewa haku..nak gi bli sofa baru rr camni..
selamat hari raya fadli..
maaf kalo ade slh silap yer..

Un Phat Lee

syasya: terima kasih :)

elie lily: nanti gua fedexkan.alamat masih yang lame en?

bena: selamat hari raya oiii Bena.Sikit air boleh? haus lah

uchi kay-f: selamat hari raya der.KPB tu? hak2.tengoklah kalau rajin. :)

alan: Happy birthday jugak

d_la: sofa gua tu pun...senior gua yang bagi.tak beli pun.
kalo lu nak gua maafkan lu kena kasik gua duit raya dulu.hak2.

Mashe

meriahnyaaa!

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates