Sunday, September 30, 2012

gangguan2 malam pertama

Sunday, September 30, 2012 11
Habis jamming dengan memember gua tadi dalam kul 2 pagi.Aliff ajak gua lepak Perkins. Perkins tu disini kami ibaratkan macam kedai mamaklah jugak sebab die bukak 24 jam. Cume beza die ngan mamak: 

1. Kaler kulit pekerja antara dua kedai ini berbeza seperti kate pepatah bagai langit dan pluto.
2. Mamak jual roti canai..perkins jual pancake.
3. Kalo mamak kite order je teh ais...diorang selalunye akan bawak air lain misalnye air sirap takpun kopi o panas. Tapi perkins nih kalo kite order teh ais...diorang akan bagi teh ais...tapi!!! tanpa gula. Jadi...orderlah dengan lengkap lain kali "i want sweet ice tea" instead of "i want ice tea". *aku dah terkene tadi.grrr...

**************
Tetengah tunggu turn untuk mengambil tempat duduk. Gua ternampak ade satu family masuk dan bersame-same mereka ade satu bride yang gua tau die bride sebab die pakai baju pengantin. Yang husbandnye gua confuse yang mane satu sebab ade 2 laki bertuxedo kaler dan fesyen yang same.

Laki tuxedo 1 and lelaki tuxedo 2:  Melalui pemakaian diorang yang casual gua agak diorang baru sahaje bergangnam style pulang daripada majlis yang grand. Majlis apekah itu dapat gua simpulkan dengan interaksi mereka dengan bride tadi. Ape yang buat gua rase insecure dengan mamat dua orang ni diorang cakap between each other sangat rapat sehingga gua rase diorang berdua macam nak comolot je. Gua dahler duduk rapat dengan diorang. Dengan body yang tough (--) dan muka serta rambut yang hensem ala Siwon super junior gua takut gua kene ngurat je nanti. Jadi sebelum terjebak gua lari jauh2.fuhhhh.... *hak3.dem perasan.

"Ehhh.pengantin ni...memalam buat project la.pegi makan lagi sini buat ape?" komen Gborn.

"Eh kau...diorang sebelum kawen dah project tadenye terburu-buru macam orang kite kul 9 malam dah masuk tido" celah Arip.

****************

Bercerita pasal project malam petama ni gua ade terpikir gaklah...ade bestnye jugak kalau dapat kenekan sesaper mase malam pertama diorang.hehe.

Probably...mungkin kite boleh:

1. Mintak password internet kat diorang.

Tukk...tukk...tukkk *bunyi ketuk pintu
ngeeettttt. *bunyi pintu dibuka sambil abang/kakak lu buat muke ju on disebalik pintu.
"Ye mat..ade ape mat?"
"Tak nak tanye...password tenet rumah kite ape eh? orang lupela"

2. Mintak sejadah.

Walaupun melambak lagi sejadah dekat rumah tu.sejadah kat bilik diorang jugak korang nak.Jadah? haha

3. Mintak tumpang tido situ.

Biasenye pangantin baru akan dapat bilik yang paling best dekat rumah. Contohnye bilik tu ade aircond, katil die best, bilik kalis bunyi dan sebagainye. Jadi daripada guna bilik yang best dua orang korang mintaklah dikongsikan dengan korang jugak.

4. Mintak bukak hadiah diorang.

Tukk...tukk...tukkk *bunyi ketuk pintu
ngeeettttt. *bunyi pintu dibuka sambil abang/kakak cube buat muke tenang macam tade pape yang berlaku kt dalam bilik tadi.
"Ye mat..ade ape mat?"
"Angah..orang curious la ape ade dalam kotak kaler hijau tu...orang nak bukak yang tu dulu boleh tak?

p/s: cubelah buat.silap2 boleh dapat kaki.haha.

Tuesday, July 17, 2012

Tragedi 15 July di Ames, Iowa

Tuesday, July 17, 2012 8
Mase tu pukul 10.30 pagi tak silap gua. Kalo gua silap..probably 9.30 pagi kot. tak pun 8.30 pagi. Tak kesahlah pukul berapa janji yang setengah tu gua kompem betul. Tetengah mereban atas katil.gua terdengar suare rumate gua yang sayup2 kedengaran...

"Hah? Ko biar betul Bean! Serius ke rumah ko terbakar? Betul? Bile terbakar? blablabla...."

"Ok2 ak datang sane sekarang."

Mendengar perkataan 'rumah terbakar' buat gua tersentak sekejap.Gua rase curious. "Nak pi tengoklah cani.curiga tau aku." Last time gua rase curiga adalah mase Lisa Surihani dikobarkan nak kawen dengan Yusry. Gua ingat tu khabar angin je.last2 betul jadi. sobs. So...gua pikir kes rumah member gua terbakar ni betullah pun jugak jadi.

**************************

Jalan ke apartment tersebut tutup. So kitorang parking kereta kt kawasan berhampiran dan berjalan kaki dari situ. Asap banyak. "berjerebu" bak kate orang Johor ataupun "I can't see you" bak kate orang putih. =.= Bebudak bomba masih lagi berusaha memancutkan air untuk memadamkan api. Gua rase kagum. Seumur hidup gua tak pernah lagi gua tengok bomba padam api secara live. Dulu sekolah asyik tengok demonstrasi padamkan api kt dalam tong minyak je. At least bakarlah makmal KH ke...bilik pengetua ke baru betul kan? hak3 (ok aku gurau =.=) .

Rilex je ha brader bomba ni padam api.Siap leh duduk lagi. Ni gua rase kalo pi dekat2 leh nampak frappe caramel ngan big mac ni kt depan die =.= (pic credit to Hajar)

(pic credit to Ames Tribune)

(pic credit to Ames Tribune)

Amet.mengenangkan nasib bebarang ditelan api. (pic credit to Ames Tribune)

Antara mangsa2 yang lain. (pic credit to Ames Tribune)

*************************

Kesan daripada kejadian ini.... 17 orang member2 gua.Malaysian semuanya kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Syukur Alhamdulillah. Itu lagi penting sebenarnya. Bak kate pepatah.... "PS3,COD (call of duty), rumah bagai boleh dibeli...nyawa kita hanyalah satu.

Antara liputan2 daripada media tentang peristiwa ini

MHI, Radio RTM

Front page paper New Straits Times dan berita harian. Femes dah haa member2 aku.haha (pic credit to Helmi Zulkifli)

p/s: harini takdak lagu.pasal aku pun berkabung.

Wednesday, June 6, 2012

Undelicious Pancake

Wednesday, June 6, 2012 16
Disebabkan peristiwa tempoh hari. Gua berazam untuk berjiimat cermat. No more panda express, no more subway, no more gyro dinner, no more frappe caramel twice a week etc. Nak bayar saman lah katekan. Tak bayar kang...gua pecah tradisi keluarga pulak satu2 nye anak Osman yang masuk penjara. Bukan sekadar penjara biasa beb.Penjara US lagi. Dah lah bapak gua dulu polis..pakcik gua pulak sekarang orang besar kat bukit aman. Memang memalukan satu family.Haddui.

***********************************

"Kruuukkk....kruuuuukkk" bunyi perut gua berbunyi bukan bunyi orang berdengkur ok. La ni baru gua perasan bunyi orang yang berdengkur ngan bunyi perut lapar tak jauh beza. Lapar. Gua pikir nak makan luar. Tapi beli teringatkan duit saman aritu gua batalkan sahaja niat gua:

"Nawaitu saumaghadin...no makan luar...kerana nak bayar duit saman" (keh3.)

Gua check gerobok makun gua. Ade sebungkus lagi maggi tomyam. Gua bukak peti ais...Ade lapan biji telur lagi dan gua terfikir nak buat maggi tomyam telur. "Emm muak lah pulak" kate gua sendirian. Saki baki rase maggi tomyam semalam masih lagi melekat di celah2 kerongkong gua. Tetengah nak tutup pintu peti ais tersebut gua ternampak sekotak tepung pancake. 'Power Hungry complete buttermilk pancake and walffle mix'. "Huh.boleh jugak nih. Dulu rase megat buat macam sedap". 

Gua pun baca instruction membuat pancake di belakang kotak. Pendek kate nak buat pancake tu senang je. Campur satu cawan tepung dengan 3/4 cawan air. Kacau hingga sebati semuanya. Panaskan pan. Dan tuang. Senang bukan? Tetiba gua rase ramuan tu macam tak cukup. Gua macam pernah nampak Megat dulu buat die letak telur. Jadi gua pun memandai campurkan sebiji telur bersama ramuan tadi.

*************************************

Pan dah panas. Jadi gua pun tuangkan adunan tadi ke atas pan. Gua cube nak jadikan bentuk pancake gua bulat tapi bentuk hexagon pulak yang jadi.hahah.Adoi. Gua check tahap ketebalan pancake gua nih. Nipis. "Tak layanlah nanti" fikir gua. So dengan rakusnye..gua tuang semua adunan tadi ke atas pan. Tanpa disengajakan bentuk pancake gua transform menjadi bulat (die ikut shape pan). "Wahaha. Lawa dan nampak sedap.Arrggggh. Ni saper2 nak pau memang tak dapatlah. Aku nak makan sengsorang.hahaha" 

beberapa minit kemudian terhasillah....

Dah macam telur dadar dah pancake aku nih.Dem. Kalau letak sos ni semua orang boleh tertipu.huhu

************************

"Asri...oh Asri...."

"haaah kenapa?"

"Tak aku ade buat pancake ni haa. Kalau ko nak makan ko amek jelah atas meja.Nak habiskan pun takpe" 

p/s: tak sedap.dem (T.T)
------------------------------------------------------------------------------

New Song update


Wednesday, May 30, 2012

Babai smartphone

Wednesday, May 30, 2012 7
"Kroooooook kruuuuk.Krooookk kruuuuk..." Lokman dan Daniel berdengkur. Gua yang tengah memandu toleh sedikit kebelakang sambil menggeleng-geleng kan kepala. "Mak aih diorang nih. Cover2 lah sikit..." Dalam pada ketika itu gua perasan cuaca sekeliling makin lame makin cerah. Pukul 5 pagi...gelap malam mula cerah sikit dan pada pukul 5.20 pagi cerah die dah macam siang betul. Inilah die keunikan musim panas.Dulu mase sekolah dok dengar je cikgu Asmaniza bercerita mase kelas Geografi. La ni..gua dah tengok dengan mata kepala gua sendiri gua rase ianya sangat stylo (jadah?).  "Subhanallah...kuasa tuhan" kata gua sengsorang kagum manakala empat lagi penumpang yang lain masih lagi lena dibuai mimpi. Grrr.

Rase boring sebab gua tak tau nak buat ape lagi time tu. Jalan kat depan lurus je....lagilah bertambah boring gua...takde nak main belok2. Jadi gua pun tekan pedal minyak kuat2...saje nak buat rekod peribadi. Kat Malaysia gua bawak kereta kancil berapa lajulah sangat gua boleh bawak. Nak masuk 100 kilometer per hour pun kancil tu dah menggigil sejuk. Kalau disarungkan sweater kat kancil tu gua rase boleh lah kot bawak laju sikit. =.=   . Nak lagi laju...sarungkan winter jacket mungkin? haaa. Gua dah terlebih suda.hahah. So paling laju gua bawak time tu adalah 112 miles per hours.(Kereta yang gua pandu adalah KIA Spectra)

********************************
Tinggal 1 jam 14 minit lagi masa perjalanan. Gua tak sabar nak cepat sampai Ames. Nak relaks cepat. Nanti boleh study algebra dengan religion pasal esok dua2 subjek ni gua ade exam. Tapi memandangkan gua dah nak masuk area Des  Moines, ibu negeri Iowa...gua rase better gua slow down sikit jadi gua pun stop press minyak..dan gua tak brek pasal mengikut pendapat pembawa-pembawa kereta yang pro kalo nak slowdown release je pedal minyak. Pakai brek tak cool lah bro. So kereta gua pun meluncur laju sambil speed kereta turun secara  berperingkat. 105....103...98...95...92. (speed limit disitu: 70)

"Eh eh.tu bukan polis ke?". Ade sebiji kereta sedang berparking leklok di bahagian tengah jalan.Gua pandang betul2 kereta tersebut dan tak salah lagi firasat gua...itu kereta polis.

Dem. ( Baru ingat nak beli henset baru (TT) )

Polis tu mengekori gua daripada belakang dan bile die dah rapat dengan gua...die pun pasang lampu raye die tuh. Gua paham akan signal tersebut lalu gua pun berhenti di bahu jalan.
**************************************
"Why so hurry?" tanye polis tersebut kepada gua.

"Errr...errr...I wanna go to restroom".

p/s: huh nampak sangatlah ak menipu.hahaha.



p/s: tetiba rase nak keje.emmmm
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
New song update!

Indah Dewi Pertiwi - Ku tak Berdaya

Monday, March 26, 2012

Aku nak beli Apple oi.

Monday, March 26, 2012 13
Sambil duduk di bahagian belakang sekali bilik darjah. Gua mengeluarkan laptop gua dari beg...letakannya di atas meja dan gua log in:

Username: ...phat2
password: (mak ak pun tak tahu.ni nak bagitau korang.harapanlah.haha)

Tepat pukul 11 pagi registration untuk kelas summer akan bermula dan gua taknak register lambat2 takut kelas yang gua nak penuh. Kelas religion 210 sejak akhir2 ni high demand okay. Ramai student nak kelas ni sebab kelas ni senang score dan mase pembelajarannya sangat sekejap.Sebulan jo. 

Kalaulah subjek2 spm kite belajar sebulan je lepas tu exam. Rase2 korang ramai tak fail? Mestilah kan? hak3. Tapi depends lah. Kalau kite amek satu subjek je macam English memang insyaAllah lah kan boleh score. Tapi kalau dah sampai 10 subjek gamaknya...memang longkanglah kot resultnye.haha.

Jadi...(sambung cerita gua tadi) dalam tengah2 gua men'register' kelas. Gua perasan ade beberapa orang student mengusha-usha gua. Ya...gua tau sebab ape. First sebab gua hensem. Memang tak dapat dinafikan lagi. Second sebab bunyi kipas laptop gua ni....BISING. Kalau ade pompuan kentut die takpayahlah risau orang lain dengar ke tak. Memang bunyi kipas laptop gua ni boleh cover bunyi kentut diorang. Bercerita pasal hangin perempuan ni ...korang tau kan bunyi kentut pompuan bising die macam mane? Jadi tak perlulah gua citer kat sini en.haha. 

Segan. Gua pun register kelas gua cepat2. Tutupkan laptop gua laju2. Pastu sorokkan die ke dalam beg gua.

p/s: Tetiba aku rase nak beli Apple. Ade usha jap tadi. Sebijik $1200. Damn2. Kat malaysia jugak murah. Sebijik 30 sen je kat pasar malam Senai.


Friday, March 9, 2012

Interview with Baker Hughes

Friday, March 9, 2012 14
Seperti biasa gua bangun awal arini (yolah tu phatlee...yolaa..)
Bersiap sedia dengan: pen...resume...earphone...henset...log in skype.
Pukul 8 pagi gua ade phone interview dengan Baker Hughes, syarikat oil dan gas.bukan syarikat minyak okay walaupun name die dah nak dekat2 dengan Bakery.Tak bermaksud company ni jual roti.



Tepat jam 8.04am gua terima satu panggilan telipon...
Pasal dah seminggu lebih gua prepare tuk interview nih.Tiap2 hari gua bukak youtube cari tips.Search google cari contoh2 soalan interview. Duk ngadap website company nih berejam-rejam umpama gua menonton runningman...
Maka gua dengan semangat menjawab panggilan tersebut:

Stranger: Hello

Gua: Yeah? This is Phatlee.

Stranger: Phatlee...soalan Dynamics 3/257 ko dapat jawab tak? Tolong aku boleh?

Gua: WTH?

hak3.Okay gua saje buat lawak.Dialog di atas gua reka je.haha.

***************************

Ini yang sebenar-benarnya berlaku...

Interviewer: Hello, I'm from Baker Hughes. I am going to conduct an interview with you for about 30 minutes. So...  :

(antara soalan2 yang ditanyakan kepada gua)

Tell me about your degree.
What is you GPA?
Are you in Iowa right now?
Which countries you are eligible to work...?
What language you fluent to speak and write?

Lepas gua dah jawab soalan2 basic nih. Gua ditanyekan soalan2 yang kalau ditanyakan kepada orang yang  kurang persediaannya...diorang akan menjawab "Dafuq?"

antara soalan-soalannya...

1. Why you apply to Baker Hughes?

Jawapan versi LOL dalam bahasa Melayu:  I dari kecik sampai la ni suka makan ikan bakar. Since I fanatik giler ikan bakar, dan your company pun ade name bakar (baker) tu yang I apply tuh. Lagi satu hal...I dengar baker hughes banyak bapok? Mestilah I nak pegi shanee(sane)...  *hak3...damn2.

2. Give an instance you applied your technical knowledge to somewhere outside your class room, is there any difficulty you face? and how you overcome them?

Jawapan versi LOL dalam bahasa Melayu 2 : Tengah hari semalam I lapar sangat sebab I tak makan dari pagi. So menggunakan knowledge yang I belajar daripada sekolah teknik I dulu (technical knowledge)..kalo lapar sangat...nak makan cepat...masak je maggi.5 minit siap. Jadi I pun balik rumah masak meggi. Difficulty yang I hadapi adalah mase nak makan maggi tu.. Housemate2 I semua sibuk je nak pau. grrr. Jadi ape yang I buat? You'll mesti nak tau kan? hak3. I spit(ludah) dalam maggi tu. Pastu semua orang taknak nak makan maggi I walaupun I paksa diorang suruh makan. 

3. When you dealt with a bad group member and how did you deal with him/her?

Jawapan versi LOL dalam bahasa melayu 3: Kalau diorang lelaki. I pulaukan die je. Kalau pompuan....cun lagi. Tiap2 hari die jadi bad girl pun I tak kesah. hak3...

p/s: gua memang sengaja kasik font die kocik. Bagi korang struggle sikit nak baca. hahaha.


*********************************************

Ape2 pun...Alhamdulillah interview gua berjalan dengan lancar.Gua rase gua dah buat yang terbaik.Kalau dapat syukur alhamdulillah...gua dah boleh start pikir nak beli lampin bayi...troli budak2 kecik.hak3.Kalau tak dapat...no worries.summer ni gua boleh lenjan main ps3 smpai 3 bulan.

wassalam.

------------------------------------------------------------------------------------------------
New song update.

Armada - Hargai aku
Zolla - 1000x sayang
Putih - Cinta tanpa alasan

 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates