Wednesday, May 30, 2012

Babai smartphone

Wednesday, May 30, 2012
"Kroooooook kruuuuk.Krooookk kruuuuk..." Lokman dan Daniel berdengkur. Gua yang tengah memandu toleh sedikit kebelakang sambil menggeleng-geleng kan kepala. "Mak aih diorang nih. Cover2 lah sikit..." Dalam pada ketika itu gua perasan cuaca sekeliling makin lame makin cerah. Pukul 5 pagi...gelap malam mula cerah sikit dan pada pukul 5.20 pagi cerah die dah macam siang betul. Inilah die keunikan musim panas.Dulu mase sekolah dok dengar je cikgu Asmaniza bercerita mase kelas Geografi. La ni..gua dah tengok dengan mata kepala gua sendiri gua rase ianya sangat stylo (jadah?).  "Subhanallah...kuasa tuhan" kata gua sengsorang kagum manakala empat lagi penumpang yang lain masih lagi lena dibuai mimpi. Grrr.

Rase boring sebab gua tak tau nak buat ape lagi time tu. Jalan kat depan lurus je....lagilah bertambah boring gua...takde nak main belok2. Jadi gua pun tekan pedal minyak kuat2...saje nak buat rekod peribadi. Kat Malaysia gua bawak kereta kancil berapa lajulah sangat gua boleh bawak. Nak masuk 100 kilometer per hour pun kancil tu dah menggigil sejuk. Kalau disarungkan sweater kat kancil tu gua rase boleh lah kot bawak laju sikit. =.=   . Nak lagi laju...sarungkan winter jacket mungkin? haaa. Gua dah terlebih suda.hahah. So paling laju gua bawak time tu adalah 112 miles per hours.(Kereta yang gua pandu adalah KIA Spectra)

********************************
Tinggal 1 jam 14 minit lagi masa perjalanan. Gua tak sabar nak cepat sampai Ames. Nak relaks cepat. Nanti boleh study algebra dengan religion pasal esok dua2 subjek ni gua ade exam. Tapi memandangkan gua dah nak masuk area Des  Moines, ibu negeri Iowa...gua rase better gua slow down sikit jadi gua pun stop press minyak..dan gua tak brek pasal mengikut pendapat pembawa-pembawa kereta yang pro kalo nak slowdown release je pedal minyak. Pakai brek tak cool lah bro. So kereta gua pun meluncur laju sambil speed kereta turun secara  berperingkat. 105....103...98...95...92. (speed limit disitu: 70)

"Eh eh.tu bukan polis ke?". Ade sebiji kereta sedang berparking leklok di bahagian tengah jalan.Gua pandang betul2 kereta tersebut dan tak salah lagi firasat gua...itu kereta polis.

Dem. ( Baru ingat nak beli henset baru (TT) )

Polis tu mengekori gua daripada belakang dan bile die dah rapat dengan gua...die pun pasang lampu raye die tuh. Gua paham akan signal tersebut lalu gua pun berhenti di bahu jalan.
**************************************
"Why so hurry?" tanye polis tersebut kepada gua.

"Errr...errr...I wanna go to restroom".

p/s: huh nampak sangatlah ak menipu.hahaha.



p/s: tetiba rase nak keje.emmmm
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
New song update!

Indah Dewi Pertiwi - Ku tak Berdaya

7 comments:

Puteri Iqa Izyan

pentipu lu ni.

hahaha.

tp better la kan drpd kene saman. kang melayan duit lu. hehe

Un Phat Lee

eh.gua memang kene saman loh.

Ema

abes tu? polis jwb ape?

fairuz

mahal tak kena saman?

fairuz

mahal tak kena saman?

Wani Tralala

haha kesian :P

Un Phat Lee

ema: die senyap je.Die tau gua kelentong.keh3.

fairuz: mahal gaklah adoi.

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates