Monday, July 4, 2011

Apakah advantage seorang lelaki berambut panjang?

Monday, July 4, 2011 37
Ade tiga advantage kalo seorang lelaki itu berambut panjang...

First, melancarkan pembelian kotex (Ni kes kakak,awek,bini kirim suruh beli)

Biasanya kalo lelaki2 yang berambut pendek beli kotex mesti orang yang jaga kaunter tu cam dah dapat agak dah.Mamat ni beli untuk isteri,awek atau kakak die.Tapi disebabkan cashier tu orang melayu (orang melayu kan peramah) die mungkin akan tanye "Untuk saper ni?".Hal ini secara tidak langsung akan membantutkan proses pembelian kotex.Tapi kalau lelaki yang berambut panjang yang beli.Si penjaga kaunter takkan tanye pape..takut kang die tanye...

Cashier: Untuk saper ni?
Mamat berambut panjang: Untuk Aiiii(I) leww(lah)

Anonymus: Pulak dah.
Phatlee: Sekarang ramai beb orang tukar jantina.Kate teknologi perubatan dunia dah semakin maju.


*****
Second.Boleh dapat banyak duit dalam mase yang singkat.

Anonymus: Aku tahu ape ni.Jual diri betol tak?
Phatlee: Haisyh ko ni.Ke situ pulak.

Camni.Korang tahu tak kat johor.Sebelum pengantin lelaki nak masuk bersanding.Die kena bayar tol dulu kat penjaga2 pintu.Yang jaga pintu ni besenye kaum kerabat pengantin perempuan dan beware...yang boleh dapat bayaran tol ni hanyalah perempuan.Tapi kalo korang(lelaki) yang berambut panjang ade kat situ.Korang akan diberi jugaklah gaklah duit tol ni.

Anonymus: Sebab ape? Sebab die ingat kite pompuan?
Phatlee: Tak.Die tahu ko laki.Tapi Sebab muke ko nampak cam desperate sangat nak duit.Die bagi jelah.hahahaha.Takde kaitan pun sebenarnya ni ngan rambut panjang.

Third.Entahlah.Gua dapat pikir dua je sekarang ni.hahahaha.

Imam muda facing to the wall style picture

p/s: Rambut panjang takpe
Jangan jadi bapok sudah.
----------------------------------------------------------------
new song update!
wali band - nenek pahlawanku

gua tertarik dengan satu caption daripada lirik lagu ini...
"bila gugur satu.akan tumbuh sepuluh ribu"

selamat mendengar.
Piece. B)

Friday, June 3, 2011

aku nak story pasal Midwest Games 2011

Friday, June 3, 2011 19
Weekend aritu....gua join midwest games.Satu temasya sukan yang diadakan untuk student2 Malaysia yang belajar di bumi amerika ini. Banyak gak acara yang diadakan...Daripada sukan yang memerlukan kudrat tenaga yang besar hinggalah sukan yang simple2 macam congkak...FIFA 11(PS3) dan juga main baling2 kampit beras tu.batu seremban namanya.Tapi kat sni kitorang tak panggil batu seremban ah...kitorang panggil batu wisconsin sebab temasya ini diadakan di wisconsin.tak lawak en? Inilah dia kesan tak buat lawak berkurun-kurun lamenye.Idea lawak pun jadi hambar.damn damn.

 kadang2 gua terfikir....daripada baling kampit beras yang kecik2.baik baling terus beras satu guni.Baru betul2 challenging tol tak? haha


 Gua join sukan bola sepak aritu.Kalo korang power.Cuba teka gua yang mane satu?hehe.

Berbekalkan doa mak ayah kami serta semangat perjuangan yang tinggi antara kami pasukan bola sepak daripada ISU(Iowa State University) akhirnya kami telah berjaya dikalahkan oleh team daripada purdue university di semi final.Tampak semangat serta doa dan usaha kami masih belum cukup lagi nak dibandingkan dengan dak2 purdue.Diorang solat hajat lebih gua rase.Ape2 pun biasalah kan adat pertandingan...ade kalah ade menang.*ayat orang kalah biasa ah macam ni.haha.

Untuk pengetahuan korang....ini adalah kali pertama gua join temasya ini dan bagi gua event ini memang terbaik dan patut diteruskan lagi untuk tahun2 yang mendatang kerana ia mendatangkan banyak faedah.Selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga Malaysia.Peserta2 juga dapat mengusha calon2 yang sesuai untuk dijadikan bini/laki. Dengan ini secara tidak langsung kadar perkahwinan antara orang Malaysia dengan mat2/minah2 salleh dapat dikurangkan justeru dapat menghasilkan bangsa Malaysia yang tulen,bukan celup2 punyer.

Pepatah Melayu ade mengatakan "Bersukan-sukan dahulu...bertidur-tiduran kemudian". Jadi at least buat sit up dulu 5 kali pastu pastu baru tidor okay?*ape kaitan benda ni ngan entry aku pun tak tahu.main balun je ni.

So...sebelum gua mengakhiri entry pada kali ini...gua nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang concern kat blog gua.yang bertanyakan bile gua nak update blog...kenapa gua tak update? Sokongan serta concern korang telah membangkitkan semangat gua untuk menghasilkan satu entry pada hari ini.

Sekian,
Yang jatuh tersebam ketanah mase lawan Vandy(Vanderbilt University) aritu,
Phatlee.

p/s: kesan jatuh ketanah:Muka aku sedikit calar.Nampak brutal..tapi still maintain hensem.hihi
---------------------------------------------------------------------------------------
new song update!
d'bagindas - ay

Thursday, May 5, 2011

4 down 1 more to go...

Thursday, May 5, 2011 18
fuh gile.First time gua amek subjek banyak camgini dalam satu sem.akhirnya...habis jua empat subjek.Haha.Rase happy tu sekarang bercampur baur dengan rase sedih sebab makeup exam statics gua tadi...giler susah.Arrgggh.Tekanan aku tekanan.Time jawab exam tadi gua banyak habiskan mase gua maki saper yang buat soalan tu je.grrr..."Tak dapatlah aku A subjek ni...tak dapatlah....".gua punyerlah harapan setinggi menara KLCC nak score subjek ni...tapi nampaknya menara klcc gua dah bertukar ke menara condong.alahai...

Nak buat macam mane en.dah lepas tu lepas lah kan.tahi dah keluar takkan nak sedut balik en en en.hahahaha.Gua seyes tak sabar nak cuti nih.Nak bantai kaw2 punyer main ps3 sampai bulan lapan nih.

"Sampai bolan 8? Ekau tak amek kolas summer ke?" tetiba makcik imaginasi gua membuat penampilan istimewa petang2 yang dingin begini.

"Errr....hehe"

Esok gua ade satu lagi paper.then summer break!!!!!. YAHOOOOOOO....tapi untuk seminggu jelah sebab lepas tu thermo1,thermo2,engineering statistics menanti nak babab gua.

sedikit scene di sini

p/s: ak cam dah nak start suke kat SNSD lah beb.aarrggh camne ni.aarrggh.....
-----------------------------------------------------------------------------
new song update!

mantan band - hormatilah kekasihmu

Monday, April 25, 2011

Masa bujang

Monday, April 25, 2011 22
Fulamak ai...lame giler en gua tak update.Kesian ko blog.Dulu setiap kali ak online ak jenguk ko.Sekarang ni...seminggu sekali baru ak bukak.Kesian2...nasib baiklah ko bisu...kalo ko boleh cakap..."Weyh...PhatLee...biler ko nak update ak nih?" "Weyh..." "Woi budak hensem.." Huh.lagi lamelah ak tak layan.tiap2 hari kene sumpah 'budak hensem' saper taknak ye dak? keh keh keh...

Err....mane gua pegi selama ni?

Tak ke mane.Masih di sini.Cume sekarang...gua dah ade teman untuk meluangkan mase senggang gua.Dulu boring2...update blog dengar lagu indon.Tapi sikalang ade....hehe.Gua dah ade aweklah senang citer.Nak berkenalan dengan die? Naah...amek....gua letak gambar die.



Ape kelebihan awek gua ni?
1. Tidak perlu lagi bersusah payah ke padang untuk bermain bola.Gua masukkan cd FIFA 11 terus dah boleh main bola.
2. Memori storage sebanyak 160GB.Boleh store macam2 benda kat sini...lagu2...movies.games.Tapi kerusi meja lame tak boleh lah...ni bukan store macam kat rumah.
3. Bukan kaki 'pau'.Gua tertinggal maggi kat depan die pun...bile gua balik balik...mangkuk maggi masih lagi bersisi dengan maggi.

Semalam time berBBQ dengan graduate2 student kat sini.Ade sorang brother yang sudah berkeluarga cakap ngan gua.... "Ko kalau nak main game...ko main time nilah.Nanti bile dah kahwin...tak dapat lah....ade anak bini..blablabla...."

So...gunakalah masa bujang kite sebaik-baiknya.Piece B)

p/s: takleh ngarut panjang lagi.dah ngantuk.
---------------------------------------------------------------------------------------------
new song update!

Laku Band - Malaikat Pelangi Cinta

Tuesday, March 29, 2011

OMG(Oh Melly Goeslaw) aku terbuat video.

Tuesday, March 29, 2011 34
Gua memang dah berhasrat lame dah nak buat video kat youtube cam AnwarHadi dan Matluthfi cume gua takde kekuatan lagi dan berinteract dengan kamera sorang2 macam diorang buat.Susah woo...gua bukan videogenik. (sinonim kepada fotogenik).

walaubagaimanapun...mase gua tengah stress2 buat assignment2 tadi....secara tidak disengajakan gua telah terbuat satu video.Seyes beb tak sengaja.Gua rase personaliti gua yang satu lagi yang buat.Gua ade 2 personaliti kalo korang nak tau.*oke gua tipu.

Oleh itu...video di bawah ini adalah hasilnya...tak panjang pun..pendek je...25 seconds.

Gua cube cari tumbnail mate terbukak...tapi youtube bagi sumer mate tertutup.Cis...racist tol youtube nih.Gua taulah gua asian.Saje je nak mengajing.grr...

p/s: semoga member2 gua mengaku gua member diorang lagi lepas tengok video nih.

Friday, March 25, 2011

phatlee bersama fantasi-fantasinya: makanan

Friday, March 25, 2011 22
Holaaa...lame kan gua tak update blog? hehe.Gua malas sebenarnya.Buktinya....korang tengok gambar kat bawah ni. *Gua beberapa hari ni suke amek2 gambar ngan 'dslr' gua

Keadaan meja study yang messi barcelona ngan makun(makanan).Messi sebab gua malas nak kemas.Untuk pengetahuan anda...skop malas gua tak terbatas setakat ini sahaja.Ia terangkum sekali dengan kemalasan gua untuk mengupdate blog.

Cube korang tengok balik gambar kat atas nih.Banyak kan junk food? Inilah rahsia kejayaan gua sebenarnya...

"berjaya keww?" tetiba ade seorang makcik bertanya *gua tengah berimaginasi nih.korang jangan kecoh2.takde mane2 makcik kat bilik gua sekarang nih.

Relaks2 makcik relaks.Saya tak habis cakap lagi.(masih lagi tengah berimaginasi nih.keh keh keh).Inilah sebenarnya rahsia kejayaan saya menaikkan berat badan.Dulu kan dah naik 3 kilo.Sekarang naik lagi 2 kilo beb.Amacam? 3 kilo + 2 kilo tak ke sejuta? K dah...aku dah mula buat balik habit lame aku nih.(habit lame = buat lawak hambar)

TAHUKAH ANDA? 
Phatlee adalah antara pelawak2 hambar yang disegani ketika di sekolah dulu.

Gua rase kalau pasni gua workout...gi gym..gua ingat next year time gua menjejakkan kaki kat KLIA...gua rase gua akan nampak awek2 sumer bawak banner yang berbackgroundkan gambar gua dan sambil2 tu jugak diorang menjerit....

"Oppaa..oppaa..." kah kah kah....jauh sangat imaginasi gua nih kan?.kah kah kah.

Sambung balik cerita pasal junk food.Junk food sangat enak dimakan tidak kira dimana jua kita berada....sama ada selepas kite brake dengan balak/awek kite....mahupun selepas kena sebat dengan ustaz/ustazah pasal lewat bangun subuh.Walaubagaimanapun...pengambilan junk food yang berlebihan boleh membawa kita terdedah kepada berbagai penyakit contohnya seperti....pancur air...diebetes...kencing manis...sweet pee...

"Bukan tu sumer same maksud ke?"Makcik fantasi gua tetiba bertanya.Sibuk tol makcik ni --'

Sebelum makcik ni pop out lagi dalam minda gua...gua nak akhiri entry gua dengan serangkap pantun yang iramanya obviosly sumbang:

makanan hamster itu koci
makanan perut itu roti nan cheese..nasi...nasi goreng belacan..nasi kerabu....
makanan ruji itu makanan asas
dan makanan hati itu ibadat.  *hihi

kepada saper2 yang tengah makan nasi kerabu time baca entry ni...ingat2lah gua di sini. *apsal aku tetiba rasa sayu ni?

Owh patutlah...aku tengah dengar lagu raya rupenye...
--------------------------------------------------------------------------------
New song update!


Best woo...lagu2 nih.cedengar...cendengar...
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates ►