Monday, August 29, 2011

OMG(Oh Makcik Gowrie) ku terbuat video lagi.

Monday, August 29, 2011 10
Tinggal sehari sajer lagi pastu raye.fuhh.ape khabar ramadhan anda? adakah ia dipenuhi dengan amal ibadat ataupun benda2 yang lagha?...mari muhasabah balik diri kite.Papepun gua nak straight to the point.Selamat hari raye semua.Yang nak drive sendiri ke kampung tu sila drive leklok.Jangan lupe pakai talipinggang keledar.Kalau time2 drive tu ngantuk sila switch dengan orang sebelah anda tanpa perlu stop kat mane2.Ok ni gua sorang je boleh buat.korang jangan ikut.

Buat yang menaiki bas...sila wish orang yang duduk sebelah anda adalah awek2 cun/brother2 hensem.Barulah semangat sikit en perasaan nak balik kampung tu.

Bagi yang berpuasa penuh...sila makan puas2 di hari raya nanti.Buat yang tak penuh...sila pulangkan balik barang shopping anda di kedai2 berkenaan.hak...hak...hak.*dem ini boleh menimbulkan kemarahan para wanita.

Bersempena dengan raye ni gua ade buat satu video.Bukan vlog.tapi vdit.video yang diedit daripada sebuah drama korea.gua buat benda ni main2 je so jangan amek serius sangat okay? Cun.


p/s: gua suke scene ini.mamat ni nyanyi sedap.nyum2.*dem.lapar pulak

Sunday, August 28, 2011

Hari keluarga di bulan puasa

Sunday, August 28, 2011 11
semalam gua dengan housemates gua buat sukaneka untuk family2 kat sini.Aktiviti ini pada awalnya dipikirkan tuk dibuat pada siang.Tapi sebab bulan ramadhan tak habis lagi kitorang buat malam sikit.lepas masuk waktu maghrib.

Jom tengok dulu gambar2 yang sempat gua ambil dengan DSLR gua.*DSLR lah sangat.

aktiviti pertama: hadirin mengambil makanan

aktiviti kedua: abang2 menjamah makanan

aktiviti ketiga: awek2 mengunyah makanan

Kesimpulannya: Ini bukan sukeneka.Ini bukak pose okay?

Majlis ni diadakan berdasarkan permintaan ramai daripada kakak2 graduate.Diorang nak tengok rumah kitorang(gua,ayoot,asri dan megat) kerana mereka mendapat khabar angin bahawa rumah kitorang ni cantek.

"Cantek kew?"

Tak tahulah.Lepas kenyang secara berlebihan dan pabila sixpack gua menjadi one pack gua terus lupe nak  tanye diorang soalan ni.Jadi adakah benar rumah gua cantek? Gua takde jawapan die.Tapi yang pasti....siti nurhaliza cantik lagi sampai sekarang.

Akhir kate...kepada memember yang tak dijemput ke majlis berbuka puasa ini....sila berkecik hati.Dah kecik hati dah? Cantek.Nanti raye ade gak point tuk mintak maaf ngan korang.

Monday, August 1, 2011

keranaku kau mati.dem

Monday, August 1, 2011 32
Satu hari tu mase gua kat meja study tetengah nak setelkan projek thermo...gua perasan ade seekor lalat berpusing-pusing mengelilingi gua sebanyak tujuh kali.

projek thermo

'ngeng...ngeng...ngenggg' *bunyi lalat terbang
"Dem punyer lalat.Aku dahlah tengah tension...lu tambah lagi tension gua.Dah syuh...syuh.Pi main jauh2".kata gua kepada lalat tersebut.

'ngeeeenggggg.....ngeeeenggggg.....ngeeeenggggg.....nget.'
 lalat tu tetiba park baik punya depan2 gua.Gua jadi surprised.
"Giler berani lalat ni.Kena sound pun still taknak blah lagi" kata gua dalam hati.

"Ke die ni tak paham bahasa melayu?OK.Fine.Aku buat cara lain pulak."

********

Kali ni gua gune bahasa body pulak.gua stare mate die lame2 lepas tu gua buat eskpresi muke suruh die chow daripada situ.Malangnya kaedah ini juga tidak berhasil.

Gua jadi bengang...
"nget...nget...nget...lu ngeng ngeng" gua cakap kat die dalam bahasa lalat.

translation: lu jangan main2 same gua.Gua lempang lu kang baru lu tau.

Tetiba lalat tu pusing belakang dan tunjuk bontot die kat gua.Dem.Gua tertengok bontot die.



"Eeeee....kotor syial". caci gua.

Tak semena-mena lalat tu terbang ke udara dan hinggap kat cawan yang masih lagi berisi air ditepi gua.Lalu die jalan2 kejap kat situ.Masuk sikit ke dalam cawan.Akhirnya....

"Plupp'
Lalat tu jatuh dalam air.
Innalillah.

p/s: Sorry lalat.Kerana gua keji bontot lu.lu bunuh diri.
----------------------------------------
New song update!

Radja - Kau Adalah Aku
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates