Showing posts with label hari keluarga. Show all posts
Showing posts with label hari keluarga. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Hari keluarga di bulan puasa

Sunday, August 28, 2011 11
semalam gua dengan housemates gua buat sukaneka untuk family2 kat sini.Aktiviti ini pada awalnya dipikirkan tuk dibuat pada siang.Tapi sebab bulan ramadhan tak habis lagi kitorang buat malam sikit.lepas masuk waktu maghrib.

Jom tengok dulu gambar2 yang sempat gua ambil dengan DSLR gua.*DSLR lah sangat.

aktiviti pertama: hadirin mengambil makanan

aktiviti kedua: abang2 menjamah makanan

aktiviti ketiga: awek2 mengunyah makanan

Kesimpulannya: Ini bukan sukeneka.Ini bukak pose okay?

Majlis ni diadakan berdasarkan permintaan ramai daripada kakak2 graduate.Diorang nak tengok rumah kitorang(gua,ayoot,asri dan megat) kerana mereka mendapat khabar angin bahawa rumah kitorang ni cantek.

"Cantek kew?"

Tak tahulah.Lepas kenyang secara berlebihan dan pabila sixpack gua menjadi one pack gua terus lupe nak  tanye diorang soalan ni.Jadi adakah benar rumah gua cantek? Gua takde jawapan die.Tapi yang pasti....siti nurhaliza cantik lagi sampai sekarang.

Akhir kate...kepada memember yang tak dijemput ke majlis berbuka puasa ini....sila berkecik hati.Dah kecik hati dah? Cantek.Nanti raye ade gak point tuk mintak maaf ngan korang.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates