Saturday, January 29, 2011

Love story...

Saturday, January 29, 2011 29
Gua pernah cerita tak kisah cinta gua kat sini? tak pernah lagi kan? okay arini gua nak reveal satu...hoho.Gua pun tak tahu ape yang buat gua rase nak cerita benda nih.korang bace jelah...haha.

Ni mase gua form 3 tak silap...tahun tu gua dapat jadi prefect...memang terbaiklah.Sebab ape terbaik...sebab kan biasa kalau ade buat spotcheck handset pertama yang selamat dulu adalah handset saper? Prefek kan? Salah tu...first sekali handset warden...yang kedua baru prefect.haha.So...tahun tu gua bawak handset gua pegi sekolah.

Satu hari tu gua dapat satu nombor unknown daripada sorang yang gua tak kenal sama ade lelaki ataupun perempuan mahupun pondan.Gua ingat lagi first mesej die...

'Awak ade call saye ke tadi?'

Ceh.buat2 tanya konon.Tapi takpe.gua kasik chan.gua layan jugaklah mesej die...

p/s: cerita tergantung...takut ramai yang baca sambungannya nanti blurr.

kah kah kah.
----------------------------------------------------------------
New song update!

Lagu baru daripada Melly Goeslaw dan Irwansyah bertajuk Love Story.
Nak download klik sini.

Thursday, January 27, 2011

Entry wangi punya harini...gua janji

Thursday, January 27, 2011 35
Hooo...seminggu dah tak update.Satu pencapaian yang terbaik buat gua.haha.Malas.. serious gua malas nak update blog sekarang nih.Kerja bertimbun-timbun.Hari ni dapat satu assignment..esok tambah lagi.hahadoi.Kerja bukan sikit mau senang macam baca abc...susah beb.Subjek2 engineering gua sem ni semua stok nak payah2.haih.Jadi kepada adik2 yang nak amek course engineering....satu nasihat gua...balun je.Buat assignment...baca buku...datang exam...solat cukup...solat hajat..insyaAllah anda akan berjaya. *Tu dia....gene imam muda datang balik nih.hahaha.

Entry stokin busuk...giler lame bertahan kat blog gua nih.Orang yang datang...mesti expect gua ni pengotor la hape.Jadi sebagai back up kepada entry busuk tu...gua letaklah gambar ni

Ni mase birthday member gua aritu...gua ingat nak main lagu birthday untuk die...tapi last2 lagu ayat2 cinta yang keluar.itu pun gua main tak habis.Gua lupe chord die.damn betul.tulah dah lame tak main.

Dengan ini gua rase segala pandangan negatif korang terhadap gua telah pun luput.

kah kah kah....
-------------------------------------------------
New Song update!
Lagu baru daripada Mahkota bertajuk Aku Atau Dia

Nak download klik sini.

Wednesday, January 19, 2011

Jika dicelup...boleh jadi teh 'o'

Wednesday, January 19, 2011 49
Mase main bola dengan member2 gua tadi...

"Pejoe...oh pejoe..."
"Pejoe..."
"Weyh....tolong aku dowh....kaki aku krem"

Sepantas Cristiano ronaldo men'dribble' bola...Pejoe laju2 lari kearah gua dan tanpa disuruh beliau terus menekan hujung jari kaki gua....
Thanx dude.
Tanpa adanya ayam masakan ayam KFC itu wujud. *tetiba

"Bukak kasut...kasik udara sikit kat kaki tu", kata seorang mat salleh yang turut berada di tempat kejadian. *Gua translate balik die cakap dalam BM.

Gua pun bukaklah kasut....

Pejoe dengan baik hatinye terus menekan kaki gua...

Gua serba salah.

Dah sebulan gua tak basuh stokin gua tu.ehe.
-------------------------------------------------------------
New song update
Lagu baru daripada Rajawali bertajuk Aku Punya Kamu
Nak download tekan sini.

Sunday, January 16, 2011

Andaikata Facebook Ditutup

Sunday, January 16, 2011 57
Baru2 ini...satu dunia dikejutkan dengan berita Facebook akan ditutup pada 15 March tahun...haa itu gua tak sure bile...adakah tahun ini...tahun rabbit...ataupun tahun depan...tahun naga.Gua rase mungkin tahun ni...pasal rabbit lagi comel daripada naga. *apakah?


Tapi itu sekadar spekulasi sahaja.Tak pasti lagi kebenarannya.Orang kate ini hanyalah sekadar lawak serious dibuat oleh Mark Zuckenberg.Lawak ke?
Entahlah....gua tak rase peladang2 di Farmville dan pemburu2 tikus di Mouse Hunt akan tergelak bile mendengar berita ini.Penat beb bercucuk tanam and tangkap tikus.Walaupun gua tak main game2 ni semua tapi gua paham....
Bercucuk tanam tak semudah menanam mayat kucing yang mati...dan menangkap tikus tak semudah yang kita lihat Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia menangkap bola.
Gua rase Zuckenberg kene stop baca playboy mulai sekarang dan study balik majalah gila2 ataupun majalah ujang untuk hasilkan lawak yang lebih berkualiti.

Oleh itu...sebagai kesinambungan kepada tajuk gua diatas....sila teruskan membaca entry ini.....

Kenapa Brad Pitt tak kahwin2 lagi?

Sebab ade orang yang ketiga

Kenapa The rock tidak lagi beraksi di WWF?

Sebab dia takut dengan mamat ni...

Kenapa blog ni dah jarang berupdate sekarang ni?

sebab....Obama perlukan gua sekarang ni.he he he

Andaikata facebook ditutup?
Gambar2 gua kat facebook...semuanya akan dipindahkan di sini. *Tiga gambar yang gua letakkan kat sini adalah antaranya....

Takpe kan?hihihi.
-------------------------------------------------------------------------------
New song update!

Sebuah lagu baru daripada Mahkota bertajuk Dimana Pacarku
Untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini

Tuesday, January 11, 2011

Siti Nurhaliza juara sebenar Anugerah Juara Lagu 25

Tuesday, January 11, 2011 46
Tadi...gua baru je dapat tengok AJL tu kat tonton.com.
Wah....saper pemenang tu...Ana Sabrina ke Ana Rafali? Gua dah lupe.Damn
Tahniah kepada beliau.Sekali masuk terus menang...perrrrhh.Power beb.Tapi kemenangan beliau gua dengar penuh dengan kontroversi.Haih...kesian pulak gua rase.Dah menang pun...orang masih lagi pertikaikan.Emm...

Kepada peminat2 Ana Rafali...macam inilah explanation gua untuk korang...nak bagi korang sedap hati sikit.Kalau gua masuk AJL...pastu tetiba menang...mesti kontroversi satu Malaysia betul tak? inikan pula Ana Rafali.  *amacam rase lega tak?

Ape2 pun....persembahan Siti Nurhaliza di penghujung rancangan tetap di hati...walaupun sakit tekak.Beliau perform tetap best.Bagi gua...beliaulah juara pada malam tersebut.hihihi...

Saturday, January 8, 2011

Lisa Surihani belanja gua nasi kerabu

Saturday, January 8, 2011 50
Tadi gua pegi birthday party anak satu family kat sini.
Perrrgghhh....
Cube korang teka ape gua jumpa kat sane...
Lisa Surihani? Tak2...cube lagi...cube lagi.Hampir nak betul dah jawapan tu.
Lisa? Tak gak.
Surihani? Bukan2.
Irine Nadia? Lagilah bukan.
Takpelah2...biar jelah gua bagi jawapan terus kat sini.Kalau gua jadi korang pun gua malas nak fikir.hehe.
Jawapannya ialah nasi kerabu. *apekah?

Lepas gua kasi chan budak2 perempuan makan dulu...sepantas brother Ben Asshaari menulis entrynya...gua meluru ke tempat mengambil makanan.Gua amek banyak2 nasi kerabu.Yelah bukan senang beb nak dapat nasi kerabu kat sini...dahlah tahun ni gua confirm tak balik Malaysia. *homesick pulak tetiba.arrrggghh

Lepas tiga kali gua tambah nasi kerabu...gua berehat sekejap.Sambil berehat...gua layan sepinggan speghetti dan se'slice' pizza. Dah abis makan semua ade sorang abang Phd tanye kat gua...
"Phatlee abang rase perut ko ni makin membesar betul ke...ke abang sorang je yang perasan?"
"Errr.....yeke bang? Saya (Ceh... 'saya' beb) tak kahwin lagi macam nak mengandung?" *gua sajer buat lawak tapi abang tu tak gelak.damn.

Balik je rumah tadi...gua gi bilik air...main 'Saidina' kat situ jap.Buat pelaburan...bayar zakat... *korang paham tak ni?
Lepas tu gua cari alat penimbang...gua timbang berat badan gua....
Naik 3.5 kg.
Owhh....patutlah....
Patutlah beberapa hari ni gua rase lain macam je...
Rupenye badan gua makin tough sekarang.

yeahhehe.....
-------------------------------------------------
New song update!
Lagu baru daripada Melly Goeslow bertajuk Yuk Kita Jadian *tu dia...memang indon benar tajuk lagunya...

Untuk mendownload lagu ini
Sila klik di sini

Wednesday, January 5, 2011

Menang BMW 5series selepas berazam tahun baru

Wednesday, January 5, 2011 59
Alhamdulillah...dah selamat sampai rumah.
Lepas ni gua boleh tidur puas2 di tilam sendiri.tak perlu lagi sakit2 badan tidur kat dalam kereta dan berhabis duit menginap di motel.
Ape2 pun roadtrip gua buat julung2 kalinya di us ini memang 'awesome' seperti kata orang putih dan 'terbaik' seperti nama tempat di Pahang, 'Janda Baik'  *apekah?

Selamat tahun baru semua.salam perpaduan.salam satu Malaysia.
Salam tangan mak lu sekarang sambil berkata: "azam tahun baru saya nak dapat tempat terakhir dalam kelas..."
insyaAllah esok mak lu bawak lu gi jumpa ustaz.buat air doa...

Excited ke korang semua melangkah ke tahun baru ni?excited macam lu orang tengok bunga2 api meletup mase countdown haritu? Ke korang lepak sajer di rumah melihat gambar bunga cinta lestari kat google sambil medengar lagu bunga2 cinta di youtube? *aku merepek lagi.damn


Tahun baru...semangat baru...azam pun mesti baru.
Untuk tahun 2011 ni...gua ade 3 azam baru.
Ya 3 sahaja.Pasang azam banyak2 tapi satu pun tak menjadi baik tak usah betul tak?
Macam beli makanan untuk berbuka puasa jugak.Beli makanan2 banyak2 tapi akhirnya tak makan...adalah suatu pembaziran. * ade kaitan ke?

Azam pertama gua...gua nak memahirkan diri memasak.Taip2 hari makan maggi kari membuatkan gua terfikir...kan bagus kalau gua sendiri reti masak kari.Kandungan MSG yang terdapat dalam maggi disahkan tidak baik untuk otak dan dikatakan juga mampu mengubah rambut lurus seseorang kepada rambut kerinting.Jadi adakah anda sudah bosan berambut lurus? Makanlah maggi banyak2 yek.ehe...

Dua...gua ingat gua nak start cari calon menantu untuk mak gua tahun ni....bukan untuk adik beradik gua...tapi untuk...  ehe. *muka malu2.
Ade sesiapa sini yang masih single? Silalah promote diri anda di mana2 Kelab badminton berhampiran...dapat sorang lagi yang single..boleh bergabung tenaga main double.Percayalah...main double tak sepancit main single.

Ketiga....gua nak menang blog pilihan malaysia untuk tahun 2011.boleh ke? Blog gua dahlah bising dengan lagu2 indo...update blog pun tak consisten...isi blog pun merapu lagi tiada informasi.Ade chan ke?
Boleh kot.Kena optimis.Benarkan dalam hati..mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. *ini bukan maksud iman ke?

gua dah bagitau gua punyer azam.
anda pula bagaimana?

p/s: giler tak boleh blah tajuk gua.

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates