Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Kambing sedap

Monday, December 17, 2012 6
Gua semenjak dua menjak ni gian nak makan kambing walaupun kadang2 lepas gua makan kambing gua rase pening2. Namun antara kambing yang tak hensem dengan merak yang cantik tu...gua tetap pilih kambing. haaaa. Ade pulak orang makan merak kan.Kalau ade pun bukan gualah. hehe.

Gua tak tahulah ape yang  sedapnye kambing ni...tapi member gua pernah kate...benda yang sedap2 ni besenye ade babi. ok ni memang lawak kasaq.grrr....

************************

Gua terima call daripada Azhar ritu. Die ajak gua ke Des Moines nak jemput anak kak Farah dari airport.Gua dengan semangat sahut ajakan Azhar sebab gua plan nak singgah sekejap di African cuisine di sana...nak makan kambing.

Sesampai sahaja gua di sana...gua berjumpa dengan seorang budak kecik arab yang umurnye lingkungan tujuh lapan tahun dan die pandang gua dengan muke macam die owner dekat situ."Heh budak pi main jauh2." desis hati gua. Budak tu pandang gua lame2...gua senyum je. "Mungkin ni first time die tengok mamat Asian yang hensem kot". ngomel gua.

"What do you want sir?" tanye budak tu. Gua macam tak caye budak ni yang amek order. Anak sapolah ni...main masak2 kat sini. Gua pun layan jelah..

"I want goat meat with rice"
"One only?"
"Yes.one."

Budak tu pun masuk dapur dan berkata something dekat tukang masak. Anak owner agaknye.ceh.Tapi gua respect same lu budak kecik.Kecik2 dah tolong bapak berniaga.So sweet.hihi.

5 minit kemudian.makanan gua pun sampai...


Nikmat oh nikmat. Thank you Allah.

Friday, March 25, 2011

phatlee bersama fantasi-fantasinya: makanan

Friday, March 25, 2011 22
Holaaa...lame kan gua tak update blog? hehe.Gua malas sebenarnya.Buktinya....korang tengok gambar kat bawah ni. *Gua beberapa hari ni suke amek2 gambar ngan 'dslr' gua

Keadaan meja study yang messi barcelona ngan makun(makanan).Messi sebab gua malas nak kemas.Untuk pengetahuan anda...skop malas gua tak terbatas setakat ini sahaja.Ia terangkum sekali dengan kemalasan gua untuk mengupdate blog.

Cube korang tengok balik gambar kat atas nih.Banyak kan junk food? Inilah rahsia kejayaan gua sebenarnya...

"berjaya keww?" tetiba ade seorang makcik bertanya *gua tengah berimaginasi nih.korang jangan kecoh2.takde mane2 makcik kat bilik gua sekarang nih.

Relaks2 makcik relaks.Saya tak habis cakap lagi.(masih lagi tengah berimaginasi nih.keh keh keh).Inilah sebenarnya rahsia kejayaan saya menaikkan berat badan.Dulu kan dah naik 3 kilo.Sekarang naik lagi 2 kilo beb.Amacam? 3 kilo + 2 kilo tak ke sejuta? K dah...aku dah mula buat balik habit lame aku nih.(habit lame = buat lawak hambar)

TAHUKAH ANDA? 
Phatlee adalah antara pelawak2 hambar yang disegani ketika di sekolah dulu.

Gua rase kalau pasni gua workout...gi gym..gua ingat next year time gua menjejakkan kaki kat KLIA...gua rase gua akan nampak awek2 sumer bawak banner yang berbackgroundkan gambar gua dan sambil2 tu jugak diorang menjerit....

"Oppaa..oppaa..." kah kah kah....jauh sangat imaginasi gua nih kan?.kah kah kah.

Sambung balik cerita pasal junk food.Junk food sangat enak dimakan tidak kira dimana jua kita berada....sama ada selepas kite brake dengan balak/awek kite....mahupun selepas kena sebat dengan ustaz/ustazah pasal lewat bangun subuh.Walaubagaimanapun...pengambilan junk food yang berlebihan boleh membawa kita terdedah kepada berbagai penyakit contohnya seperti....pancur air...diebetes...kencing manis...sweet pee...

"Bukan tu sumer same maksud ke?"Makcik fantasi gua tetiba bertanya.Sibuk tol makcik ni --'

Sebelum makcik ni pop out lagi dalam minda gua...gua nak akhiri entry gua dengan serangkap pantun yang iramanya obviosly sumbang:

makanan hamster itu koci
makanan perut itu roti nan cheese..nasi...nasi goreng belacan..nasi kerabu....
makanan ruji itu makanan asas
dan makanan hati itu ibadat.  *hihi

kepada saper2 yang tengah makan nasi kerabu time baca entry ni...ingat2lah gua di sini. *apsal aku tetiba rasa sayu ni?

Owh patutlah...aku tengah dengar lagu raya rupenye...
--------------------------------------------------------------------------------
New song update!


Best woo...lagu2 nih.cedengar...cendengar...
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates