Showing posts with label irwansyah. Show all posts
Showing posts with label irwansyah. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

love story part 2

Tuesday, February 1, 2011 62
[background sound] lagu yang tengah korang dengar sekarang ini.

love story tempoh hari bersambung....

semenjak daripada peristiwa bermesej -mesejan tempoh hari...persahabatan gua dengan si dia semakin akrab.Ade sahaja mase free di malam hari...kami akan ber calling-calling an.Cukup sebulan kami berhubung...kitorang berjumpa.Hasilnya...dua2 puas hati...die cakap gua hensem...gua tengok die...cantik..comel.Perhubungan kami diteruskan sehinggalah pada tahun berikutnye...die call gua sambil menangis....

"Phatlee...I ade something nak bagitau you...i harap you dah ready untuk menghadapi apa jua keadaan lepas I cakap benda nih."

"Apa die? Cakaplah.You ni...buat I rase suspen lah...haih"

"I sebenarnya....sebenarnya....sakit perut".

"Ape..you mengandung???"

"Pale you.I saket perutlah.Gastrik."

Itu adalah satu antara ribuan gurauan kami.Gua saje letak satu kat sini nak kasi dramatik sikit cerita nih.haha.Sambung cerita balik...

Pada tahun _____ setelah tiga tahun kami berhubung...keputusan SPM diumumkan dan....alhamdulillah keputusan gua cemerlang tapi dia....kelihatan kecewa ya amat dengan keputusannya.Gua curious.Gua ade cube bertanyakan keputusan yang die dapat...tapi jawapan yang diberikan adalah .. "secret".

Mungkin disebabkan oleh kekecewaan yang teramat sangat...die dah tak contact2 gua lagi selepas tu.Segala call,miscol,sms,mms,video call gua semua diabaikan...tidak berjawab.

Gua pasrah.

muke tak boleh blah.kah kah kah...

Dua tahun sudah berlalu dan sampai kini gua masih lagi tidak menemui dirinya sama ade secara fizikal mahupun digital(facebook,friend finder).Dengar2 cerita...dia kini berada di Russia...menyambung pembelajarannya dalam bidang kedoktoran.Alhamdulillah...gua tumpang gembira...karna itulah cita2 yang dia idam-idamkan sejak dahulu lagi...

Andai kata umur gua panjang...dan gua diperjodohkan bertemu dengan si dia kembali.Gua berhasrat nak luahkan satu ayat yang telah lama gua pendamkan kat dalam hati ini sejak daripada dua tahun yang lalu.Ayat itu adalah.... "You dapat brapa SPM dulu?"

p/s: boleh ke macam tu? haha.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagu background cerita ini adalah single terbaru daripada Irwansyah bertajuk Tentang Perasaanku.

Nak download klik sini.

Saturday, January 29, 2011

Love story...

Saturday, January 29, 2011 29
Gua pernah cerita tak kisah cinta gua kat sini? tak pernah lagi kan? okay arini gua nak reveal satu...hoho.Gua pun tak tahu ape yang buat gua rase nak cerita benda nih.korang bace jelah...haha.

Ni mase gua form 3 tak silap...tahun tu gua dapat jadi prefect...memang terbaiklah.Sebab ape terbaik...sebab kan biasa kalau ade buat spotcheck handset pertama yang selamat dulu adalah handset saper? Prefek kan? Salah tu...first sekali handset warden...yang kedua baru prefect.haha.So...tahun tu gua bawak handset gua pegi sekolah.

Satu hari tu gua dapat satu nombor unknown daripada sorang yang gua tak kenal sama ade lelaki ataupun perempuan mahupun pondan.Gua ingat lagi first mesej die...

'Awak ade call saye ke tadi?'

Ceh.buat2 tanya konon.Tapi takpe.gua kasik chan.gua layan jugaklah mesej die...

p/s: cerita tergantung...takut ramai yang baca sambungannya nanti blurr.

kah kah kah.
----------------------------------------------------------------
New song update!

Lagu baru daripada Melly Goeslaw dan Irwansyah bertajuk Love Story.
Nak download klik sini.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates