So..sekarang dah bulan 4. Tinggal sebulan lagi untuk graduasi dan tinggal dua bulan lagi untuk gua balik Malaysia. Tak sabar rasenye balik Malaysia nih alkmaklumlah dah tiga tahun tak balik noq. Gua rase curious... apakah handphone tercanggih orang Malaysia pakai sekarang? Adakah mak gua sudah beripad-ipad sekarang? dan adakah stokin adidas yang gua selitkan dekat celah gerobok kakak gua masih lagi tak berbasuh? Seribu satu persoalan berlegar-legar di ruang fikiran gua..
Dan sekarang gua melalui satu fasa baru iaitu fasa mencari kerja. Dulu sekolah objektif hidup untuk dapatkan straight A's PMR....SPM....dapat scholar...fly sumer. Dah kat university...aim untuk dapatkan pointer yang baik dan sikalang...Manja oh manjaa.(iklan 1 second) Sambung balik...gua aim untuk dapatkan kerja.Harap-harap gua dapatlah kerja dalam bidang yang gua belajar ni. Kita tengok macam mane. Kalo buatnye gua menganggur lebih setahun...gua rase gua nak menceburi bidang lakonan.