Burrrpppp....
Perrhh kenyang giler gua hari ni.
Sup gearbox,daging kambing masak kurma dan daging kambing BBQ.
Semua itu gua telah gua sebat hari ni.
Puas oh puas....
Berape trip entah gua makan tadi gua pun dah lupe.
Mungkin lebih daripada sepuluh kali gua rase pasal angka sepuluh itu nampak macam banyak dan gua saje nak poyo kat korang semua yang gua makan banyak hari ini.he he he.
Saper bilang perut kecik macam gua ni tak boleh makan banyak? Saper bilang? Siti Sifir? Jangan percaya cakap die pasal dia tak reti bilang,die reti bersifir je.hoho.(giler hambar lawak lu PhatLee)
Sory2 semua...lawak gua tak berapa nak menjadi hari ni mungkin pasal gua banyak ratah lemak kambing kot tadi.ehe.
Karim :Aku makan lima pinggan tadi beb.Ko berapa banyak?
PhatLee :Memang sah ko giler.Orang semua makan daging kambing.Ko pulak makan pinggan.Haih.
Karim : grr....
Ape2 pun tahniah kepada budak2 Drake University kerana buat julung2 kalinya berjaya mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan jayanya.Terasa sungguh kemeriahan di sini tadi dengan kehadiran kesemua student2 daripada Iowa yang meramaikan suasana....bergotong royong melapah dan memasak daging2 kambing yang telah disebelih pada pagi tadi.(untuk pengetahuan semua,sebanyak lapan ekor kambing telah berjaya dikorbankan.Alhamdulillah)
Meriah en?
Tulah saper bilang sambut raya haji di us tidak meriah? Saper bilang?
Tulah saper bilang sambut raya haji di us tidak meriah? Saper bilang?
SIAPA BILANG GADIS MELAYU TAK MENAWAN.TAK MENARIK HATI,TIADA MEMIKAT...(sambung sampai habis lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdilah)
Anonymus: Ko ape kes ni Phatlee? hambar dowh lawak ko.Takkan kerana lemak kambing yang ko makan tadi kot.It doensn't make sense.
Phatlee : Lah,lawak ni aku copy paste daripada blog ko jugak.
Anonymus: Oh ea? Damn damn.
p/s: Bau asap BBQ sudah melekat kat rambut gua.Emm....seminggu lebih lah nampaknya rambut gua bau asap.owh yea.

