Thursday, July 25, 2013

Rezeki ramadhan

Thursday, July 25, 2013 5
Alhamdulillah. Sudah 15 hari berpuasa. Tinggal lagi 50 percent lagi dan rayaaaaa. Berpuasa di Malaysia tersangatlah mudah bagi gua kerana waktu berbukanya yang awal. Di US dulu subuh 4.30am dan berbuka 8.45pm. Sangat2 lah mencabar. Sini kadang2 tido bangun2 tau2 dah bukak. Tu dia punya makruh. Adik2 semua jangan ikut abang. Abang insomnia sikit beberapa hari ni disebabkan oleh beberapa interview invitation yang abang terima. Study sikit supaya boleh jawab soalan dengan baik.

First interview gua adalah bersama dengan Dyson. Dua minggu lepas gua pergi. Interviewnya agak mencabar sikit sebab banyak assessment yang gua kene amek. 1 English essay dan 3 technical test paper. Then 1st interview dengan senior engineer. Soalan2 beliau memang mostly technical dan nasib baiklah gua dah study sikit sebelum tu. Lepas sejam menunggu, diberitahu gua lepas ke 2nd interview dan pada kali ini gua di interview oleh manager die pulak, seorang lelaki British. Interview ini agak rileks dan interviewer ini jugak agak friendly. Die bagitau ape yang gua akan buat kalau gua join company tu dan detail2 lain pasal company tu. Since gua rasa selesa sangat dengan interviewer ni gua rase macam gua borak2 biasa je dengan die.Next weeknya(minggu lepas) gua terima offer untuk berkerja dengan company nih. Gua mintak die bagi mase seminggu dekat gua untuk buat keputusan sebab pada hari isnin minggu berikutnya gua ade interview dengan Perodua pulak di rawang.

Tak pernah expect nak join automotive industry nih. Tapi sebab dah dapat en interview so gua pergi jugaklah ke Rawang tu. Dekat interview ni first sekali gua kene amek personality test then 1st interview dengan HR die. Soalan2 die soalan2 biase je. Dan interviewer tu kata kalau lepas 1st interview esoknye die call. Alhamdulillah gua lepas dan dijemput ke 2nd interview pada hari jumaat minggu yang same.

Malam lepas 1st interview dengan Perodua, gua balik terus ke Jb sebab memang tak expect nak stay KL lame2. Then pada hari selasa esoknya dapat panggilan daripada Technip Asiaflex di Pasir Gudang pulak untuk diinterview pada hari rabu keesokan harinya. Gua diberi job description pasal position yang ditawarkan dan gua macam tak berapa minat dengan scope kerja itu. Tapi gua pergi jugakla interview untuk mendapatkan lebih penjelasan lagi dan turn out gua memang tak interested dengan job ini. So interviewer tu cakap kalo gua interested please give them a call. Tapi tak perlu kot nak call. Time interview tu lagi gua dah tunjukkan yang gua tak berminat dengan job tu. Nak lah pulak dorang hired someone macam gua nih.The best thing about job ni adalah gaji die lagi besar berbanding dengan 2 job yang lain. Tapi tulah orang kate kalo tak berminat nak buat ape paksa diri? Kita kerja bukan sehari.

Gua dah berpikir panjang dan buat solat istikharah semua so hari ni gua buat keputusan untuk terima berkerja dengan Dyson. Gua dah pun call HR Dyson untuk acceptance dan dah pun emel Perodua untuk decline interview invitation. Semoga Allah redha dengan keputusan gua ini. Amin.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates