Sunday, October 10, 2010

Kamu boongin aku

Sunday, October 10, 2010 49
Boongin adalah bohong a.k.a tipu

Elemen yang penting dalam percintaan adalah bersifat jujur antara pasangan.
Ingat!!! Lu tak jujur,tak bertahan lame beb hubungan korang.
Contohilah pasangan kat bawah ni...

Awek. "Sayang...,sayang kentut ke tadi?
Balak."Aah.I punyer yang bau telur tu.
Awek. "I pulak yang bau bangkai tu..Hihi"

haa nampak tak? sifat jujur macam ni yang kita mahu.
(takde idea lain ke PhatLee?busuk betul example ko nih)

Selain pengguna2 skim cepat kaya,
orang yang mudah ditipu adalah kanak2.
sebab ape?
sebab diorang kanak2lah.(giler jelas explanation ko nih Phatlee)

Gua pun biasa jugak tipu anak sedara gua.
Best beb.

Gua, "Baik lu jangan masuk jamban tu.Sebab kat dalam tu ade hantu",
Sepantas watson nyambek,kakak gua sepak gua.
"Ko pehal nak takut2 kan aku?"

Owh Damn.Itu kakak gua rupenye.
Sorry kak.Gua tak pakai spek tadi.ehe.

p/s: weekend dah nak abis.Gua dah start jadi busy balik.
--------------------------------------------------------------------------
New song update!
lagu baru daripada Duamata bertajuk Kamu Boongin Aku
Best lagu nih.Sila dengarkan.

Untuk mendownload lagu ini
Sila klik di sini.

Friday, October 8, 2010

sabarlah der...

Friday, October 8, 2010 47
"Sabar itu separuh daripada iman"
benda yang kerap kali ustaz gua cakap mase kat sekolah dulu.

Cerita pasal sabar,adakah korang seorang yang penyabar?
Kalau ade orang datang kat korang pastu tiba2 lempang korang,apekah yang korang akan buat?
Lempang balik lah en.
Gile hape.Takde ribut takde takde petir tetiba je datang lempang tak tentu pasal.

Sepanjang gua hidup kat muka bumi ni gua dapat discover dua orang hamba Allah yang cukup penyabar.
First ialah mak gua...
Ape pun yang gua cakap kat mak gua,mak gua relaks je...

Gua. "Mak.Pasu bunga kat garden mak dah pecahlah,Amat tersepak tadi.ehe"
Mak gua. "Takpe2,esok mak beli yang baru"

Cool en mak gua?
Gua bagi satu example lagi:

Gua. "Mak,Amat laparlah"
Mak gua  "Tulah mak pun lapar jugak ni.Ko gi goreng nugget jap."
(yang ni ape pula kaitannya dengan sabar?)
Entahlah.Tetiba je gua teringat benda nih.haha.

p/s: Kalo gua rajin gua sambunglah nanti.Gua nak makan dulu.Serious tengah lapar nih.grrr... 

Wednesday, October 6, 2010

Menikahlah denganku

Wednesday, October 6, 2010 42
Pernah tak korang diajak berkahwin?
pernah tak?
gua serious pernah.
Betul lah.
Serious gua tak tipu (muka ganas)

Leha: U nak kahwin dengan I tak?
gua : Nak
Leha: Betul ke?
gua: Betullah
Leha: Kite kahwin sekarang nak tak?

tiba-tiba....

"Amaaattt! balik Mat oi.dah nak maghrib ni!!!."

Gua: Eh,mak aku dah panggil baliklah.Esok jelah kita sambung balik ea.
Leha: Okay.

p/s: teringat zaman budak2 dulu.main kahwin2.ehe.
----------------------------------------------------------------------------------------
New song update.

ini dia lagu baru...
daripada Duamata bertajuk Menikahlah Denganku

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

Monday, October 4, 2010

"I jual." Gua beli

Monday, October 4, 2010 25
nama lain untuk tajuk diatas ialah Shopping.

semalam gua gi shopping
Dengan wang sebanyak seratus dollar,gua dapat beli satu sweater calvin klein,
satu baju levis dan dua pasang kasut adidas.
Serious gua puas hati.Dahlah murah.Branded lagi tu.perrh.
----------------------------------------------------------------------------------------
Apekah tujuan kita bershopping?
untuk beli bajulah kan.takkan beli ayam percik kot.

Kenapa perempuan biasa dikaitkan dengan perkataan shopaholic(suka bershopping) ?

First mungkin sebab kat dalam badan diorang memang dah ade gene "aku suka shopping".
(saper rase nak baling bulldozer sila lah ye)

Second sebab perempuan ni gemar bergaya dan
diorang suka melihat kepada sesuatu yang cantik.
So dah nampak baju tu stylo lagi cantik.buat ape tengok2 lagi en.Belilah cepat.
Soal harga lain cerita lah beb.ehe.
Habis kalo dah semua benda kat kedai tu cantik macam mane?
haa..yang ini lu cepat2 lah beristifar banyak2,perasaan tamak dah mula menguasai diri lu nih.

Third sebab banyak baju2 yang berada di pasaran ketika ini adalah untuk wanita.
Tak caya cuba korang pegi butik2 baju hari ni dan korang lihat sendiri.
Hampir kesemua baju2 kat kedai tu adalah untuk perempuan.
Yang laki punyer kadang2 tak jumpa langsung section untuk diorang.Kesian giler en?

Aishah: Ko biar betul PhatLee.Aku pegi butik baju tadi takde pun nampak macam tu.Ko masuk kedai ape nih?
Phatlee:Victoria Secret
Aishah: Oii sengal.Tu kan butik untuk perempuan
Phatlee:Owh yeke?

Saturday, October 2, 2010

Terlanjur mencintaimu

Saturday, October 2, 2010 34
Gua pernah terbaca satu benda ni dulu....
"Senang untuk seorang lelaki melupakan perempuan yang pernah disukainya.
tapi sukar untuk perempuan melupakan lelaki yang pernah dicintainya."
Lebih kurang macam itulah bunyinye.
Nak ingat sebijik2 balik memang takdapatlah jep.Baik gua hafal surah albaqarah lagi bagus.

Tapi betul ke macam tu?
Entahlah.
Gua pun tak tahu.haha.
Korang buatlah research sendiri pastu bagitau kat gua.ehe

Jom baca kisah cinta sorang member gua nih,Aiman.

Aiman."Selama ni Aiman tak pernah sakitkah hari Amira.Kadang2 Aiman bagi Amira cokelat lagi.Tapi kenapa last2 Amira nak kahwin dengan orang lain? Ape salah Aiman?"

Amira."Amboi Aimaannnnn.Aiman kan kecik lagi.Baru umur sepuluh tahun kan.Kakak ni dah tiga puluh tahun sudah.Mestilah kena kahwin".

p/s: korang tengok.kecik2 lagi dah start menggatal.haih.
Korang macam tu jugak en dulu? ehe.
-----------------------------------------------------------------------------------
ini dia lagu baru
Terlanjur Mencintaimu by Taxi.

untuk medownload lagu ini.
Sila klik di sini.

Friday, October 1, 2010

jom ber'experiment'

Friday, October 1, 2010 16
tadi gua ke lab physics,

Macam biasa,gua takkan baca lab manual awal2 sebab gua malas.haha.
buat ape baca awal2,nanti dalam lab blurr jugak.

time kelas berlangsung...
Gua memang dah tau gua akan blurr,so mode muka blurr take action sampai ke habis experiment.

p/s: nasib baik hari ini gua dapat lab partner yang paham camne nak buat mende2 tu semua.ehe.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apekah tujuan kita bereksperimen?
Untuk mengaplikasikan teori yang telah kita belajar lah kan.
Sebagai contoh korang belajar cara2 nak ngurat awek,
nak tahu berkesan ke tidak,korang kenalah aplikasikan teori tersebut,Contohnya:

Lelaki."Assalamualaikum,boleh saya tahu macam mane nak ke library?"
Pompuan."Hai abbaaangg,jom lepak sama2 malam ni,I cukur bulu ketiak you,you cukur bulu kaki Aiii"

p/s: Owh silap.Itu mak nyah rupenye.(ape punyer example ko bagi ni PhatLee?)
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates