Monday, March 26, 2012

Aku nak beli Apple oi.

Monday, March 26, 2012 13
Sambil duduk di bahagian belakang sekali bilik darjah. Gua mengeluarkan laptop gua dari beg...letakannya di atas meja dan gua log in:

Username: ...phat2
password: (mak ak pun tak tahu.ni nak bagitau korang.harapanlah.haha)

Tepat pukul 11 pagi registration untuk kelas summer akan bermula dan gua taknak register lambat2 takut kelas yang gua nak penuh. Kelas religion 210 sejak akhir2 ni high demand okay. Ramai student nak kelas ni sebab kelas ni senang score dan mase pembelajarannya sangat sekejap.Sebulan jo. 

Kalaulah subjek2 spm kite belajar sebulan je lepas tu exam. Rase2 korang ramai tak fail? Mestilah kan? hak3. Tapi depends lah. Kalau kite amek satu subjek je macam English memang insyaAllah lah kan boleh score. Tapi kalau dah sampai 10 subjek gamaknya...memang longkanglah kot resultnye.haha.

Jadi...(sambung cerita gua tadi) dalam tengah2 gua men'register' kelas. Gua perasan ade beberapa orang student mengusha-usha gua. Ya...gua tau sebab ape. First sebab gua hensem. Memang tak dapat dinafikan lagi. Second sebab bunyi kipas laptop gua ni....BISING. Kalau ade pompuan kentut die takpayahlah risau orang lain dengar ke tak. Memang bunyi kipas laptop gua ni boleh cover bunyi kentut diorang. Bercerita pasal hangin perempuan ni ...korang tau kan bunyi kentut pompuan bising die macam mane? Jadi tak perlulah gua citer kat sini en.haha. 

Segan. Gua pun register kelas gua cepat2. Tutupkan laptop gua laju2. Pastu sorokkan die ke dalam beg gua.

p/s: Tetiba aku rase nak beli Apple. Ade usha jap tadi. Sebijik $1200. Damn2. Kat malaysia jugak murah. Sebijik 30 sen je kat pasar malam Senai.


Friday, March 9, 2012

Interview with Baker Hughes

Friday, March 9, 2012 14
Seperti biasa gua bangun awal arini (yolah tu phatlee...yolaa..)
Bersiap sedia dengan: pen...resume...earphone...henset...log in skype.
Pukul 8 pagi gua ade phone interview dengan Baker Hughes, syarikat oil dan gas.bukan syarikat minyak okay walaupun name die dah nak dekat2 dengan Bakery.Tak bermaksud company ni jual roti.



Tepat jam 8.04am gua terima satu panggilan telipon...
Pasal dah seminggu lebih gua prepare tuk interview nih.Tiap2 hari gua bukak youtube cari tips.Search google cari contoh2 soalan interview. Duk ngadap website company nih berejam-rejam umpama gua menonton runningman...
Maka gua dengan semangat menjawab panggilan tersebut:

Stranger: Hello

Gua: Yeah? This is Phatlee.

Stranger: Phatlee...soalan Dynamics 3/257 ko dapat jawab tak? Tolong aku boleh?

Gua: WTH?

hak3.Okay gua saje buat lawak.Dialog di atas gua reka je.haha.

***************************

Ini yang sebenar-benarnya berlaku...

Interviewer: Hello, I'm from Baker Hughes. I am going to conduct an interview with you for about 30 minutes. So...  :

(antara soalan2 yang ditanyakan kepada gua)

Tell me about your degree.
What is you GPA?
Are you in Iowa right now?
Which countries you are eligible to work...?
What language you fluent to speak and write?

Lepas gua dah jawab soalan2 basic nih. Gua ditanyekan soalan2 yang kalau ditanyakan kepada orang yang  kurang persediaannya...diorang akan menjawab "Dafuq?"

antara soalan-soalannya...

1. Why you apply to Baker Hughes?

Jawapan versi LOL dalam bahasa Melayu:  I dari kecik sampai la ni suka makan ikan bakar. Since I fanatik giler ikan bakar, dan your company pun ade name bakar (baker) tu yang I apply tuh. Lagi satu hal...I dengar baker hughes banyak bapok? Mestilah I nak pegi shanee(sane)...  *hak3...damn2.

2. Give an instance you applied your technical knowledge to somewhere outside your class room, is there any difficulty you face? and how you overcome them?

Jawapan versi LOL dalam bahasa Melayu 2 : Tengah hari semalam I lapar sangat sebab I tak makan dari pagi. So menggunakan knowledge yang I belajar daripada sekolah teknik I dulu (technical knowledge)..kalo lapar sangat...nak makan cepat...masak je maggi.5 minit siap. Jadi I pun balik rumah masak meggi. Difficulty yang I hadapi adalah mase nak makan maggi tu.. Housemate2 I semua sibuk je nak pau. grrr. Jadi ape yang I buat? You'll mesti nak tau kan? hak3. I spit(ludah) dalam maggi tu. Pastu semua orang taknak nak makan maggi I walaupun I paksa diorang suruh makan. 

3. When you dealt with a bad group member and how did you deal with him/her?

Jawapan versi LOL dalam bahasa melayu 3: Kalau diorang lelaki. I pulaukan die je. Kalau pompuan....cun lagi. Tiap2 hari die jadi bad girl pun I tak kesah. hak3...

p/s: gua memang sengaja kasik font die kocik. Bagi korang struggle sikit nak baca. hahaha.


*********************************************

Ape2 pun...Alhamdulillah interview gua berjalan dengan lancar.Gua rase gua dah buat yang terbaik.Kalau dapat syukur alhamdulillah...gua dah boleh start pikir nak beli lampin bayi...troli budak2 kecik.hak3.Kalau tak dapat...no worries.summer ni gua boleh lenjan main ps3 smpai 3 bulan.

wassalam.

------------------------------------------------------------------------------------------------
New song update.

Armada - Hargai aku
Zolla - 1000x sayang
Putih - Cinta tanpa alasan

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates