Showing posts with label d'bagindas. Show all posts
Showing posts with label d'bagindas. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter and the GOBLOK of fire.

Sunday, July 17, 2011 24
"If you want to improve your writing.You must read english novels".kate cikgu BI gua kat gua.Gua angguk je sambil berkata "Teacher ni comel la..." *gua cakap dalam hati je ni.

Petang sikit mase prep gua jumpa BFF gua...mintak satu novel English kat die...
"Bun...kite tido kat library amcam? sane sejuk".Okay lepas tu baru gua mintak buku tu kat die.

"Bun....ade pape novel English tak? aku nak baca"
"Nah...ni die".

"Harry Potter and The Goblok of Fire.Best ke buku ni?" *actually its Goblet
"Best.Cube ko try bace first chapter dulu"

Mula2 gua baca first chapter.Pastu tetiba rase nak sambung second chapter pulak.then third.fourth.Nak masuk fifth dorm pulak kena lights off.(sudah pukul 11pm time tu).So gua pun amek port baik punyer kat dalam restroom sambung bace kat situ.(dalam restroom ade lampu).Gua baca dengan suara yang kuat just in case kalau2 gua terdengar bunyi2 yang scary sekurang-kurangnya bunyi suara gua lagi kuat daripada bunyi scary tu. *apakah?

Tiba-tiba...

"Eh.Abang Unnnnnnn.Abang Un tengah buat ape tu?" tanye seorang junior yang nak gi berak gua rase membuatkan gua automatically diam seribu bahasa.
 "Adakah aku nampak macam tengah build jambatan KLCC? aku pegang buku kot." gua cakap dalam hati je...kang cakap terang2 kang terguris pulak hati budak ni...kang berak berdarah pulak kat jamban tu.

*****
Tiga hari yang berikutnya gua gua khatam sudah baca buku tu.So gua call mak gua lepas tu nak share kejayaan gua dengan die...

gua: Mak...orang dapat abiskan 1000 pages novel english.
mak gua: alhamdulilah...bagus anak mak.Al-quran tu plak dah abis bace belum?"

fuhh mak aku...

p/s: tengok harry potter and the deathly hallows part 2 semalam.best2.gua bagi 9/10 B)
------------------------------------------------------------------
New song update!

Wali - Salam Rindu
D'bagindas - Yang No 1

Friday, June 3, 2011

aku nak story pasal Midwest Games 2011

Friday, June 3, 2011 19
Weekend aritu....gua join midwest games.Satu temasya sukan yang diadakan untuk student2 Malaysia yang belajar di bumi amerika ini. Banyak gak acara yang diadakan...Daripada sukan yang memerlukan kudrat tenaga yang besar hinggalah sukan yang simple2 macam congkak...FIFA 11(PS3) dan juga main baling2 kampit beras tu.batu seremban namanya.Tapi kat sni kitorang tak panggil batu seremban ah...kitorang panggil batu wisconsin sebab temasya ini diadakan di wisconsin.tak lawak en? Inilah dia kesan tak buat lawak berkurun-kurun lamenye.Idea lawak pun jadi hambar.damn damn.

 kadang2 gua terfikir....daripada baling kampit beras yang kecik2.baik baling terus beras satu guni.Baru betul2 challenging tol tak? haha


 Gua join sukan bola sepak aritu.Kalo korang power.Cuba teka gua yang mane satu?hehe.

Berbekalkan doa mak ayah kami serta semangat perjuangan yang tinggi antara kami pasukan bola sepak daripada ISU(Iowa State University) akhirnya kami telah berjaya dikalahkan oleh team daripada purdue university di semi final.Tampak semangat serta doa dan usaha kami masih belum cukup lagi nak dibandingkan dengan dak2 purdue.Diorang solat hajat lebih gua rase.Ape2 pun biasalah kan adat pertandingan...ade kalah ade menang.*ayat orang kalah biasa ah macam ni.haha.

Untuk pengetahuan korang....ini adalah kali pertama gua join temasya ini dan bagi gua event ini memang terbaik dan patut diteruskan lagi untuk tahun2 yang mendatang kerana ia mendatangkan banyak faedah.Selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga Malaysia.Peserta2 juga dapat mengusha calon2 yang sesuai untuk dijadikan bini/laki. Dengan ini secara tidak langsung kadar perkahwinan antara orang Malaysia dengan mat2/minah2 salleh dapat dikurangkan justeru dapat menghasilkan bangsa Malaysia yang tulen,bukan celup2 punyer.

Pepatah Melayu ade mengatakan "Bersukan-sukan dahulu...bertidur-tiduran kemudian". Jadi at least buat sit up dulu 5 kali pastu pastu baru tidor okay?*ape kaitan benda ni ngan entry aku pun tak tahu.main balun je ni.

So...sebelum gua mengakhiri entry pada kali ini...gua nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang concern kat blog gua.yang bertanyakan bile gua nak update blog...kenapa gua tak update? Sokongan serta concern korang telah membangkitkan semangat gua untuk menghasilkan satu entry pada hari ini.

Sekian,
Yang jatuh tersebam ketanah mase lawan Vandy(Vanderbilt University) aritu,
Phatlee.

p/s: kesan jatuh ketanah:Muka aku sedikit calar.Nampak brutal..tapi still maintain hensem.hihi
---------------------------------------------------------------------------------------
new song update!
d'bagindas - ay

LeeosDOTFM Popular Posts

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates