Wednesday, April 23, 2014

Moyes sacked by Man Utd: 10 years old kid study

Wednesday, April 23, 2014 5
Macam biasa petang2 after balik kerja gua akan fetch anak sedara gua pulang drpd sekolah agama...

"Lame tunggu?"

"Lame jugaklah"

"Bukan tiap2 hari afiq kluar pukul 6.45pm ke?

"Hari ni awal sikit sebab hujan.takde perhimpunan".

***

Gua tau anak sedara gua ni minat tengok bola.faveret team die same macam gua Man Utd jugak.So memandangkan harini kluar berita pasal Moyes kene sack.gua pun sajelah bertanyekan kat die saje nak test die alert ke tidak pasal hal ni.

"Afiq tau tak Moyes kene buang dr Man U?"

"Taktaupun"

Gua pun explain "Moyes kene buang dr man u.next season diorang amek coach baru.mungkin coach dortmund kot.Buat sementara waktu Ryan Giggs akan jadi coach sekejap untuk sampai akhir season nih."

"Yeke Chuu.Mane Chu tau?"

"Tulaa.Orang bace berita Afiq main game.Handphone punyalah banyak.Ade iphone 3gs, samsung mini, iphone 4s, laptop, tablet lagi...takkan nk bukak internet baca berita pun tak boleh?" Nasihat gua sambil gua story pasal gadjet2 yang gua pakai selama ni. Just one nokia 3210 yang kene rampas on the 1st day I bring it to the school,5310 expressmusic hadiah spm dan iphone 4s yg gua beli mase final year study.Tu je beb.tu je.nampak tak budak2 zaman sekarang? mewah betul.

****

Balik rumah gua landing atas sofa dan tertidur. Sedar2 dari tidur gua terdengar suara anak sedara gua tengah menghafal sesuatu. Gua ade dengar die cakap..

"Coach Dortmund yang mungkin akan ke Man U nant adalah Jurgen Klopp"

Sambil gua dengar...Gua fefeeling jadi Jurgen Klopp.Baling boot dekat Mario Gotze.Berani hang pindah Bayern.grr.then gua sambung tido balik.berat plak mata lepas baling boot.

Later bila gua dah bangun balik.Gua pegilah usha buku note die:



Tu dia.die punyer study.good job afiq.good job.hoho

Sunday, January 26, 2014

Shah Alam Piece Yo!

Sunday, January 26, 2014 0
"Mat tolong pegangkan Syirah ni sekejap.Ayu nak solat". ujar kakak gua.

Gua pun angkut Syirah letak atas riba. Syirah pun pandang gua dengan membuat muka pelik sambil sekali sekala die humming "hurmmmmmm....hurmmmmmm.....hurmmmmm" Geram.Mungkin ini first time dalam hidup die nampak lelaki sekacak gua.

Syirah tak boleh duduk diam.die dok begerak-gerak macam tak selesa.gua pun letakkan die kat atas tilam.die duk berguling-guling dan tiba2 die merengek. Gua pun angkut balik Syirah dan tiba2 Afiq datang...

"Haa...Syirah...mok dah sampai.mok dah sampai." Ujar gua sambil terkekeh-kekeh gelak. Gua memang suke kenakan si Afiq nih. Paling best kalo gua attack perut die. Datang rapat2 pastu usap perut die sambil bertanya "Ni dah berapa bulan bang? Bile mau bersalin?"

**************

"Haa Afiq. Layan Syirah ni haa."  Afiq pun mula lah gag die.

"SHAH ALAM  PIECE YO!" sambil tangan die tunjuk piece kat Syirah.

Syirah pun membalas "PIECE CHO"

Haih budak2 zaman sekarang.Pengaruh tv cukup dekat. Gua dulu mase kecik2 tak main pun piece2. Gua main kawen2 je ngan anak makcik jiran sebelah. Ni dah besar jumpa balik rase awkward. "Bukan kita dah kawen ke dulu? Nape tak duduk sekali?" ok gua dah merepek.cis.

*****************

Kakak gua dah habis solat. Gua pun pass balik Syirah kat ibunya. Syirah pun memeluk ibunya selesa dan duduk diam tak banyak songeh macam dengan gua tadi. Biasalah dengan ibu sendiri kan, orang yang mengandungkan 9 bulan ditambah lagi dengan tiap2 malam berjaga menjaga kita yang hanya tau merengek bila lapar,terkencing dan sebagainya. Jadi "SHAH ALAM PIECE YO!" 

p/s: nampaknya gua pun dah dipengaruhi anak sedara sendiri.Pengaruh rakan tak sebaya nih.dem2.

Friday, August 2, 2013

Cabaran masa hadapan

Friday, August 2, 2013 2
"Mat.Tolong check waktu berbuka puasa pukul berapa" kata mak.

Gua google waktu solat johor dan mendapati waktu berbuka puasa masih lagi sama seperti hari2 yang sebelumnya 7.19pm.Masanya belum pernah lagi berubah dari hari yang pertama.

"Pukul 7.20pm mak" Gua tambah seminit.Kasik afdhal sikit. Baru confident nak bukak tanpa rasa was2.

************
ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR

Azan berkumandang tanda masuknya waktu berbuka puasa. Ya memang useless gua check waktu berbuka tadi. Last2 bukak berpandukan azan jugak.

Macam biasa gua minum air dulu sebagai mukadimah dan kemudian muntahkedarah. Mak masak lauk faveret hari ini: Ayam Masak merah dan beberapa side dish yang lain. Semua orang menjamah masakan mak kecuali seorang: Afiq. Anak sedara gua.

"Mok.Diet ke mok?" ujar gua sambil tergelak. 

"Sukatila afiq nak makan ape" sahut Afiq. Bengang. Tetiap hari kene bahan dengan gua.

"Takyahla diet mok. Sedap kot ayam masak merah mak".

"Ape gemok2. Tengoklah Afiq dah besar nanti kurus.Chu gemok."

"Ok kite tengok 10 tahun lagi macam mane" cabar gua sambil tersengih puas menyakat.

p/s: sekarang gua sedar kenapa kakak gua suke sakat gua mase kecik2 dulu.

Thursday, July 25, 2013

Rezeki ramadhan

Thursday, July 25, 2013 5
Alhamdulillah. Sudah 15 hari berpuasa. Tinggal lagi 50 percent lagi dan rayaaaaa. Berpuasa di Malaysia tersangatlah mudah bagi gua kerana waktu berbukanya yang awal. Di US dulu subuh 4.30am dan berbuka 8.45pm. Sangat2 lah mencabar. Sini kadang2 tido bangun2 tau2 dah bukak. Tu dia punya makruh. Adik2 semua jangan ikut abang. Abang insomnia sikit beberapa hari ni disebabkan oleh beberapa interview invitation yang abang terima. Study sikit supaya boleh jawab soalan dengan baik.

First interview gua adalah bersama dengan Dyson. Dua minggu lepas gua pergi. Interviewnya agak mencabar sikit sebab banyak assessment yang gua kene amek. 1 English essay dan 3 technical test paper. Then 1st interview dengan senior engineer. Soalan2 beliau memang mostly technical dan nasib baiklah gua dah study sikit sebelum tu. Lepas sejam menunggu, diberitahu gua lepas ke 2nd interview dan pada kali ini gua di interview oleh manager die pulak, seorang lelaki British. Interview ini agak rileks dan interviewer ini jugak agak friendly. Die bagitau ape yang gua akan buat kalau gua join company tu dan detail2 lain pasal company tu. Since gua rasa selesa sangat dengan interviewer ni gua rase macam gua borak2 biasa je dengan die.Next weeknya(minggu lepas) gua terima offer untuk berkerja dengan company nih. Gua mintak die bagi mase seminggu dekat gua untuk buat keputusan sebab pada hari isnin minggu berikutnya gua ade interview dengan Perodua pulak di rawang.

Tak pernah expect nak join automotive industry nih. Tapi sebab dah dapat en interview so gua pergi jugaklah ke Rawang tu. Dekat interview ni first sekali gua kene amek personality test then 1st interview dengan HR die. Soalan2 die soalan2 biase je. Dan interviewer tu kata kalau lepas 1st interview esoknye die call. Alhamdulillah gua lepas dan dijemput ke 2nd interview pada hari jumaat minggu yang same.

Malam lepas 1st interview dengan Perodua, gua balik terus ke Jb sebab memang tak expect nak stay KL lame2. Then pada hari selasa esoknya dapat panggilan daripada Technip Asiaflex di Pasir Gudang pulak untuk diinterview pada hari rabu keesokan harinya. Gua diberi job description pasal position yang ditawarkan dan gua macam tak berapa minat dengan scope kerja itu. Tapi gua pergi jugakla interview untuk mendapatkan lebih penjelasan lagi dan turn out gua memang tak interested dengan job ini. So interviewer tu cakap kalo gua interested please give them a call. Tapi tak perlu kot nak call. Time interview tu lagi gua dah tunjukkan yang gua tak berminat dengan job tu. Nak lah pulak dorang hired someone macam gua nih.The best thing about job ni adalah gaji die lagi besar berbanding dengan 2 job yang lain. Tapi tulah orang kate kalo tak berminat nak buat ape paksa diri? Kita kerja bukan sehari.

Gua dah berpikir panjang dan buat solat istikharah semua so hari ni gua buat keputusan untuk terima berkerja dengan Dyson. Gua dah pun call HR Dyson untuk acceptance dan dah pun emel Perodua untuk decline interview invitation. Semoga Allah redha dengan keputusan gua ini. Amin.

Friday, June 14, 2013

No way to escape

Friday, June 14, 2013 1
Gua tengah tonton cerita 321 cinta di astro ria dengan anak sedara gua afiq. Ketika iklan sedang berlangsung....

"Afiq..urut chu meh"

" Asik urut je..malam kasik afiq rehatlah pulak" balas Afiq lalu bergegas masuk ke dalam bilik nak mengelak daripada termakan pujuk rayu gua.

Pada masa yang same jelas kedengaran suara mak gua yang sedang berbaring di dalam bilik tersebut...

"Haa afiq.meh sini garu belakang mak tok meh".


Wednesday, May 1, 2013

Mama..mak..mummy..mamak

Wednesday, May 1, 2013 1
So tinggal sebulan lebih lagi untuk balik. Tiket flight pun dah confirm. Gua terpaksa naik Ketey (Cathay) jugak akhirnya. Mula2 gua dapat MAS. Pastu kene tukar ke Ketey. Then gua mintak tukar balik MAS sebab yelah...tiket balik ni di sponsor...ofkoses la gua nak naik flight yang best. Tapi disebabkan tiket MAS mahal dan terlebih bajet daripada JPA tetapkan terpaksa la gua naik ketey jugak. Ketey...pun ketey la janji rock!

Gua sekarang ni dah start training sebut nama 'MAMAK' jelas2. Almaklumlah da tiga tahun tak balik kan...tumpul sudah sebutan bahasa melayu gua nih (bajet duk sini speaking 24 jam sehari je.bluekk).

Training 1

"Mama...teh o ais onne satu!"
Awie: Der...onne tu dah maksud die satu..takpayahlah nak sebut satu lagi.Repetition in one sentence.Salah grammar tu salah. INI SEMUA POYO!

Training 2

"Mak...nak teh o satu"
Mamak: You panggil siapa? Mak kamu tada sini. Roti nan cheese adala.

Training 3

"Mummy...teh o ais satu"
Mamak: Bila masa saya mak kamu?

p/s: nampaknye gua kene lipat ganda kan lagi training gua.
 
LeeosDOTfm ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates