Wednesday, March 2, 2011

Cita-cita ku bila besar nanti...

Wednesday, March 2, 2011
Gua rase semua orang pernah mengalami pengalaman macam gua mase sekolah rendah dulu...kene tulis ape kite nak jadi bile kite besar kat buku report card kaler cokelat.(gua punyer kaler cokelat tak tahulah korang punyer kaler ape)

Darjah satu

Time tu gua tahap hingusan lagi....tak pernah terpikir apa tujuan gua dihantar ke sekolah...apatah lagi nak pikirkan cita2 gua bile gua besar nanti.

"Nak tulis apeni?" gua tanye member sebelah gua.Gua blurr.

"Tulis jelah ape cita2 ko" dia jawab camtu.

"Ko tulis ape?"

"Askar".

So gua pun tulis 'askar' kat report card gua.

Darjah dua.

Di suatu pagi hari raye aidilfitri...gua nampak pakcik gua pagi2 lagi dah bersiap-siap mandi segala dan mengenakan satu uniform yang segak bergaya.

"Busu pakai baju ape ni?"

"Ini baju bomba" Pakcik gua menjawab dengan nada manja.

"Busu tak gi semayang raye ke?"

"Pegi2...tapi lepas tu busu kena pegi kerja."

Petang sikit bile dah habis beraya..gua pun tanye mak gua...apsal pakcik gua kena kerja dihari raya.dengan nada yang lemah lembut mak gua menjawab "Amat....Bomba memang biase takde cuti bile raya".

So tahun tu...kat report card gua....gua tulis 'bomba'.Bile cikgu gua tanye "kenapa nak jadi bomba?" Gua jawab "Sebab bomba raya tak cuti". --' (ak bercakap tanpa berpikir rasionalnya)

Darjah tiga.

Pagi tu seorang cikgu pelatih baru masuk ke kelas gua...die mintak semua orang perkenalkan diri masing2...bagitau nama siapa...asal dimana..dan cita2.Ramai yang jawab stok nak dahsyat2 je..

"Cita2 saya nak adalah untuk menjadi usahawan yang berjaya"
"Saya nak jadi ustaz yang soleh"
"Saya nak jadi acountant yang berjaya"

"Kamu pula?" tanye cikgu pelatih tersebut kat gua.Gua lupe name beliau.

"Saya nak jadi Bomba yang berjaya Cikgu".

Darjah lima

"Amirul"
"Aisyah"
"Thanasilan"

Kedengaran suara Cikgu Hasri memanggil-manggil name murid2 kelas 5 intan.Kami dikehendaki memberitahu cita2 kami apabila nama kami disebut.

"Fadhli"

Gua tersenyum sebab gua dah ready ape nak cakap kat die nanti.

"Ape cita2 kamu Fadhli?"

"Wartawan cikgu".

"Bagus2" Puji beliau.

pengakuan: gua dapat ilham ni mase gua tengok buletin utama malam sebelum tu.

Darjah enam.

Melalu perwatakan gua yang banyak bercakap.Suke bertanye dalam kelas dan selalu dipilih sebagai jurucakap untuk mengurat/mengacau pelajar2 perempuan...gua rasakan ciri2 seorang wartawan begitu dekat dengan gua.Jadi untuk tahun itu....cita2 gua sama seperti tahun sebelumnya.

Setelah tamat sekolah rendah

Gua dapat balik report card gua....gua sorok kan die leklok kat rak buku rumah gua.Malangnya pada suatu hari...mase kami adik beradik tengah bergotong-royong membersihkan rak buku tersebut...abang kakak gua telah menjumpai report card gua...

"Amat darjah satu nak jadi askar....kah kah kah"
"Darjah dua...bomba...kah kah kah"
"Darjah tiga....bomba yang berjaya hahahahahahaahahahahaaa"

Cis.
-----------------------------------------------------------------------------------
New Song Update!
Lagu2 baru yang gua rase enak didengar.(cam indon je cara gua cakap)

Vierra - Takut
Sheila On 7 - Hari Bersamanya(Acoustic version)
Pasha ft Adelia - Penghujung Cintaku
Gibran - Jangan Menangis lagi
Vierra - Kesepian

Tu dia.Satu set happy meal gua bagi untuk korang. Peace. B)

29 comments:

dochi
This comment has been removed by the author.
dochi

tak logik langsung ayat :
"sebab bomba raya tak cuti"
cett apedah hahahaa .

kata kila

standard lah tu cita2 bertukar2 tiap2 tahun ahahaha

siti habsah

haha.... jumpe lg rekod2 lame ko..... ak nye da xde kot.....tp yg ak igt mse form 1..ak nk jd polis....haha...pas2...nk jd pramugari la...mcm2...

Nurul a.k.a Riko

dulu2..punya cita2 sumer sepesen kan...kalo tak Pramugari, cikgu...kalo tak cikgu..askar...kalo tak askar ...doktor...or tak pun...cam lu punya cita2...BOMBA.

skrg nie..biler tanya my doters...cita2 nk jadik apa?...Doktor Pakar Kanak2...tak pun nak jadik Angkasawan.

piNky LuCiA

hahaha. comey je. aku tak pernah ingat pun apa yang terjadi waktu aku sekolah rendah dulu. sek men pun, aku kurang ingat. aku tak tahu apa aku ingat. hahaha

kasturi jiwa

mmg xbleh blah ar kau nie..
tapi..tapi..tapi..
cita2 kita darjah 5 n 6 same ar phat lee!!!hehehehe...^___^
sah2 xleh jadi imam muda..
sbb ada rekod jd pengurat dak pompuan =P

nabilah_2908

ha..kad kuning ku kad 001 kan...? lupa la..tp yg pasti mmg warna kuning.. :)

itu cite sekolah rendah..skrg ni...cita2 nk jadi apa lak..? ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW_2

YanaMIB

aku pn guna buku coklat =)

mesti merah muka ko xtau nk sorok mana dh kn bila adek² bradek bc report kad..haha..=P

nurkaloi

wahahahahahah !
baik punyer cita-cita
dulu kaloi bercita-cita nak jadi pilot
tapi mak kate t terhempas mati teros
ngehehehe
teros tukau cita-cita

ejat_laranista

hahaha...nak jadi bomba berjaya yew...kahkahkah..:P

ayuakira

jwpn standad la tu..xbomba, askar doktor, peguam..tapi sepanjang aku sekolah n sepanjang berpengalaman mengajar sekolah rendah belum pernah student ak jawab nak jadi BOMBA YANG BERJAYA. ahahahaha

Lia Edwin

bomba ekk..kah kah kah...
(apsal aku gelak?)..:)

NuR 'aQiLaH

so skang cita cita nak jadi apa?

*nadaskema*

Nyssa Nuar

ahahahahaha..
dlu pnh ade cite2 nk jd angkasawan..
miahahahahaha

Wanie-san

report card wa kaler blue2...hoho
cita2 wa mase darjah 3 nak jadi surirumah...kena marag kaw2 punya dgn parents..huhu

d_LA

ouhhh, aku dr kecik smpai skang nak jd doktor..walaupun aku taw skang mmg aku xkan jd doktor tp salu hrp ada miracle berlaku..hahaha..

ZaliHazali

Dulu gua bercita2 menjadi air steward, after pakai spek sebab rabun terus cancel. hahaha...

Puteri Iqa Izyan

agagagagaga...
skang lu mesti stdy kat obersea sbb nk jadik bomba yang berjaya kannn? :D

aLya

nk jadi bomba sbb bomba x cuti raya? apekepeliknye kamu nie? x suka raya ke?hehe

Siti Mashitah Saidin

hhahaha.. mesti sekarang x nak jadi bomba dah..sbb x da cuti..:P

Coco

skrg apa cita2 lu phat lee?

syarifah radiah ibrahim

wahahaa bomba yang berjaya tu takleh blah~

memang aa, masa sekolah dulu selalu je bertukar-tukar cita-cita
rase macam sekarang pun aku nak tukar lagi
boleh ke?
hahah

Kimmy Ai

well, aku dulu pun cita2 asyik tukar jugak.

tp xde lah kena bahan ngan kakak abang. hahaha~ ;)

take care.

Manja (let it be my sweet name)

cikgu : apa cita2 kamu?
Manja: saya nak kawin dengan DATUK, cikgu <<<< huhuhu

e.l.i.z.@

hehehe skang nak jadi apa plak :P

Un Phat Lee

nurul aka riko: anak2 sekarang dah banyak terdedah dengan benda2 canggih sebegini.bagus.ehe

pinky lucia: lu mamai ni.baru bangun tido hape.ehe

kasturi jiwa: imam muda pun nak gak merasa ngurat pompuan.haha. :P

nabilah_2908: gua nak jadi penyanyi boleh tak? ehe.

yanamib: gua buat muke camni --' haha.

nurkaloi: agaklah...ramai yang taknak jadi pilot sebab takut kapal terbang yang diorang bawak terhempas.haha.

ejat_laranista: eh samelah.sep sikit.haha

ayuakira: kira jawapan gua lah yang unik en en en? hahaha.

lia edwin: grrr..ehe

nur aqilah: nak jadi penyanyi.*walaupun suara tak sedap.haha

wanie-san: haha.tak takyah gi sekolah pun takpe.haha :P

d_la: kah kah kah XD

zalihazali: boleh je der.pakai lah contact lens.

puteri iqa izyan: eh mane lu tau ni? haha

siti mashitah saidin: benar sekali.ehe

coco: gua nak jadi penyanyi atau gitarist sebuah band.boleh tak? ehe

syarifah radiah: boleh je.kene optimis.

kimmy: take jugak jalan2 tu.ehe

manja: kah kah kah.tak boleh blah.

eliza: gua nak jadi penyanyi.tak pun gitarist.amcam? hehe.

Coco

boleh je. lu xnk jd backup dancer ke? XD

ada sya

bomba yg berjaya? :)

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates