Wednesday, August 18, 2010

Smotharella kekasih baratku

Wednesday, August 18, 2010 30
ditulis oleh: A Smart Sioot
Cuaca kini dingin2 bagai aircond 16 tolak 1 celcius.
Itu tandanya musim panas 3.21 saat hampir tiba ke garisan penamat.
Dan fenomena bunga2 mengering jatuh berguguran di taman
kentuckyfriedchickendisinitakdijaminhalal akan bermula.

Tadi di luar hujan turun renyai-renyai.
Tanpa payung pelangi bazaar ramadhan,
aku dengan baju nipis selapis selamba sahaja menongkah jalan.
Ya Allah.Sejuk ya amat.
Rasa seperti makan stik smotharella di Jeff's pizza shop
sambil dicicah dengan sos garlic buatan alien.
(macam biasa.takde kaitan)

smotharela stick

Kini aku dirumah bersweater cokelat.
Sedang cuba menstabilkan kembali suhu badan.

Kesimpulan: Kejap lagi nak bukak puasa kat pizza shop. XD

p/s: Entry ini ditulis begini
hasil inspirasi daripada blog member gua FATAH. B)

Sunday, August 15, 2010

The iron chef dan Blog List Ben Ashaari

Sunday, August 15, 2010 13
Aritu gua masak air.
Semalam gua masak nasi goreng.
Sebulan lagi...sure dah pro kan.
Ayam masak 3 rase lah jawabnye.huhu.
Bangga dengan diri sendiri sebab
hamster gua pun tak semaju ini.ehe.

Bagus jugak gua dah berjinak-jinak dalam dunia memasak ni.
Sebab bile dah kahwin nati senang.

Bini gua. "Bang,I mengidam nak makan masakan 3 rase lah"
Gua."Takdehal lah yank.Bisa diatur itu..."

time tu barang dapur banyak yang abis,
yang tinggal hanyalah tepung gandum.
So 15 minit kemudian...

"Ini dia yank,roti nan masak 3 rasa".

p/s:Tak sangka imaginasi aku boleh pergi sejauh ini.ehe
------------------------------------------------------------------------------
kalo sebelum ini Ben Ashaari pernah keluarkan entry bertajuk
klik banner atas nih utk join Blog List Ben Ashaari

Gua rase bile gua dah kahwin nanti bolehlah gua keluarkan entry
"Siapakah bersalah jika isteri boroi?"
(Saper otak kuning mesti dia fikir mende lain)

p/s: Brother Ben, lain macam skit tajuk entry gua nih.Hope lu tak kesah.ehe.
Kategori gua: Personal. B)
-------------------------------------------------------------------------------
New song update!
Lagu baru daripada Hijau Daun bertajuk
Aku Dan Air Mata.

untuk mendownload lagu ini
Sila klik di sini.

Friday, August 13, 2010

Fasting

Friday, August 13, 2010 20
Bile korang start belajar berpuasa?
Gua start darjah satu lagi.
Namanya puasa setengah hari.
Kire bile dah tengahhari dah boleh makanlah.
Tapi lain jadinya...
Pukul 7 pagi gua dah bukak dah.haha.
Mane leh tahan,banyak ancaman.
Abang gua. "Mat,kat dalam peti ais ade puding jugung woo.
Sedap woo.ak baru je makan tadi".
Dammit.
Nak tak nak gua kena try jugaklah,
mane tau mak gua lupe taruk gula kan.

Gua start puasa penuh mase darjah enam.
Itupun setelah mendapat kata sepakat dengan mak gua.
iaitu satu hari puasa bersamaan dengan 5 ringgit.ehe.
Gua rase care ni paling efektif.
Boleh lah nanti gua apply kat anak gua...

"Ahmad Beckham,abah nak kamu puasa penuh tahun ini,
satu hari abah bagi 50 ringgit.Amacam?"

p/s: kalo 10 orang anak macam ni.Bankrupt aku.
-------------------------------------------------------------
p/s: sini puasa lame.
subuh pukul 4.53am bukak pukul 8.20pm.
-------------------------------------------------------------
New song update!
dengarkan sebuah lagu baru
daripada D'bagindas bertajuk
Ampuni Dosaku

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.

Tuesday, August 10, 2010

Blogging from the other side of the world

Tuesday, August 10, 2010 18
Alhamdulillah.
My friends and I have a safe journey,and now we're in Ames,
a city of Iowa,United States of America.

sedikit kisah tentang perjalanan:

1. Perjalanan kami mengambil masa selama 30++ jam.
Memang muaklah naik flight lepas nih.

p/s:Makesure korang makan dalam flight nanti.Nanti perut masuk angin
lagi masalah.Tiap2 mase rase nak buang angin je.
Kesian orang sebelah.

2. Di Los Angeles:

gua bertemu dengan satu pasangan American.
Dan hampir 1 jam lebih gua telah ditemu duga oleh mereka.
at one point they said.
"You speak a very good English"
(Ehem2....hihihi)

Seramai 7 orang rakan kami ditahan di imigresen.
Ini memang random pick.Jadi jangan gusar.Doa2lah
korang tak kena.

SERUNDING gua lepas beb.huhu.

3.Di chicago:

Member seislam gua beli burger Macdonald
dan didalamnye mengandungi pork.
Tak jadi makan.terus buang burger tuh.

sedikit kisah di sini:

1. Di sini 13 jam lebih lambat daripada waktu Malaysia.

2. Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam.
pukul 8.30 malam baru nak gelap.

3.Apartment ktorang memang best.Macam hotel beb.
Jarak dengan kampus pun dekat.

4.Seniors kat sini memang baik2.
thanx K. Nabiha n K. Shira.
Buat beberapa hari ni kitorang makan kat rumah diorang.

5.Dah shopping dah sedikit barang2 kat Walmart.
Memang murah2 di sini.
But makesure don't convert it to rm or you will end up won't
buying anything.

6.Gua dah dapatkan a new phone number
Its from AT&T service provider.
To my friends who wants it,please alert me later.

p/s:kalo kat malaysia kite ade nampak bangla2 berkerumun+
bising2 kat depan kedai handset.
Kat sini ktorang jadi macam diorang pulak.
Baru gua paham sebab ape diorang jadi macam tuh.

7.Bank account pun gua dah bukak.
dalam masa seminggu nanti dapatlah debit card.

8.Game2 ps3 kat sini murah2.Ketar lutut gua sekarang ni.
Nak beli.Nak beli.Nak beli.huhu

-----------------------------------------------------------------------------------
Our orientation will start on august 13.
Therefore we have a plenty of time to go around and
play around.hahaha.
So,until here.
Karang nak pegi bestbuy beli barang. [edit]

Friday, August 6, 2010

flying

Friday, August 6, 2010 28
FLY.
Korang pernah tak fly mase sekolah dulu?

Gua?
Tak pernah.

Nak kemane kalo fly pun.
Keliling sekolah gua ladang kelapa sawit
and depan sikit ade kubur India.
Huh,sape nak.
Lainlah kalo pakcik2 undertaker kat situ
bukak arcade kat sebelah kubur tu.
Kalo adelah macam tu,rase nak fly mungkin ade.

Plus gua dulu prefek.
Eheh,malulah saya kalau kena lucut jawatan dan
gantung sekolah.

Jadi,
Karektor sebagai budak baik gua teruskan
sampai akhir F5.
Dan ianya melekat sampai sekarang.ehe.
(terperasan sikit.Sory2. XD)

kesimpulan: Katakan tidak pada merokok.
(ape kaitannya pun gua tak tahu XD)
------------------------------------------------------------------------
Off to Serdang this afternoon and
tomorrow:
KLIA - Taipei - Los Angeles - Chicago - Des Moines - Ames
Expected time: 34 hours.

"Ya Allah ya rahman ya rahim,permudahkanlah perjalanan kami,
semoga kami selamat tiba ke destinasi yang kami tujui".
Amiin.
---------------------------------------------------------------------
Dengarkan lagu daripada Kangen band
bertajuk terbang bersamaku. B)

Tuesday, August 3, 2010

Garam

Tuesday, August 3, 2010 20
"Kedekut,tahi hidung masin!"
korang mesti pernah dengarkan mende ni.
tapi apa pasal masin?
Orang yang keluarkan pepatah ni pernah rase ke tahi hidung sendiri?

Gua pernah buat eksperimen mase kecik2 dulu.
dan gua setuju dengan pepatah melayu ini.

p/s: Jangan tipu diri sendiri.Gua tau korang pun pernah buat jugak. XD
-----------------------------------------------------------------------------------
Apakah benda yang masin?
Kicap masin.
lagi?
Air laut.
lagi?
Garam.

Penat mengarut.
Just nak cakap gua dah tengok cerita Salt tadi.Rating 8.2/10 XD

Review:Good storyline with unexpected ending.Memang nice.
Gua rase ade sambungannye nanti.


-------------------------------------------------------------------------------------
new song update.
Lagu Baru daripada Sheila On 7
bertajuk Hari Bersamanya.
Sila dengarkan. B)

untuk mendownload lagu ini
sila klik di sini.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates