Thursday, October 28, 2010

Name LeeosDOTfm tapi mane lagu?

Thursday, October 28, 2010 42
Aman en?
Senyap je.
Nasib baik gua tak tertidur time gua taip entry nih.

Gua terpaksa buang playlist gua buat sementara waktu sebab file hosting gua tetiba je buat hal.Mungkin pasal gua lupe nak tarik flush kot kat jamban tadi.Haih.Damn damn.

Orang yang sukakan keamanan pasti happy bile bukak blog gua.
Dan orang2 yang jiwa kacau macam gua pasti rase lagi kacau bile tak dapat
dengar lagu2 jiwang nih.
Jadi relaks, gua akan cuba setelkan masalah ini secepat mungkin.
Tapi gua tak janji pasal gua tengah busy sekarang nih.
Comment2 korang pun gua ade tak balas lagi en? emm...

sejarah: LeeosDOTfm ni nama panjangnya adalah LeeosDOT:fadhli mengarut.
Jadi lagu2 indon2 tu sebenarnya hanyalah bertindak sebagai side project gua.

Dan benar... Fadhli name gua.comel en name tu?haha
Gua saje tukar jadi Phatlee sebab nak nampak brutal sikit.
Tapi ingat!!! walaupun name brutal tapi kat dalam hati ini masih lagi ade taman.ehe.

Anonymus "Weyh aku tak tenang ah, mane lagu kau ni?"
Imam muda PhatLee "Jom baca Almaksurat sama2.InsyaAllah tenang hati lu nanti"

p/s: err...err.... B)

Monday, October 25, 2010

Cerita hantu

Monday, October 25, 2010 56
Mungkin korang tak boleh tidur malam lepas baca entry nih.
Jadi kalau korang rase tak mampu hadapi perkara ini.Gua rase korang tau nak buat ape.ehe.
-----------------------------------------------------------------------
Nak jerit atas gunung.Takde gunung di sekitar gua.
Nak jerit dalam jamban orang pasti akan tnye "susah sangat ke nak melahirkan kapal selam lu tu?"
Nak pukul member gua.Tak sampai hati pulak.Semua muke seposen je.haha.
Nak gelak tanpa sebab orang akan cakap gua giler...
Jadi tengok cerita hantu adalah satu medium untuk gua melepaskan tension....

"Aaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgh" Phatlee menjerit.
Mael. "Come on lah Phatlee,cerita baru start lima minit,hantu pun belum keluar lagi ko dah jerit ape kes?"
Phatlee. "Err saje lepas tension.Susah dowh paper physics tadi.Damn Damn."

Amacam? nice en?

Semalam gua baru je tengok cerita Paranormal Activity 2 kat panggung.
Perrh....
Tangga tempat minah tu kena seret lebih kurang nak sama macam tangga rumah gua.Adoyai.

di rumah selepas menonton movie tersebut....

Gua "Ko takut tak nih?"
Mael "Come lah beb,tu cerita je tuh.Mane ade takut"
Gua "Aku nak turun bawah jap nak tengok TV.Ko takpe en kat atas nih?"
Mail "Err...err...Jomlah turun sekali"

Gua cube taknak gelak tapi... (kah kah kah)
Tergelak jugak.Damn damn.

Sila tengok gambar di bawah....


Hensem en?Emm.Habislah.Memang tak tidurlah korang malam nih.haha.(saper rase nak rembat gua silakan)

p/s:Yang laki kalau korang pun same jugak.Memang sah korang gay.

Friday, October 22, 2010

ketika Phatlee bertasbih part 2

Friday, October 22, 2010 31
untuk bahagian satu sila ke sini.
------------------------------------
Selepas Imam muda PhatLee sedar akan kesilapannya,
die berikrar untuk membekukan title Imam Muda yang diberikan kepadanya untuk sementara waktu.

Kini PhatLee di beranda rumah sedang beristirehat di kerusi malasnya...

"Aku nak makan ape ye hari ini?" tanya PhatLee kepada dirinya sendiri.
Perutnya masih kosong sejak daripada pagi lagi.

"Kan bagus kalau kat sini ade nasi kerabu", ngomel PhatLee sendirian lagi.
Teringat dia akan Nasi Kerabu Pak Wahab yang biasa dibelinya di bazaar ramadhan pada suatu ketika dahulu.

Dan sedang PhatLee duduk relaks-relaks korek hidung,tiba-tiba dia perasan seorang wanita berbaju T bertulis 'Love is Cinta,Cinta is sucks' datang ke arahnya.

"Mak aih,giler syahdu kisah cinta minah ni",ujar PhatLee sendirian lagi.Tragedi dirembat dengan bola semalam benar-benar menjadikan penyakit bercakap sorang-sorang di dalam dirinya semakin menjadi-jadi.

PhatLee "Ye siapa lu ni? Nak cari saper?".
Wanita  "Mat,kakak tau ko kene rembat dengan bola semalam,takkan arini ko dah hilang ingatan kot.Dah jom ikut aku pegi pasar.Mak suruh beli ikan."

di pasar...

Si penjual  "Ye encik nak beli ape?"
PhatLee    "Ikan kembung ade tak?Mak gua nak masak asam pedas hari ni"
Si penjual  "Err..encik ini kedai jual kain je.Kedai jual ikan ade kat depan sana."
PhatLee    "owh ea? Damn damn."

-tamat bahagian 2-

p/s: tengah boring sebenarnya nih.tu yang panjang benar cerita gua arini.ehe

Thursday, October 21, 2010

Diari Phatlee

Thursday, October 21, 2010 46
Seperti biasa,imam muda macam gua akan bangun awal pagi setiap hari untuk menunaikan solat fardu subuh.
Ape yang membuatkan gua ini unik berbanding dengan imam2 muda yang lain ialah diorang solat subuh pukul enam pagi tapi gua buat pukul lapan.haha.
Bukan salah gua.Serious.Alarm gua tak bunyi tadi.

Satu perkara yang best gua discover pagi tadi ialah asap keluar daripada mulut gua.
Perrh...
Gua jadi jakun sekejap.
Orang lain bernafas macam biasa,gua bernafas macam orang semput.
Gua tak kesah ape orang nak kate sebab orang yang hanya hisap choki2 macam gua nih bile mase lagi en nak tengok asap keluar daripada mulut.

Di bus stop.Mase tengah tunggu bas untuk ke kelas...
Macam biasa,awek2 mat salleh yang cun2 akan mengerumini gua.

Lokasi apartment gua yang terletak di dalam kawasan 'Sorrority House' (hostel perempuan) membuatkan gua seringkali bertembung dengan diorang.
Ade yang gua kenal, gua cakap "Dah sarapan pagi belum?"
Ade yang gua tak kenal,gua selamba je cakap "Tak sejuk ape pakai seluar pendek pegi kelas?"
Gua tau diorang semua tak paham bahasa Melayu

tapi saje best pepagi buta bagi minah2 saleh ni blurr.haha.

p/s: Gua janji gua takkan buat lagi.Segan jugak beb.ehe.

Monday, October 18, 2010

Phatlee karang novel?

Monday, October 18, 2010 75
Tadi gua baru je tengok cerita Lagenda Budak Setan.
Perrh... (sob...sob)

"Saya mencari Cinta,Saya bukan mencari wanita", antara dialog yang dilafazkan oleh Kashah,
hero dalam cerita tersebut.
Cool en ayat tu?

Mendengar dialog tersebut membuatkan gua teringat akan kata2 Azizah Ayob..
"Mat,ko pegi pasar kang cari ikan kembung tau,bukan ikan semilang".
Haha.Tu mak gua sebenarnya.(cayang mak.ehe)

Filem Lagenda Budak Setan ini adalah adaptasi novel hasil tulisan Ahadiat Akashah.

Bercerita pasal novel...
Gua dulu pun ade jugak mengarang sebuah novel.
Tajuk dan poster novel gua ade kat bawah ni...


Lagu tema die adalah lagu yang korang tengah dengar sekarang ini.
dan cerita die lebih kurang macam ini...

Imam muda PhatLee, "Leman,aku nak mintak diri dululah.Nak ke masjid sebentar nak solat Maghrib".
Leman, "Ko buang tebiat ape ni Mat.Zohor pun belum lagi ko nak Maghrib ape?"
Imam muda PhatLee, "Owh yeke? Damn Damn".

-tamat bahagian satu-

p/s: Novel gua memang pendek je.ehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagu tersebut adalah lagu baru daripada Duamata bertajuk Nurlela. 
Untuk mendownload lagu tersebut
sila klik di sini.

Wednesday, October 13, 2010

yang sempurnakanku

Wednesday, October 13, 2010 66
Gua dulu sekolah sejenis.All boys school.
Bila orang tanya gua "Apekah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup anda?"
Gua takkan cakap
"berjaya tak tidur dalam kelas biology" ataupun
"kalahkan budak gemuk lumba lari seratus meter",
Jawapan gua ialah :
"berjaya menghabiskan pembelajaran di all boys school selama lima tahun".

Bak kata member2 gua,belajar kat sekolah lelaki ni tak best sebab takde perempuan.
Tak semangat nak belajar sebab tak ade inspirasi.Tu yang masuk kelas rase nak tidur je.
Tapi sekarang,bila di universiti masuk kelas pun same jugak tidur.
Jadi tidur dalam kelas dengan wanita langsung tiada kaitan.

Oleh itu,hari2 seorang pelajar lelaki di sekolah lelaki disempurnakan
dengan kehadiran cikgu2 perempuan dan juga makcik2 dining.
"dan kadang2 juga,sumber inspirasi aku datang daripada budak2 yang jambu." kata member gua Tambun.
Jadi, kesimpulannya ialah
"Tambun ko gay dowh.haha."

dan macam biasa,ini dia example gua utk tajuk ini...

"Saper yang sempurnakan lu?"
Anonymus 1,  "Awek gua"
Anonymus 2, "Balak I"
Imam muda PhatLee, "Allah Taala"

p/s: err.err..ehe.

p/s: Gua busy weekdays ni.Sorry beb tak dapat nak lepak blog korang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Song update!

Lagu ini adalah request daripada Pinky Pixie
Daripada 6ixth Sense bertajuk Yang Sempurnakanku.

Untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

p/s: Pinky,okay tak sound die? Sorry ek sebab lambat.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates