Wednesday, July 27, 2011

Makcik...jangan kedekut sangat bagi lesen kereta.

Wednesday, July 27, 2011
Ini last 2 week punyer story.Gua nak story ini cerita itu hari jugak tepi projek thermo gua pulak kacau.So gua tungguh sampai last week.Nak taip itu hari...tetiba username ngan pasword blog ni pulak gua lupe.Dem betul.Lepas seminggu gua cari baru hari ni gua jumpa.Rupe2nya dia masih lagi duduk leklok kat dalam minda gua bersembunyi di belakang memori 'cinta ku ditolak dia 2009'.Banyak pulak gua bedolak-dalik.Cakap jelah ko lagi suke main game daripada tulis ini blog oi Phatlee....

**********
"Fadhli.You passed" Kate makcik driving test dalam loghat American English.Gua bukan main kepalang punyer happy time tu.Mane taknye.5 kali beb driving test.Sumer gagal.Kelakar en? Cis.Sioot je korang gelakkan aku.Nasib baik kali yang ke-enam ni gua lepas.Kalau tidak gua nekad gua nak teruskan memandu secara HARAM.Kalau polis tahan gua nanti gua cakap jelah kat die

"Makcik2 kat driver's license station kedekut.Diorang taknak bagi saya lesen kereta".

Ok.Bukan salah diorang pun sebenarnya.Gua bawak tak ikut skema pemanduan yang ditetapkan.Masuk simpang tak tengok kiri kanan.Papan tanda stop gua langgar.Tukar lane tak bagi signal.Macam budak2 yang noob yang baru nak bawak kete je... padahal kat Malaysia gua dah ade dah lesen.Sekali test sahaja dengan JPJ.Lepas.

Nasib baik kos pengambilan lesen kereta di sini murah.8 dollar sahaja.Kalau di convertkan ke RM dalam 24 ringgit.Itupun kalau lepas.Kalau tak lepas 'takdak weyh duit keluaq' bak kate orang kedah.Ini kalau kat Malaysia boleh nazak beb gua nak bayar duit repeat test JPJ sampai 6 kali.Mahal!!.Sudahnye main scooter jelah gua dengan budak2 kecik yang lain.


tweet: Bile dah murah kite amek remeh je benda tu#somalaysian.

**********
Suatu pagi yang damai..tengah2 gua asyik melayan drama korea My Girl...gua dikejutkan dengan pekikan suara mak gua daripada dapur

"Mat!!! Mak nak pegi merewang kat rumah Mak Uda Sofiah kejap lagi.Kau nak ikut tak?!!!"

"Rewang untuk ape mak?!" Gua jerit balik sebab kedudukan bilik gua yang jauh terpencil di tingkat dua membuatkan bahasa komunikasi edisi menjerit memang harus diguna pakai.

"Kenduri kahwin!!!"

"Nak.nak ikut!!!" jawab gua pantas.Kenduri kahwin beb.Banyak awek cun.

10 minit selepas tu gua bersiap lengkap dengan seluar jeans kaler biru lusuh dengan baju berkolar warna kelabu.Di badan gua sembur sedikit perfume gatsby perisa lime green kasik harum skit bau badan gua.Sebelum beredar daripada bilik gua calet sedikit wax dan gua sapukan ke rambut dengan cermat.Ok dah.Hensem.

********
Di dalam kereta BMW milik abang gua...

"Boleh kau bawak ni?"

"Takdehallah mak.boleh je" walaupun di hati ini gua rase gugup.Baru tiga hari dapat lesen bhai.Shumacher lepas dapat lesen kete dulu pun tak terus bawak ferrari.Gua sekarang ni nak bawak BMW nih.fuhhh...ketar lutut bhai..ketarrrrr.kang tergores sikit kang boleh menang.ummph...I mean mampus aku!

Enjin kereta dihidupkan dan dengan muke yang bajet cool dan steady gua check satu2 equipment kereta sepertimana yang gua buat semase test JPJ tempoh hari.Seat gua...CHECK.Rear mirror...CHECK.Side mirror CHECK.Wiper CHECK.Mak dah ready belum? Ok CHECK.nampak macam dah ready je tu...dari tadi dok usha je jam tangan die macam suruh gua lekas gerak.

Bismillahirrahmanirrahim.

'VROOM'.

45 minit selepas itu kami pun tiba di rumah Mak Uda Sofiah dengan selamat.

Happy Ending.

p/s: Tu die dua minggu punyer benda nak tulis.
------------------------------------------------------------------------------
New song update!

Ungu & Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah
Dygta-Cinta Tanpa Kata

20 comments:

IMANSHAH

awat murah bebenor..24 hengget..berbanding malaysia..boleh botak wo

Un Phat Lee

imanshah: tulah.murahkan.

yanamib

murah gilerr nk buat lesen kt sana..tp btol gak ayt ko, klu murah org blaja pn sambil lewa #somalaysian =)

LynnAiza

hahahha.adesss,6 kali ye.anda hebat.hahah. *gelak.sopan.dalam.hati

tapi seriusss MURAH GILAAAAA.fail byk kali pon takpe cmni..hahhaa

Kik0 ♥ QiLaH

hye adek ipar.






kehkeh

Un Phat Lee

namakulynn: sampai hati lu.huk2...

nuraqilah: adik ipar? Sape tu?

Anonymous

sistem test jpj dorang same tak macam kite?

anys-ann.

ehh ada kat Msia ke?

Un Phat Lee

n!da:same je.Cume bayaran die super murah.

anyss-ann:eh takdelah.masih disini.

lady-D

patutla susah bebenor nak lulus, doploh empat henggit je kene bayar..murah tak patut..aku baca part ko bwk bmw tu ingatkan ada bnda buruk terjadi, wat suspen jer..

ILA HonEyBuNNy

murahhhnya...

nak ambil banyak kali pun boleh kan...hahhaa

Syida Shu

Murah gila license diaa ! Malaysia 700 baru dapat lesen kereta. Tak termasuk kalau fail sana sini.

rahsiahati

hehe..phatlee..phatlee...=D

Asyila Zainuddin

best la kalo murah2 gitu kn.. ngee.. tak pass,boley amek byk2 kli dgn senang ati.. :)

Fairuz Zainal

gile murah. kalau gitu nak amek lesen kat sane jelah. hahaha

Unknown

mak aii..murahnyeee..camt ak nk amek test kt sane lah. haha

cik helena

ingat eksiden td.hahaha

murah gila oi!

Mashe

eh.. da balik msia? ada bawak balik salji tak?

gua punya driving tak tau pass ke tak. tengah amek..

Diyana

Murah eh,tahniah lerr dapat lesen

45 minit baru sampai,aku blur ni,laju ke lambat tu.

Salam Ramadhan

Ada Sya

bestlah crt ni.. :)

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates