Friday, December 21, 2012

Punca singki penuh di rumah orang bujang

Friday, December 21, 2012
Letih berworkout rini. Gua buat terbuat exercise yang gua tak pernah buat sebelum ini: Squat. Mula2 gua angkut 50  pound je. Pastu naik 60. Last2 100. Fuh...lapar plak. Dah angkat benda beberat nih biaselah...energy habis keluaq macam ayaq(air) je. Gua pun bergegas balik rumah...nak masak dan makan.

********************
Gua pikir gua nak masak masakan complex sikit rini. Ayam masak cili api. Gua pun tengok buku resipi 'Senangnye Memasak Ayam...' yang Megat bawak dari Malaysia ritu. Cili api....ade.Halia...ade.Serai? Gua pun usha serai kat peti ais. Dah layu.Dem. Kunyit hidup? Dem2. Serbuk kunyit adela..kunyit hidup takde.adoi

Gua pun selak page2 lain..dan gua tertarik dengan masakan ayam masak halia.Gua bace ramuan2 die...Yes hampir semua ade. Halia die mintak tiga inchi woh. Gua dah lupe scale tiga inchi macam mane...jadi gua pun masuk bilik sekejap cari pembaris. Gua ukur halia dengan pembaris..cukup tiga inchi gua mark gune pisau dekat halia tersebut macam gua mark besi2 di makmal mekanikal engineering. 

************************
Sambil2 menunggu masakan gua siap. Gua berkira-kira jumlah kalori yang akan gua dapat dari lauk tu. Dada ayam...250 calori...nasi...400 calori.Emm tak cukup. Gua nak at least seribu sebab gua nak tambah berat. Dan gua teringat akan broccoli yang gua baru beli semalam.  Gua potong2 broccoli dan tunggu bile ayam gua hampir2 nak masak...baru gua masukkan die. Masih lagi rase macam tak cukup...gua panaskan lagi satu pan dan buat scrambled eggs. 

ayam masak halia.Sila abaikan persekitaran die.

scrambled eggs bujang.

************************
"Burrrrp".Alhamdulillah. Nasib baik sedap.kalo tak sedap gua pikir memang gua kene kawen awal (Ok ni random.haha). Gua kire2 mase dari gua start masak smpai makan siap...adelah lebih kurang sejam setengah. Orang pro mungkin roughly sejam 29 minit. Still lame betul tak? Bayangkan lah mak2 kite yang masak sehari 3 kali. Kental tak kental diorang. Jadi...makan jangan tak makan masakan ibu dan jangan banyak songeh tak sedap lah hape.Gigit karang.

**************************
Kenyang.Dengan mate yang lalok dan minda turut lalok...gua ke singki. Ok ni part yang gua paling tak suke. Basuh periuk pan semua lepas kenyang.Basuh esok boleh dok?

p/s: maka terbiarlah periuk belanga itu sumer untuk hari2 yang mendatang. Sebab itulah rumah laki2 bujang kalo dilihat di singki mereka banyak pinggan mangkuk periuk.

4 comments:

LynnAiza

so,tips : basuh every pingganmangkuk,periuk,alatan2 memasak yg diguna right after guna. senang basuh sikit2 ni.nk lg bagus,clearkan sblm makan. takyah nak selambak basuh semua skli. pastu boleh mkn dgn tenang. haaa..camtu. :))

Emmy Lis

btul3 ckp cik lynn kat atas tu..sokong..basuh ckit2..lama2 jadi bukit..ahakss!!

yanamib

tetibe aku rajin geledah blog ko hr ni..grrr~

siti habsah

untung la pndy masak....

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates