Friday, August 2, 2013

Cabaran masa hadapan

Friday, August 2, 2013 2
"Mat.Tolong check waktu berbuka puasa pukul berapa" kata mak.

Gua google waktu solat johor dan mendapati waktu berbuka puasa masih lagi sama seperti hari2 yang sebelumnya 7.19pm.Masanya belum pernah lagi berubah dari hari yang pertama.

"Pukul 7.20pm mak" Gua tambah seminit.Kasik afdhal sikit. Baru confident nak bukak tanpa rasa was2.

************
ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR

Azan berkumandang tanda masuknya waktu berbuka puasa. Ya memang useless gua check waktu berbuka tadi. Last2 bukak berpandukan azan jugak.

Macam biasa gua minum air dulu sebagai mukadimah dan kemudian muntahkedarah. Mak masak lauk faveret hari ini: Ayam Masak merah dan beberapa side dish yang lain. Semua orang menjamah masakan mak kecuali seorang: Afiq. Anak sedara gua.

"Mok.Diet ke mok?" ujar gua sambil tergelak. 

"Sukatila afiq nak makan ape" sahut Afiq. Bengang. Tetiap hari kene bahan dengan gua.

"Takyahla diet mok. Sedap kot ayam masak merah mak".

"Ape gemok2. Tengoklah Afiq dah besar nanti kurus.Chu gemok."

"Ok kite tengok 10 tahun lagi macam mane" cabar gua sambil tersengih puas menyakat.

p/s: sekarang gua sedar kenapa kakak gua suke sakat gua mase kecik2 dulu.

Thursday, July 25, 2013

Rezeki ramadhan

Thursday, July 25, 2013 5
Alhamdulillah. Sudah 15 hari berpuasa. Tinggal lagi 50 percent lagi dan rayaaaaa. Berpuasa di Malaysia tersangatlah mudah bagi gua kerana waktu berbukanya yang awal. Di US dulu subuh 4.30am dan berbuka 8.45pm. Sangat2 lah mencabar. Sini kadang2 tido bangun2 tau2 dah bukak. Tu dia punya makruh. Adik2 semua jangan ikut abang. Abang insomnia sikit beberapa hari ni disebabkan oleh beberapa interview invitation yang abang terima. Study sikit supaya boleh jawab soalan dengan baik.

First interview gua adalah bersama dengan Dyson. Dua minggu lepas gua pergi. Interviewnya agak mencabar sikit sebab banyak assessment yang gua kene amek. 1 English essay dan 3 technical test paper. Then 1st interview dengan senior engineer. Soalan2 beliau memang mostly technical dan nasib baiklah gua dah study sikit sebelum tu. Lepas sejam menunggu, diberitahu gua lepas ke 2nd interview dan pada kali ini gua di interview oleh manager die pulak, seorang lelaki British. Interview ini agak rileks dan interviewer ini jugak agak friendly. Die bagitau ape yang gua akan buat kalau gua join company tu dan detail2 lain pasal company tu. Since gua rasa selesa sangat dengan interviewer ni gua rase macam gua borak2 biasa je dengan die.Next weeknya(minggu lepas) gua terima offer untuk berkerja dengan company nih. Gua mintak die bagi mase seminggu dekat gua untuk buat keputusan sebab pada hari isnin minggu berikutnya gua ade interview dengan Perodua pulak di rawang.

Tak pernah expect nak join automotive industry nih. Tapi sebab dah dapat en interview so gua pergi jugaklah ke Rawang tu. Dekat interview ni first sekali gua kene amek personality test then 1st interview dengan HR die. Soalan2 die soalan2 biase je. Dan interviewer tu kata kalau lepas 1st interview esoknye die call. Alhamdulillah gua lepas dan dijemput ke 2nd interview pada hari jumaat minggu yang same.

Malam lepas 1st interview dengan Perodua, gua balik terus ke Jb sebab memang tak expect nak stay KL lame2. Then pada hari selasa esoknya dapat panggilan daripada Technip Asiaflex di Pasir Gudang pulak untuk diinterview pada hari rabu keesokan harinya. Gua diberi job description pasal position yang ditawarkan dan gua macam tak berapa minat dengan scope kerja itu. Tapi gua pergi jugakla interview untuk mendapatkan lebih penjelasan lagi dan turn out gua memang tak interested dengan job ini. So interviewer tu cakap kalo gua interested please give them a call. Tapi tak perlu kot nak call. Time interview tu lagi gua dah tunjukkan yang gua tak berminat dengan job tu. Nak lah pulak dorang hired someone macam gua nih.The best thing about job ni adalah gaji die lagi besar berbanding dengan 2 job yang lain. Tapi tulah orang kate kalo tak berminat nak buat ape paksa diri? Kita kerja bukan sehari.

Gua dah berpikir panjang dan buat solat istikharah semua so hari ni gua buat keputusan untuk terima berkerja dengan Dyson. Gua dah pun call HR Dyson untuk acceptance dan dah pun emel Perodua untuk decline interview invitation. Semoga Allah redha dengan keputusan gua ini. Amin.

Friday, June 14, 2013

No way to escape

Friday, June 14, 2013 1
Gua tengah tonton cerita 321 cinta di astro ria dengan anak sedara gua afiq. Ketika iklan sedang berlangsung....

"Afiq..urut chu meh"

" Asik urut je..malam kasik afiq rehatlah pulak" balas Afiq lalu bergegas masuk ke dalam bilik nak mengelak daripada termakan pujuk rayu gua.

Pada masa yang same jelas kedengaran suara mak gua yang sedang berbaring di dalam bilik tersebut...

"Haa afiq.meh sini garu belakang mak tok meh".


Wednesday, May 1, 2013

Mama..mak..mummy..mamak

Wednesday, May 1, 2013 1
So tinggal sebulan lebih lagi untuk balik. Tiket flight pun dah confirm. Gua terpaksa naik Ketey (Cathay) jugak akhirnya. Mula2 gua dapat MAS. Pastu kene tukar ke Ketey. Then gua mintak tukar balik MAS sebab yelah...tiket balik ni di sponsor...ofkoses la gua nak naik flight yang best. Tapi disebabkan tiket MAS mahal dan terlebih bajet daripada JPA tetapkan terpaksa la gua naik ketey jugak. Ketey...pun ketey la janji rock!

Gua sekarang ni dah start training sebut nama 'MAMAK' jelas2. Almaklumlah da tiga tahun tak balik kan...tumpul sudah sebutan bahasa melayu gua nih (bajet duk sini speaking 24 jam sehari je.bluekk).

Training 1

"Mama...teh o ais onne satu!"
Awie: Der...onne tu dah maksud die satu..takpayahlah nak sebut satu lagi.Repetition in one sentence.Salah grammar tu salah. INI SEMUA POYO!

Training 2

"Mak...nak teh o satu"
Mamak: You panggil siapa? Mak kamu tada sini. Roti nan cheese adala.

Training 3

"Mummy...teh o ais satu"
Mamak: Bila masa saya mak kamu?

p/s: nampaknye gua kene lipat ganda kan lagi training gua.

Friday, April 12, 2013

Seuntai kata untuk dirasa

Friday, April 12, 2013 1
Gua godek2 youtube...gua terbukak video ABPBH. Gua ingatkan tu ABPBH tahun lepas rupe-rupenye tahun ni punya.Nampak tak efek duduk luar negara ni macam mane? Cerita kat negara sendiri agak susah nak tahu. Ke salah gua yang tak selalu bukak news malaysia ni? (mungkinlah)  Tapi dah asik dok kuar cerita ahli politik berporno-porno je mane tak hilang interest gua nak baca berita macamtu. Kalo maria ozawa sendiri baca confirm die kutuk "tahu tak memfitnah orang berporno lagi besar dosanya dari membuat porno itu sendiri?"

So..sekarang dah bulan 4. Tinggal sebulan lagi untuk graduasi dan tinggal dua bulan lagi untuk gua balik Malaysia. Tak sabar rasenye balik Malaysia nih alkmaklumlah dah tiga tahun tak balik noq. Gua rase curious... apakah handphone tercanggih orang Malaysia pakai sekarang? Adakah mak gua sudah beripad-ipad sekarang? dan adakah stokin adidas yang gua selitkan dekat celah gerobok kakak gua masih lagi tak berbasuh? Seribu satu persoalan berlegar-legar di ruang fikiran gua..

Dan sekarang gua melalui satu fasa baru iaitu fasa mencari kerja. Dulu sekolah objektif hidup untuk dapatkan straight A's PMR....SPM....dapat scholar...fly sumer. Dah kat university...aim untuk dapatkan pointer yang baik dan sikalang...Manja oh manjaa.(iklan 1 second) Sambung balik...gua aim untuk dapatkan kerja.Harap-harap gua dapatlah kerja dalam bidang yang gua belajar ni. Kita tengok macam mane. Kalo buatnye gua menganggur lebih setahun...gua rase gua nak menceburi bidang lakonan.

Wednesday, January 23, 2013

brake ski

Wednesday, January 23, 2013 8
Last week, I went skiing with my friends at Boone. 20 minutes from my house which is not too far. Megat, my housemate even said

"Ni kene pegi at least tiga empat kali ni winter nih"

So far he only went there once but Akmal who always smiling whenever I see him have already went there twice or maybe thrice. Not sure though. *random

Since last winter (last year), that was my second time there and I almost forgot how to ski so I went to the beginner's place. While I was there, the instructor taught me how to brake when going down the slope. The position is exactly the same as we 'tahan kecing'. Stand straight and legs bend inward.

"You got it sir?" asked the instructor to me.

"Yes. No problem. I often do this since my childhood"

Amek gambar je. Gua tak main pon snowboard.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates