Tuesday, July 17, 2012

Tragedi 15 July di Ames, Iowa

Tuesday, July 17, 2012
Mase tu pukul 10.30 pagi tak silap gua. Kalo gua silap..probably 9.30 pagi kot. tak pun 8.30 pagi. Tak kesahlah pukul berapa janji yang setengah tu gua kompem betul. Tetengah mereban atas katil.gua terdengar suare rumate gua yang sayup2 kedengaran...

"Hah? Ko biar betul Bean! Serius ke rumah ko terbakar? Betul? Bile terbakar? blablabla...."

"Ok2 ak datang sane sekarang."

Mendengar perkataan 'rumah terbakar' buat gua tersentak sekejap.Gua rase curious. "Nak pi tengoklah cani.curiga tau aku." Last time gua rase curiga adalah mase Lisa Surihani dikobarkan nak kawen dengan Yusry. Gua ingat tu khabar angin je.last2 betul jadi. sobs. So...gua pikir kes rumah member gua terbakar ni betullah pun jugak jadi.

**************************

Jalan ke apartment tersebut tutup. So kitorang parking kereta kt kawasan berhampiran dan berjalan kaki dari situ. Asap banyak. "berjerebu" bak kate orang Johor ataupun "I can't see you" bak kate orang putih. =.= Bebudak bomba masih lagi berusaha memancutkan air untuk memadamkan api. Gua rase kagum. Seumur hidup gua tak pernah lagi gua tengok bomba padam api secara live. Dulu sekolah asyik tengok demonstrasi padamkan api kt dalam tong minyak je. At least bakarlah makmal KH ke...bilik pengetua ke baru betul kan? hak3 (ok aku gurau =.=) .

Rilex je ha brader bomba ni padam api.Siap leh duduk lagi. Ni gua rase kalo pi dekat2 leh nampak frappe caramel ngan big mac ni kt depan die =.= (pic credit to Hajar)

(pic credit to Ames Tribune)

(pic credit to Ames Tribune)

Amet.mengenangkan nasib bebarang ditelan api. (pic credit to Ames Tribune)

Antara mangsa2 yang lain. (pic credit to Ames Tribune)

*************************

Kesan daripada kejadian ini.... 17 orang member2 gua.Malaysian semuanya kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Syukur Alhamdulillah. Itu lagi penting sebenarnya. Bak kate pepatah.... "PS3,COD (call of duty), rumah bagai boleh dibeli...nyawa kita hanyalah satu.

Antara liputan2 daripada media tentang peristiwa ini

MHI, Radio RTM

Front page paper New Straits Times dan berita harian. Femes dah haa member2 aku.haha (pic credit to Helmi Zulkifli)

p/s: harini takdak lagu.pasal aku pun berkabung.

7 comments:

Puteri Iqa Izyan

wahhh. kat tempat lu eh? smlm tgk kat tv3.

patut la rase mcm pnh kenal je iowa tu. >_<

btw, bykkan bersabar :)

Ca Cik Duyung

ca pon xpernah tgok abg2 bomba padamkn api life..jakun jap..hehe

papepon tu semua dugaan...

lynnaiza

seriusss semalam masa tengok berita ni kat tv,terus teringat kau.takziah utk mangsa2.cane diorg skrg?dah dpt tmpt tggl baru?dgr citer semua barang burn habis.tapi takpe la.asalkan selamat semua.barang2 boleh dicariganti.;p

eimah siti

ingatkan main2...sbb tgk gambar siap edit bagai...hee...sorry ye tuan punya blog.....cik siti balas kunjungan....=) http://eimah2328.blogspot.com

Ema

masa terbaca news ni terus teringat kat phatlee, pasal tmpat dia kat Ames Iowa kan. hehe.

btw, apasal pulak 15 September punya tragedi ni. keke. apa ni phatlee.....

FairuZainal

same dengan aku.aku pun tak pernah lagi tengok bomba padam api secara live -.-

airazulaikha

lama dah entry ni.. tak update pun.. bz eak..
lama tak singgah sini :))

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates