Wednesday, June 6, 2012

Undelicious Pancake

Wednesday, June 6, 2012
Disebabkan peristiwa tempoh hari. Gua berazam untuk berjiimat cermat. No more panda express, no more subway, no more gyro dinner, no more frappe caramel twice a week etc. Nak bayar saman lah katekan. Tak bayar kang...gua pecah tradisi keluarga pulak satu2 nye anak Osman yang masuk penjara. Bukan sekadar penjara biasa beb.Penjara US lagi. Dah lah bapak gua dulu polis..pakcik gua pulak sekarang orang besar kat bukit aman. Memang memalukan satu family.Haddui.

***********************************

"Kruuukkk....kruuuuukkk" bunyi perut gua berbunyi bukan bunyi orang berdengkur ok. La ni baru gua perasan bunyi orang yang berdengkur ngan bunyi perut lapar tak jauh beza. Lapar. Gua pikir nak makan luar. Tapi beli teringatkan duit saman aritu gua batalkan sahaja niat gua:

"Nawaitu saumaghadin...no makan luar...kerana nak bayar duit saman" (keh3.)

Gua check gerobok makun gua. Ade sebungkus lagi maggi tomyam. Gua bukak peti ais...Ade lapan biji telur lagi dan gua terfikir nak buat maggi tomyam telur. "Emm muak lah pulak" kate gua sendirian. Saki baki rase maggi tomyam semalam masih lagi melekat di celah2 kerongkong gua. Tetengah nak tutup pintu peti ais tersebut gua ternampak sekotak tepung pancake. 'Power Hungry complete buttermilk pancake and walffle mix'. "Huh.boleh jugak nih. Dulu rase megat buat macam sedap". 

Gua pun baca instruction membuat pancake di belakang kotak. Pendek kate nak buat pancake tu senang je. Campur satu cawan tepung dengan 3/4 cawan air. Kacau hingga sebati semuanya. Panaskan pan. Dan tuang. Senang bukan? Tetiba gua rase ramuan tu macam tak cukup. Gua macam pernah nampak Megat dulu buat die letak telur. Jadi gua pun memandai campurkan sebiji telur bersama ramuan tadi.

*************************************

Pan dah panas. Jadi gua pun tuangkan adunan tadi ke atas pan. Gua cube nak jadikan bentuk pancake gua bulat tapi bentuk hexagon pulak yang jadi.hahah.Adoi. Gua check tahap ketebalan pancake gua nih. Nipis. "Tak layanlah nanti" fikir gua. So dengan rakusnye..gua tuang semua adunan tadi ke atas pan. Tanpa disengajakan bentuk pancake gua transform menjadi bulat (die ikut shape pan). "Wahaha. Lawa dan nampak sedap.Arrggggh. Ni saper2 nak pau memang tak dapatlah. Aku nak makan sengsorang.hahaha" 

beberapa minit kemudian terhasillah....

Dah macam telur dadar dah pancake aku nih.Dem. Kalau letak sos ni semua orang boleh tertipu.huhu

************************

"Asri...oh Asri...."

"haaah kenapa?"

"Tak aku ade buat pancake ni haa. Kalau ko nak makan ko amek jelah atas meja.Nak habiskan pun takpe" 

p/s: tak sedap.dem (T.T)
------------------------------------------------------------------------------

New Song update


16 comments:

Unknown

Semoga dapat bayar sama secepat mungkin hehehehe

lady in braces

bayar lah saman tu cpat, nnti dpt lah mkn sdap2 smula :D

Nyamuk Terbang

haa'a mcm telur dadar..haha..[i byar sman cpt

p/s:: bkn ketupat la..tpi daun buat ketupat

Nyamuk Terbang

haa'a mcm telur dadar..haha..[i byar sman cpt

p/s:: bkn ketupat la..tpi daun buat ketupat

roziahojijie

Fuyoo .. dpt mkn penkek segere . Nyum nyum :)

Nemo

hahaha punya dahsyat cerita ni...dasat! hahahahahha

Puteri Iqa Izyan

tengok gambar pun dah tau tak sedap. muahahahahaha

~Sal Ismail~

xpe xpe..bley cuba lagi lenkali..lepas ni mesti menjadi..hehe~ ;p

SukaHatiAkulah

hahaha..kiut penkek lu..dah boleh buat makan ngan nasik! nyum3~ huhuhu

LynnAiza

HAHAHHAHAH.
adehh.terhiburrr semenet dua.

syukurrlaa ada penkek tuu.boleh tampung kehidupan sampai saat dan tika ini.puasa penuh la ramadhan pon okay gak ni. :P:P

Zu

kalau tak bgtau tu pancake, i will call it telur dadar. LOL

E'in

aah laa mcm telur dadar.. hehe

Judh

try n error . hehe :D

Hanie Dew

byk bebenor ke saman ko sampai kene ikat perut.

huwaaa..aku da lama xdpt mkn megi.
pencake ko tak sedap baru teringat member, td kata sapa nak pau xdpt.. hahhaa..

yanamib

agak dh xsedp..sukatiiii je campur telur..hahahaha mengong~ =.=

Ca Ezah

boleh cuba lagi ye..hehe

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates