Wednesday, January 11, 2012

Sekolah? haih malas nye...

Wednesday, January 11, 2012 25
Hari itu hari pertama semester baru bagi tahun 2012.
Kelas gua start pukul 8 pagi.Kelas Engineering measurement and Instrumentation.
Sumpah orang minyak rase tak semangat,kepala rase berat nak beralih daripada bantal wangi + rase buntu macam orang hilang sepatu kat masjid.
Terase masam pun ade jugak time tu (terminum air liur basi sikit.grrr...)
Rase homesick apatah lagi.Dah setahun lima bulan gua kat sini.Tak balik2 lagi.haih.

Gua pun bangun dari katil.Tak ikhlas.
Saper suke bangun jam 8 pagi.
Ayam pun tak suke k
Diorang berkokok pukul lima..enam pagi korang tau sebab ape?
Sebab diorang taknak berkokok pukul 8.Diorang nak tido time tu.  *Damn statement nih.grrr...

Di kelas...lecturer memberikan ucapan introduksi kepada pelajar2
Daripada segala kata2 beliau.
gua dapat simpul manuk kan bahawa kelas ini adalah berkenaan tentang measurement.
Contoh perkara2 asas yang akan diajarkan kepada gua adalah ..mengukur saiz turbine bersama toleransi-toleransinya....mengukur berat badan cacing kerawit serta mengira had laju kentut awek bertudung yuna.  =.=

*************
Pukul 11.Kelas english.
Gua datang lambat tiga minit sebab gua kena tinggal bas *grrr....
Sebaik sahaja gua membuka pintu bilik darjah
Beberapa orang murid salleh menoleh ke arah gua dan memerhatikan gua sambil dalam hati menyindir...
"Ow.Handsome"  =.=

Sebelum duduk.mata gua melilau-lilau ke pelosok kelas.
Mencari Miyabi...
"Aloh die takde." *hampa

Lecturer memberikan sekeping kad kecil kepada gua.
Gua disuruh menulis 2 perkara yang benar...dan satu perkara yang salah tentang gua disitu.
Gua pun menulis...

1. My height is 5'10"
2. My first languange is mandarin
3. My favorite sport is soccer

"Now form a group of three.Tell the members what you wrote and ask them to predict what is not true about you" kate lecturer gua.

Gua pun form group dengan 2 orang budak lelaki.
Sorang Mexican.Sorang British.
Selepas membacakan ketiga-tiga perkara yang gua tulis tadi kepada diorang.
Si Mexican tadi membuat guessing...
"I think you height is not 5'10"  " 
gua mengeleng kepala.Tanda jawapan die salah di sisi undang2.

dan kemudian si British pulak men'guessing'
"Your favorite sport is not soccer"
Kali ini juga gua menggelengkan kepala.
"Nahi...nahi..." kate gua dalam hati.

grrr.gua rase diorang men'doggy' (menganjing) gua.
tahulah mate gua sedikit sepet.
-------------------------------------------------------------------
Okeh.Triple kill arinih.
Gua kasik link 3 lagu sekaligus.

Sunday, January 8, 2012

Perutmu...perutmu.Perutku..sixpack.

Sunday, January 8, 2012 28
Member2 gua ajak gua main bola petang tu.
Jam 5.30 petang janji diorang.
Walaubagaimanapun gua plan datang lambat sedikit.
Janji Melayu kan.Kalau kata 5.30 petang...pukul 6.30 petang baru start main.

Setibanya gua ke padang futsal...
Gua disapa oleh seorang member...

"Eh...bukak baju...bukak baju" kate beliau.
"hah?" kening sebelah kiri gua terangkat...macam kening Ziana Zain mase menyanyikan lagu Puncak Kasih.
Gua tengok awek2 salleh kat padang sebelah...diorang tengah main frisbee.
"Diorang tak bukak baju pun.Kenapa ak main bola kena bukak baju? Kang aku merajuk main frisbee kang.haa..haa...haa..." kata hati kecil gua.  *bajet star.haha

Dengan muka yang haru ibarat muka budak kecil yang kehilangan mak bapak di shopping complex.Gua berdiri tegak kat penjuru padang.Berpikir...
"kalau auku dipinda...maka mahasiswa2 pun ... "
Maka gua pun bukak jugaklah baju gua.  *gile takde kaitan.grr...
"Argghh.SEJUKKKK!"
Gua lihat ke bawah....tengok perut gua...
"Perrgh.Tough gak.Ini kalau masuk pertandingan HERO Remaja...kompem menang."  (==)

Masih lagi dalam keadaan menunduk.
Gua tengok perut member gua yang lain...

"Ini makan kurma je ke tiap2 hari?"

"Yang ini...breakfast makan lembu rasanya"

"Eh yang ni apsal texture die lain semacam?".Gua pun medongak ke atas.nak tengok muka tuan empunya badan.
"Cis.Perut awek frisbee rupenye."  *astaghfirullahalazim

Kemudian datang dua orang mat salleh.Nak join main jugak.Kitorang pun suruh diorang bukak baju.
Diorang pun bukak baju diorang...

"Perrgh...perut2 macam ni boleh ganti papan chopping ayam nih"

Kesimpulan bahasa 1:
Lain orang lain perutnya.
Lain perut..lain nafsu makannya.

************

"Weyh Alip....bola...bola! " tempik gua.
Alip pun menge"umno"/menge"pas"/menge"pkr" bola kepada gua. *ku tak bias sebab tu ku letak semua parti.heh
Gua terima bola tersebut dengan kemas...lalu mengerling sedikit ke arah gol lawan.

"Sebelah tiang kanan kosong!" bisik hati gua laju.
Gua pun menyepak bola tersebut dengan kudrat kuasa kuda setinggi 5 megapixel.
Dengan kelajuan 5 hela per jengkal bola itu meleret....dan menerjah masuk kedalam gol lawan.

"HEH...Kacang jo jang" poyo gua.

Kesimpulan bahasa 2:
Man U patut beli gua.
------------------------------------------------
New song update!
Velvet - Arti mimpi semalam
Charly ST12 - Stasiun kereta

Tuesday, November 15, 2011

Asians dan barang2 mahal

Tuesday, November 15, 2011 18
Tadi mase gua dengan group members gua tengah sesibuk test solar heater kitorang. Ade sebuah kereta sport lalu dengan gahnye kat sebelah kitorang.Kami reramai pun memandang kereta dan orang yang membawa kete tu....

"What kind of model is that?" tanye Robert kat gua.

"Model2 kete ni jangan tanye aku.Aku tau name pokemon je."cakap gua kat Robert dalam hati.dan kat mulut gua cakap
"Sorry.Im not really sure."

"Why I always see Asians drive expensive cars?" petah Robert lagi sambil mengerutkan dahi die.Die pandang gua.Mahukan respon gua barangkali.

Dan gua senyap je.hahaha.Nak membalas tapi tengah main susun2 ayat kat dalam kepala ni jap.

"Mostly Asians that study here came from wealthy family...thats why they can afford to buy these fancy cars" celah Ryan.Menyelamatkan gua daripada menghadapi situasi awkward.


*********

Petang tu agak windy2 dan matahari pun agak terik.Keadaan cuaca yang sangat ideal untuk kami menge'test' prototype kami. Suhu persikitaran pada ketika itu adalah 25 celcius manakala suhu prototype kami setelah 10 minit 'testing' dijalankan adalah 48 celcius. Kire berjayalah project kitorang nih.

tiba2....
kereta sport tadi lintas balik kat sebelah kitorang...

kami ramai2 pun memandang kereta tersebut....
selepas kereta tersebut beredar sahaja daripada kitorang...kami pun gelak reramai..
hak...hak..hak...

"Jeeez....he's really want to show off his car." kata Robert.

maka kali ni gua pun menambah beberapa perkara yang telah gua pikirkan setahun yang lepas... (= = ")

"In our country this car is damn expensive.We can't afford to buy it.That's why we buy it here."

"Really?" tanye Robert.

"Yeah.Like iphone too. Im sure you guys realized most Asian students here use apple products like iphone,ipad, mac.Its because their prices in our country are very expensive. The only possible way to use these things is to buy them here." tu die gaya jawapan gua...macam jawab essay.... tapi grandmother(grammar) gua still tetap kelaut.hahaha.

oleh itu misteri Asians memakai iphone dan kereta2 mahal pun terbongkar.he he he.

*******

p/s: aritu gua jalan2 ngan classmate english gua.sorang mamat cina China yang umurnya dalam lingkungan 18 tahun.Sampai di suatu parking lot die keluarkan kunci kereta die dan

oing...oing.. *ni bunyi alarm.bukan bunyi babi ok

gua carilah mane kete die...tengok2 BMW 5 series weyh..perrrggh.
------------------------------------------------------------------------------------------
New Song Update!

Goliath - Mestakung
Kerispatih - Menjemput Impian


p/s: actually sekarang ni ak lagi suke layan lagu2 korea daripada indo.

Wednesday, September 28, 2011

starfish

Wednesday, September 28, 2011 20
Starlight.Gua bese kena ngan abang2 gua mase gua kecik.Diorang letak tangan secepuk kat dahi gua.Tarik jari tengah ke atas dalam 2 3 seconds pastu lepas.Rase die? Macam makan roti nan cheese cicah sambal belacan tahap chancellor punyer pedas. Ape2 pun topik gua pada hari ini bukan pasal starlight tapi starfish. *Nampak tak intro gua ngan topik takde kena mengena? hahaha.dang lu phatleng.

Ni mase kelas tadi.Lepas dah abis discuss dengan group member gua pasal paper masing2 gua pun nak balik ke maje gua.Sambil duduk atas kerusi, gua kayuh pelan2 kerusi gua dengan kaki dan tetengah mengengsot tu...gua bertembung dengan sorang awek chinese daripada China.


 

"You should stand at the back of the chair.and push it from behind" kate awek tu lembut.

Gua cakap. "This is easier.more relax". sambil tersenyum.

Die pun tersenyum manis.

Die cakap lagi "You look like a starfish"

"What?" gua tanye sekali lagi.nak makesure gua dengar betul2 ape yg die cakap.

 "You...look..like....a STARFISH" ulang die.

Gua buat muke blurr.Jadah ape ak ni macam starfish?

" Did you know starfish?"

Gua buat muke blurr lagi.

"Okay2.I show you starfish".die gi kat PC berdekatan nak google jap.Tapi belum sempat die nak google dah ade budak lain nak duduk kat pc tu.Oleh itu die pun explain jelah bendalah tu kat gua.

"It is a creature that lives at the sea...like a star"

"ohhhhh.okay2" kate gua. Rupe2nye starfish kat China pun duduk kat laut. *apakah?

"The way you move before was like a starfish" kate beliau lagi.

"oooooo." mulut gua balas.Dalam hati still mencarut lagi ape jadah aku gerak tadi ngan starfish?

*****
Lecturer suruh gua bukak PC.check balik essay gua tapi gua malas.lagi 6 minit kelas dah nak abis.So gua gi balik kat awek tadi.

 "Can I read your essay?"

"Sure but my essay is boring.I don't even interested to read it". sengeh die lalu die tunjukkan essay die kat gua.

"Hurmmm...." gua buat muke gaya imam muda tengah berpikir. (Anonymus : Celaka.Macamlah die tahu.) hahaha.Lepas gua baca dua tiga baris ayat die gua terus buat conclusion:

"i think you put a lot of facts thats why its boring..."

"Oh.okay.thanks.So...whats your major? " beliau tetiba menukar topik.

"Mechanical Engineering." kata gua dengan muke yang inesen.Apekah kepentingan membuat muke inesen time ni pun gua tak tau.hahaha.  "You?" gua tanye balik.Tak reply pape kang mengajuk seminggu pulak minah ni nanti.*stereotype untuk awek2 msia.hihi  :P

"Im majoring in Environmental science"

 "You know what.In Malaysia we call Starfish...Tapak Sulaiman".

"aaa? Park Sheman?"  *alahai cuteenye cara die pronounce.hahahaha.Cam sioot perangai aku nih.damn.

Gua ajar die care nak pronounce Tapak Sulaiman.Pastu kitorang berborak sampai habis kelas."


p/s: Oh Mak...takpekan kalau awek Cina? hahaha.
------------------------------------------------------
New Song update!
merpati - jalan terangmu
opick - rumput bertasbih


p/s: untuk irine.gua tau lu suke opick.haha

Thursday, September 22, 2011

power maths

Thursday, September 22, 2011 27
Supaya lebih feel menaip.Gua nak membahasakan diri gua 'aku harini.

aku sekarang ni tengah pening kepala nak siapkan essay aku ni.Tajuk die stereotype.Aku dapat assignment ni last two week tapi baru harini aku nak buat.Procrastinator giler aku.Aku memang malas buat kerja awal2.Suke buat lambat walaupun ak tahu musibah buat kerja lambat macam mane.

Stereotype.Ade bermacam-macam topik yang bermain difikiran aku.Aku cube pikir topik yang interesting dan kalau boleh aku nak lecturer ak first time bace topik itu.Baru ade elemen suprise dan ingin tahu.dan bolehlah nanti aku dapat markah tinggi.

1st sekali dulu ak nak buat pasal isu budak2 pompuan korea yang suke kat mate besar dan muke kecik.Tapi memember group aku aritu cakap tajuk tu cam tak berapa stereotype so aku tukar.Aku pilih topik yang benar2 diklasifikasikan sebagai stereotype dan ade relation yang kuat dengan aku.So aku pilih untuk buat pasal tajuk "asians are good in math".

Kenapa asian dikatakan bagus dalam math? Aku kecikkan lagi skop.Kite Orang Malaysia.Kenapa kite dikatakan power dalam math? (Malaysian asian jugak en)

Daripada kecik lagi kite dah di tanamkan dengan ideologi2 kerjaya mase depan.Bile mak tanye...

"Amat.What do you wanna be when you grow up?

dan aku menjawab...

"I wanna be a power ranger"

"Nope.no...no..no nooooooooooooooooooo.Yo're gonna be an accountant.or doctor.No less than that"

*Itulah 'no' yang paling panjang yang pernah aku dengar dalam hidup aku.Second to that adalah no plate kereta perdana menteri norway. *Seyes ni.Muke ak kat sebelah ade nampak muke main2 ke? grrr...

Demi menjadi seorang accountant yang berjaya.Kite dihantar ke kelas ABACUS.Belajar teknik mengira guna jari-jemari.Takyah tulis kat kertas potong2 pun tuk kire value.Sekarang nilah hasilnye belajar ABACUS.Dua campur tiga pun ak gi taip kat calculator.hahaha.

Then system education kite.Exam oriented.Belajar betahun-tahun kat sekolah tapi akhirnya satu exam sahaja yang menentukan mase depan kite.SPM. So demi mendapat result yang bagus cikgu kite push kite dengan memberikan soalan2 dan homework yang banyak.Contohnya soalan math.Hampir tiap2 hari at least dua puluh soalan kena buat.dan kite terpaksalah buat semua soalan2 tu takut nanti kena lari kat padang.Malu beb ngan budak2 pompuan.Kalau sekolah gua dulu takde budak pompuan.Kitorang malu ngan cikgu BI.Cikgu BI ramai cun.hihi.

So kite pun buatlah soalan maths berhari-hari demi paper math spm yang duration die tak sampai 5 jam.

Lepas tu aku dah tak tahu dah ape ak nak ngarut.hahaha.Aduh.Essay ni tiga page bhai kena buat.Arrrrggh.
--------------------------------------------------------------------
New song update
Lagu ni bulan lepas punyer jugak.hehe

Zivilia - Pintu Taubat.

Monday, September 19, 2011

Siti Nokia hadiah untukku

Monday, September 19, 2011 17
gua wajibkan diri gua tuk buat at least satu entry dalam sebulan.Memandangkan bulan ni gua tak update pape lagi.Jadi gua updatelah satu harini.Korang lepas habis bace sile like entry ni.Kasik banyak trafik masuk.Sedap hidup gua nanti bile balik mesia.Ade gak duit tersimpan tuk buat beli nasi lemak nanti.hehe.

********



Ok ni henset gua.Kalau korang peratikan betul2 gambar ni...korang akan nampak henset tu bertukar menjadi nasi lemak ayam berempah.Ok tak aku mengidam sebenarnya ni.Saje luahkan perasaan kat sini.

Henset ni gua dapat bile adik beradik gua terperanjat bile diorang dapat tahu gua punyer result SPM.Takdelah gempak sampai dapat 21A1.Tapi gempak sekadar dalam family jelah.

"Eh mat.yeke ko dapat __ A1?" tanye kakak gua.
"Aah"

"Dengar cerita ko score SPM?" tanye Along gua pulak disuatu mase yang lain.
"hoyeah"

"Berapa C ko dapat?" tanye Angah gua pulak.
"Adelah dalam kosong"

Lepas tu..diorang reramai pakat nak hadiahkan gua sesuatu dan diorang mintak gua listkan benda2 yang gua nak.Gua pun listkanlah benda yang gua nak kat diorang.Memandangkan adik-beradik gua ade 4 orang.Jadi gua listkan 4 benda:



Sudahnye gua dapat henset ni.tiga yang lain tu gua rase diorang nak simpan tuk hadiah kahwin agaknya.Wallahualam.

p/s: bilelah aku nak pakai iphone ni...
----------------------------------------------------
new song update! 
lagu ni actually keluar bulan lepas tapi baru sekarang gua letak.hehe
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates ►